Now Reading
Koleksi UNIQLO 25SS ‘Denim For All’ Gabungkan Gaya, Keselesaan Tanpa Mengira Umur!

Koleksi UNIQLO 25SS ‘Denim For All’ Gabungkan Gaya, Keselesaan Tanpa Mengira Umur!

Koleksi UNIQLO 25SS Denim ini bukan sekadar jeans biasa, tetapi menawarkan pelbagai potongan dan gaya yang menonjolkan keunikan setiap individu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama fesyen global UNIQLO melancarkan Koleksi Denim 25SS, membawa gaya denim ke tahap baru dengan menggabungkan elemen fesyen, keselesaan, dan fleksibiliti.

UNIQLO Denim For All

Musim ini, UNIQLO mencabar perspektif lama dengan memperkenalkan pelbagai pilihan denim seperti jeans, kemeja, seluar pendek, dan jaket yang sesuai untuk semua gaya hidup.

Dengan konsep pemakaian yang effortless, koleksi ini mengangkat mesej “Denim for All”, menawarkan potongan moden dan praktikal yang boleh digayakan dari siang ke malam.


“Pairing Blues”

Untuk meraikan pelancaran ini, UNIQLO mengadakan acara eksklusif di Bean Brothers, Petaling Jaya di mana para tetamu berpeluang melihat sendiri keunikan dan inovasi koleksi ini.

Mereka turut meneroka konsep “pairing blues”, yang menampilkan gaya denim-on-denim, serta menyertai sesi styling untuk belajar cara mix & match denim dengan lebih versatil dan trendy.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Malaysia, Mira Filzah, yang berkongsi inspirasi untuk menggayakan koleksi 25SS Denim dalam kehidupan seharian dengan effortless.

Dengan tema “Denim for All”, UNIQLO terus komited menjadikan denim sebagai gaya fesyen inklusif untuk semua. Tidak kira umur, latar belakang, atau gaya peribadi, denim adalah pilihan timeless yang sesuai untuk semua orang.

Koleksi 25SS Denim bukan sekadar jeans biasa, tetapi menawarkan pelbagai potongan dan gaya yang menonjolkan keunikan setiap individu, memastikan setiap orang boleh menemui denim yang sesuai dengan mereka dengan mudah.

Latar Belakang Berbeza, Namun ‘Cinta’ Denim Yang Sama

Denim bukan sekadar fabrik – ia adalah cara ekspresi fesyen yang menyatukan orang dari pelbagai latar belakang melalui kecintaan mereka terhadapnya.

Sama ada anda gemarkan gaya Wide Tapered Jeans (RM149.90) yang sleek dan selesa atau lebih suka Wide Straight Jeans (RM149.90) effortless, koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan versatil, sesuai untuk pelbagai acara sambil mengekalkan keselesaan sepanjang hari.

Untuk gaya lebih santai tetapi elegan, Drapey Wide Flare Jeans (RM149.90) adalah pilihan sempurna untuk wanita.

Selain jeans, Koleksi 25SS Denim juga menampilkan outerwear dan item harian seperti Denim Work Shorts (RM99.90) dan Denim Bermuda Shorts (RM129.90) untuk gaya santai tapi kemas, Denim Oversized Jacket (RM199.90) untuk pakaian effortless, serta Denim Overshirt (RM129.90) yang mudah dipadankan dengan apa sahaja.

[UNIQLO Denim]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd