Kuala Lumpur Raih Tangga Ke-2 Destinasi Popular 2025
Carta yang dikeluarkan TripAdvisor baru-baru ini menyatakan Kuala Lumpur meraih tangga kedua destinasi popular percutian pilihan dunia pada tahun 2025.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat ekonomi membangun yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan ekonomi.
Menempatkan hampir dua juta penduduk, kepadatannya memperlihatkan ia sebagai sebuah bandar gah dari aspek tarikan destinasi percutian, sektor pekerjaan, serta peluang menambah baik taraf hidup ke kehidupan moden.
Sebagai sebuah pusat ekonomi utama negara, Kuala Lumpur merupakan penyumbang prima kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ini menjadikan Kuala Lumpur sebuah pusat komersial yang penting di wilayah ini.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Idea ‘Travel’ Untuk 5 Cuti Umum Pada 2025, Jangan Lupa Mohon Cuti Tahunan
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Duit Nak Balik Ke?” – Aksi Pelancong Asing Minta Derma Lepas Buat Show Raih Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: Lembah Klang Hab Pelancongan Perubatan No. 1 Di Malaysia, Berjaya Atasi Pulau Pinang
TripAdvisor Umum Senarai Destinasi Paling Popular 2025

Baru-baru ini, portal TripAdvisor mengeluarkan carta mereka berkenaan bandar-bandar popular yang menjadi piihan para pelancong di dunia.
Kuala Lumpur muncul di tangga ke-2 mengalahkan destinasi percutian terkenal seperti Seoul, Jeju Island, Kyoto dan Manama.
Dalam ulasan mereka, antara tempat menarik yang menjadi tumpuan utama adalah:
- Menara Berkembar Petronas
- Bukit Tabur
- Thean Hou Temple
- Pavilion Kuala Lumpur
- Batu Caves
- Pasar Jalan Petaling
Kesemua tempat ini menerima skor tinggi iaitu tiga bintang dan ke atas. Menara Berkembar Petronas sendiri merekodkan sebanyak 30,565 ulasan dan skor sebanyak 4 bintang, setakat artikel ini ditulis.

Aspek Penilaian Yang Digunakan TripAdvisor
TripAdvisor menilai setiap destinasi pelancongan berdasarkan beberapa aspek utama. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan pemarkahan keseluruhan bagi setiap lokasi.
- Jumlah Bilangan Ulasan – Semakin banyak ulasan yang diberikan oleh pelancong, semakin mudah untuk TripAdvisor membuat penilaian menyeluruh. Data yang lebih besar membolehkan mereka mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai pengalaman pelancong di sesuatu destinasi.
- Nilai Positif Sesuatu Ulasan – Destinasi yang menerima banyak maklum balas positif akan mendapat markah penilaian yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika sesebuah tempat dipenuhi ulasan negatif, skor keseluruhannya akan menjadi lebih rendah.
- Jangka Masa Ulasan – TripAdvisor mengambil kira tempoh sesuatu ulasan untuk memastikan penilaian lebih relevan. Ulasan yang terlalu lama tidak akan dimasukkan dalam pemarkahan kerana sistem mereka kini menilai destinasi mengikut tahun terkini.
Kuala Lumpur Meraih Destinasi Pilihan Percutian Rakyat Tempatan 2023
Sebelum ini, Kuala Lumpur juga pernah terpilih menjadi pilihan popular destinasi percutian dalam kalangan masyarakat tempatan menerusi data penilaian skor di portal Agoda.
Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar Asia Tenggara. Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik. Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang.
Andrew Smith, Naib Presiden Kanan Pembekalan Agoda.
Malaysia Antara 5 Negara Terima Perjalanan Bebas Visa Di Rusia
Pada 11 September lalu, Rusia telah mengutarakan rancangan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk perjalanan tanpa visa.
Menurut Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov, negara lain yang turut dicadangkan adalah termasuk Kuwait, Oman, Bahrain, dan Arab Saudi.
Dalam pada itu, Reshetnikov turut menekankan bahawa cadangan ini dikemukakan atas faktor jumlah trafik pelancong yang menunjukkan pola peningkatan baik.
Baca Artikel Berkaitan: Rusia Umum Malaysia Antara 5 Negara Perjalanan Bebas Visa
Baca Artikel Berkaitan: Ingin Bercuti & ‘Rejuvenate’? Ini 10 Lokasi Menarik Sekitar Asia Sesuai Untuk Sesi Tenangkan Jiwa
Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Travel Jauh-jauh, Ini 7 Tempat Menarik Yang Ada Di Selangor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.