Now Reading
OMNO Perkenal Body Scrub Dengan Bau Eksklusif: Moonatic & Solace. Wangi Okay!

OMNO Perkenal Body Scrub Dengan Bau Eksklusif: Moonatic & Solace. Wangi Okay!

Skrub badan OMNO ini diformulasikan dengan bahan-bahan facial-grade (Ya, selamat untuk kulit muka juga!) dan bebas bahan pengawet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut hadiah untuk orang teristimewa mesti terbayang bunga ros, coklat, atau teddy bear. Tapi jujur, semua tu agak klise kan? Bunga akan layu, coklat habis sekelip mata. Jadi, macam mana nak bagi hadiah yang lebih bermakna, tahan lama, dan pada masa yang sama, boleh jadi satu bentuk self-love?

OMNO Perkenal Salt & Sugar Body Scrub: Moonatic & Solace.

Omno memperkenalkan Salt & Sugar Body Scrub dengan dua bauan eksklusif: Moonatic dan Solace. Skrub badan ini bukan sekadar untuk kulit, tapi satu pengalaman indulgent yang buat rutin harian rasa macam sesi spa sendiri!

2 Haruman & 2 Mood Yang Berbeza!
OMNO: Sugar & Salt Body Scrub.

Solace 💜 – Aroma yang menenangkan dengan kombinasi bergamot, lavender, halia, rosemary, dan eucalyptus. Sesuai untuk mereka yang suka vibe chill, relaks, dan nak cari ketenangan selepas seharian sibuk.

Moonatic 🍊 – Haruman yang lebih fresh dengan campuran aroma kayu dan sitrus seperti grapefruit, sage, lemon peel, petitgrain, dan bitter orange peel. Ideal untuk mereka yang suka bauan segar dan menyegarkan, perfect untuk mulakan hari dengan penuh tenaga!

Kulit Glowing & Lembut Dengan Skrub 100% Natural

Skrub badan ini diformulasikan dengan bahan-bahan facial-grade (Ya, selamat untuk kulit muka juga!) dan bebas bahan pengawet. Ia menggabungkan Himalayan salt dan gula untuk eksfoliasi dua kali ganda—cukup untuk buang sel kulit mati, tapi cukup lembut untuk digunakan selalu.

OMNO: Sugar & Salt Body Scrub.

Selain itu, campuran minyak olive, grape seed, husk oil, dan sunflower oil membantu melembapkan kulit, menjadikannya lebih berseri dan lembut.

Ditambah pula dengan Sacha Inchi oil yang kaya dengan Omega 3, 6 & 9 serta vitamin A, C, dan E, skrub ini bukan sahaja buat kulit glowing, tapi juga membantu mengekalkan kelembapan dan memperkuat lapisan kulit.

Self-Care Pun Salah Satu Bentuk “Cinta”, Kan?

“Di Omno, kami percaya self-care adalah bahasa cinta. Skrub ini bukan sekadar produk penjagaan kulit – ia adalah satu cara mudah tapi mewah untuk jaga diri sendiri.

“Sama ada anda berkongsi dengan seseorang yang istimewa atau menikmatinya sendiri, ia adalah cara terbaik untuk jadikan rutin harian lebih bermakna,” kata pihak OMNO.

Omno’s Salt & Sugar Body Scrub dalam Moonatic & Solace adalah “pelaburan dalam self-love”.

Minimalist, Clean, & Eco-Friendly.

Untuk info, produk ini bebas bahan kimia berlebihan dan datang dalam balang kaca eco-friendly. Omno komited dalam menjaga alam sekitar, selari dengan nilai pengguna moden yang lebih memilih produk beretika dan mesra alam.

Omno’s unisex body scrub kini boleh didapati di https://omno.store/!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd