Koleksi UNIQLO : C 2025 Spring/Summer, Gaya Urban Yang Selesa Untuk Tampil Lebih Versatil!
Penantian berakhir, Koleksi UNIQLO : C 2025 Spring/Summer kini rasmi di pasaran dan atas talian.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama fesyen gergasi dunia UNIQLO kini melancarkan koleksi baharu mereka iaitu UNIQLO : C 2025 Spring/Summer, sebuah koleksi yang menggabungkan elemen yang lebih selesa dan moden untuk kegunaan harian.
Nylon Kembali Menyerlah Dalam Koleksi UNIQLO : C
Direka khas oleh pereka fesyen ternama Britain iaitu Clare Waight Keller, dia berazam mengembalikan kegemilangan ‘nylon’ sebagai The Fabrics of Future.
Kebelakangan ini, poliester mendominasi bidang fesyen terutamanya pakaian sukan dan pakaian harian. Malahan ia juga digunakan dalam rekaan pakaian ‘ready to wear’ yang lebih mewah.Saya ingin kembalikan semuanya ke era pakaian sukan, menggunakan keunikan ‘nylon’ yang lebih sejuk dan lebih fleksibel. Fabrik ini juga membenarkan saya untuk menjadi memberi lebih banyak sentuhan moden dan potongan yang lebih ‘sporty’.
Clare Waight Keller
Walaupun dengan kehalusan warna oren yang menyerlah pun dapat mewujudkan warna yang kaya dengan tona dalam setiap potongan ini
Gaya Baharu Yang Menggabungkan Kasual Dan Formal

Dalam koleksi terbaharu ini, keunikan yang ditampilkan adalah kebolehannya digabungkan dalam dua jenis gaya iaitu kasual dan formal.
Koleksi baharu ini hadir dengan pelbagai bentuk dan rekaan seperti Wide-Fit-Cargo yang dipadankan dengan kemeja ringkas untuk tampil lebih minimal.
Airsense Double-Breasted Jacket yang ringan, fleksibel dan cepat kering, sesuai dalam persekitaran yang panas. Dipadankan pula dengan Women’s Bermuda Pants yang menggunakan bahan sama seperti Wide Pants untuk rupa yang lebih versatil.

Baca Artikel Berkaitan: Koleksi UNIQLO 25SS ‘Denim For All’ Gabungkan Gaya, Keselesaan Tanpa Mengira Umur!
Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO Anjur International Repair Day: Pelanggan Boleh ‘Repair’ Baju Kesayangan!
Baca Artikel Berkaitan: UNIQLO & Magnum Photos Lancar Pameran Foto Global: PEACE FOR ALL Di 10 Buah Negara
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.