Pavilion KL Berwajah Baru Sempena ‘Budaya Raya’, Banyak Booth & Hadiah Eksklusif Menarik!
Antara booth raya yang dibuka di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur adalah SimplySiti, Afiya oleh Siti Nurhaliza, Radzuan Radziwill, Venchi dan banyak lagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pavilion Kuala Lumpur kini berwajah baharu apabila pusat beli-belah itu ditransformasikan sempena kempen Budaya Raya yang penuh dengan tradisi dan warisan. Deko menakjubkan ini boleh dilihat di Centre Court tingkat 2.
Ruangan tersebut dihiasi dengan pelbagai hiasan unik bersempena dengan bulan Ramadan dan Aidilfitri yang pasti membuatkan pengunjung terpukau.
Bermula dari sekarang hingga 6 April 2025, sambutan ini akan mempamerkan kekayaan warisan raya dan pengalaman perayaan unik di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall dan Da Men Mall.

Semasa pelancaran semalam (5 Mac), pengunjung juga berkesempatan untuk menonton persembahan khas dari Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada malam tersebut, penyanyi tersohor ini telah mendendangkan lagu nostalgianya ‘Kurik Kundi’.
Malah, Orkestra Simfoni Kebangsaan (NSO) dari Istana Budaya juga tampil dengan persembahan tradisional mereka.
Aktiviti-aktiviti Di Centre Court Pavilion KL Bersempena Budaya Raya
Dalam masa sama, Pavilion Kuala Lumpur kembali bekerjasama dengan Swarovski untuk menghidupkan pengaktifan Raya yang luar biasa, menandakan ulang tahun ke-130 jenama itu dengan Pop-Up Swarovski edisi raya.
Centre Court juga akan menampilkan pelbagai booth daripada jenama terkenal, termasuk SimplySiti, Afiya oleh Siti Nurhaliza, Radzuan Radziwill, Venchi, Variante, Artisans, Mahnaz Food dan Carpet Village.
Demo makeup oleh SimplySiti juga ada pada 8, 9, dan 16 Mac jam 3.00 petang, dan fan meeting eksklusif Siti pada 9 dan 16 Mac jam 12.30 tengah hari.

Hadiah Menarik Menanti Pengguna Kad Maybank
Pembeli di Pavilion Kuala Lumpur juga berpeluang menikmati ganjaran perayaan eksklusif mulai sekarang hingga 6 April 2025. Pelawat yang membelanjakan RM300 atau RM200 dengan kad kredit dan kad debit Maybank akan menerima paket raya edisi terhad.
Manakala mereka yang membelanjakan RM3,500 dengan kad kredit dan kad debit Maybank boleh menebus Set Piala Kaca Swarovski.
Bagi mereka yang menikmati pengalaman membeli-belah yang mewah pula, perbelanjaan RM1,500 dengan kad kredit dan kad debit Maybank melayakkan mereka mendapat Pen Kristal Swarovski.
Pelanggan yang membelanjakan RM5,000 dalam satu resit di kedai khusus pula akan menerima Baucar Banyan Tree sebanyak RM200. Selain itu, ahli Pavilion Privileges yang membelanjakan RM500 dan ke atas dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah boleh berpeluang memenangi hadiah eksklusif Swarovski.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.