[Video] Ini 4 Waktu Sunat Untuk Angkat Takbir Sewaktu Dirikan Solat
Antara tempat yang sunat untuk mengangkat takbir adalah bangun daripada rukuk iaitu iktidal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap umat Islam pasti tahu solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan dalam kehidupan harian.
Malah Allah SWT menetapkan hambaNya untuk menunaikan solat sebanyak 5 waktu sehari. Bukan hanya itu, ibadah ini juga diumpamakan sebagai tiang agama.
Sama seperti ibadah lain, solat juga mempunyai rukun dan juga perkara sunat yang boleh dilakukan.
Ini 4 waktu sunat untuk angkat takbir ketika mendirikan solat
Baru-baru ini, Masjid Bandar Seri Putra di Selangor menerusi TikTok telah berkongsi perbuatan sunat yang boleh dilakukan oleh umat Islam apabila mendirikan solat.
Menerusi video tersebut, kelihatan imam sedang menunaikan solat bersama para jemaah masjid berkenaan yang juga menunjukkan empat waktu sunat untuk mengangkat takbir.
Takbir yang pertama adalah rakaat pertama iaitu takbiratul ihram dan ia adalah wajib serta termasuk dalam rukun kauli.
Imam angkat takbir ketika ingin rukuk dan iktidal ketika rakaat kedua
Sebaik selesai membaca al-Fatihah dan surah lazim, takbir kedua adalah ketika ingin rukuk dan ketiga pula sewaktu bangun daripada rukuk iaitu iktidal.
Imam itu kemudiannya meneruskan solat dan sujud untuk menyelesaikan rakaat pertama. Dia lalu bangun untuk rakaat kedua dan tidak mengangkat takbir.
Sebaliknya imam tersebut terus berada dalam keadaan qiyam (meletakkan tangan di atas pusat) dan mengangkat takbir sewaktu ingin rukuk dan juga iktidal.
Apabila bangun daripada tahiyat awal, imam itu sekali lagi mengangkat takbir, perkara sama juga dilakukan sebelum rukuk dan juga semasa iktidal.
Tak berdosa jika tak buat, dan solat masih sah
Di rakaat keempat imam itu mengangkat takbir sama seperti rakaat kedua iaitu hanya mengangkat sebelum rukuk dan iktidal.
“Empat tempat sunat angkat tangan ketika takbir. Pertama takbiratul ihram, sebelum rukuk, ketika iktidal, dan juga selepas bangun tahiyat awal,” ujarnya.
Di ruang kapsyen, pengendali akaun masjid berkenaan memaklumkan perbuatan tersebut adalah sunat dalam solat. Sekiranya perkara itu dilakukan seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala.
Namun jika ia tidak dilakukan tidak berdosa dan solat didirikan masih sah.
@masjidbspofficial Perbuatan sunat dalam solat. Kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak dosa, solat tetap sah. #solat #solatjemaah #masjidbandarseriputra #amalansunat #takbir
♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â