Now Reading
Hyatt Centric City Centre Jadi Lokasi Baharu Di Kuala Lumpur Dengan Elemen Seni & Komuniti

Hyatt Centric City Centre Jadi Lokasi Baharu Di Kuala Lumpur Dengan Elemen Seni & Komuniti

Gabungan baru dan lama, warisan abadi sejarah Kuala Lumpur yang berwarna-warni juga dapat dilihat pada reka bentuk dalaman di Hotel Hyatt Centric City Centre ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur pada 18 Disember 2024 telah mengumumkan pembukaan secara rasminya. Hotel ini menawarkan penginapan mengagumkan yang menggalakkan tetamunya mengenali dengan lebih dekat hab Asia Tenggara.

Hotel dengan 312 buah bilik ini membuka pintunya sebagai platform unik untuk menerokai warisan budaya Malaysia menerusi ruang mengasyikkan, pengalaman istimewa, dan peluang untuk mengenali hati nurani komuniti tempatan dengan lebih mendalam.

Terokai Sejarah, Budaya, dan Seni Kulinari

Terletak berhampiran dengan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang ikonik dan tidak jauh dari Menara KL, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan pelbagai cara unik untuk menikmati budaya tempatan dan keselesaan moden, kombinasi yang dicipta untuk pengembaraan bermakna dengan penuh gaya.

Hyatt Centric City Centre.

Hotel setinggi 21 tingkat itu dilengkapi pelbagai suite dan bilik tetamu, sebuah kolam renang air masin infiniti terbuka menghadap bandar, sebuah pusat kecergasan serba lengkap dengan akses 24 jam, dan tiga pengalaman menjamu selera yang benar-benar berinspirasikan dunia.

“Selaras dengan pembukaan ini, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur sebagai platform untuk bakat kreatif tempatan dan pengembara global menerokai sejarah, budaya, seni, kulinari dan masyarakat yang membentuk kota Kuala Lumpur yang penuh bertenaga ini.

“Tetamu boleh menganggap kami sebagai kawan mereka dengan semangat untuk menghubungkan tetamu dengan pengalaman autentik, membantu mereka menerokai jejak yang jarang dilalui pelancong biasa dan mencipta detik yang boleh dikongsi bersama dalam komuniti kami,” kata Pengurus Besar Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chikako Shimizu.

Lokasi ‘Hidden’ Di Sekeliling Hyatt Centric City Centre

Dengan lokasi utama di tengah-tengah daerah perniagaan Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan berdekatan dengan destinasi tumpuan pelancong di bandar raya itu, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menawarkan cara menarik untuk menerokai tempat tersembunyi di sekelilingnya.

Antara lokasi yang boleh diterokai adalah Taman Eko-Rimba KL, The Zhongshan, Building dan The Row – koleksi kafe butik dan ruang niaga menampilkan jenama tempatan Malaysia.

Tema Hyatt Centric City Centre

Hyatt Centric City Centre.

Jika anda berkunjung ke Hyatt Centric ini, anda akan melihat gabungan baru dan lama, warisan abadi sejarah Kuala Lumpur yang berwarna-warni juga dapat dilihat pada reka bentuk dalaman hotel ini.

Sebaik sahaja tetamu menjejakkan kaki di lobi hotel, anda akan disambut dengan reka bentuk yang menggabungkan ciri-ciri tempatan, diserlahkan melalui sentuhan warna terang bersama elemen perindustrian bagi memperingati sejarah perlombongan bijih timah di bandar raya itu.

Ianya dizahirkan menerusi kerjasama antara Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur dan artis grafiti tempatan, Jefr yang membawakan elemen berani dan pesona luar biasa ke ruang legar hotel ini menerusi penggunaan warna terang dan imej abstrak yang mencerminkan limpahan kreativiti di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Hyatt Centric City Centre.

Direka oleh Silverfox Studios, gabungan pengaruh moden dan tradisional hotel ini juga dapat dilihat di setiap 312 biliknya. Diinspirasikan oleh warisan perindustrian Kuala Lumpur, bilik-bilik ini menampilkan kemasan rapi dan bergaya, menyerlahkan keluasan ruang dan dihiasi dengan palet warna hangat.

Pengalaman menginap di sini bukan sahaja menggalakkan anda untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah Kuala Lumpur, tetapi turut memberi inspirasi kepada mereka untuk melihat bagaimana elemen-elemen ini boleh ditemui di pelbagai kawasan berbeza di sekitar bandar raya itu.

[Hyatt Centric City Centre, Kuala Lumpur]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd