Nespresso Rai Ramadan & Raya Dengan Koleksi Istimewa Vertuo Pop Candy Pink. Cute!
Raikan hari raya anda dengan koleksi terhad Nespresso Vertuo Pop Candy Pink. Kini tersedia di pasaran.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nespresso menjemput peminat kopi di Malaysia untuk menikmati Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna menerusi kempen ‘Unforgettable Taste’.
Koleksi istimewa ini menampilkan adunan kopi edisi terhad, set hadiah eksklusif, serta tawaran menarik yang sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan puasa dan perayaan.
Selain itu, Nespresso Vertuo Pop Candy Pink turut menjadi perhatian dalam koleksi kali ini, menggabungkan gaya moden dengan inovasi teknologi bagi memberikan pengalaman kopi berkualiti tinggi.
Mesin Kopi Bergaya Dengan Teknologi Canggih

Salah satu tarikan utama koleksi ini ialah Nespresso Vertuo Pop Candy Pink (RM899), mesin kopi kompak yang dilengkapi teknologi ‘Centrifusion’.
Teknologi ini membolehkan setiap kapsul Vertuo dibaca secara automatik, menyesuaikan parameter bancuhan untuk menghasilkan kopi berkualiti barista hanya dengan satu sentuhan butang.
Tiga Adunan Kopi Eksklusif Untuk Ramadan & Raya

- Vertuo Barista Creations White Chocolate Strawberry (RM5.00/kapsul) – Adunan Arabika premium dari Brazil dan Colombia dengan rasa manis coklat putih serta nota strawberi yang menyegarkan.
- Original Arpeggio Extra (RM3.30/kapsul) – Kopi Arabika berkrim dengan nota koko yang mendalam, mengandungi 60% lebih kafein untuk tenaga tambahan semasa sahur.
- Stormio Go (RM5.00/kapsul) – Adunan mantap dari biji kopi Arabika Nicaragua dan Guatemala, dipanggang perlahan untuk rasa bijirin, rempah, dan kayu yang kaya.
Set Hadiah Eksklusif Untuk Musim Perayaan

- Set Hadiah Ikonik Original (RM188.50) – Mengandungi Touch Travel Mug edisi terhad warna ungu, kapsul Arpeggio dan Arpeggio Extra.
- Set Hadiah Vertuo Candy Pink (RM207.50) – Dilengkapi Terracotta Travel Mug, kapsul White Chocolate Strawberry dan Colombia.
Koleksi ‘Unforgettable Taste’ Kini Tersedia
Koleksi ini boleh didapati mulai 17 Februari 2025 untuk tempoh terhad secara dalam talian dan di butik Nespresso.
Untuk maklumat lanjut, layari www.nespresso.com/my, atau ikuti di Instagram (@nespresso) dan Facebook (@Nespresso.my).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.