Now Reading
Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!

Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!

Yang penting, jenama-jenama yang kami senaraikan adalah jenama tempatan seperti Bulan Bintang, Bayu Somerset dan banyak lagi!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila tiba musim perayaan, aktiviti mencari baju raya sekeluarga ni akan jadi satu tugas yang agak mencabar. Maklumlah, setiap orang mesti ada citarasa yang tersendiri.

Kebiasaannya lagi ramai ahli keluarga, lagi susah kerja mencari baju raya. Kadangkala kita sudah pergi beberapa kedai, tapi masih belum ada yang berkenan di hati.

Kini anda dah tak perlu pening kepala nak pergi ke kedai berlainan apabila sudah banyak jenama tempatan yang menjual baju raya lengkap untuk seisi keluarga.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rekaan Baju Raya Dengan Tema Ultraman, Tak Sangka Ramai Pula Yang Berminat

Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Baju Raya? The Fashion Journal Tawar Ruangan Untuk Jenama Lokal. Jom Serbu!


Ini 5 Jenama Yang Menawarkan Koleksi Baju Raya Lengkap Buat Seisi Keluarga

Untuk anda yang masih buntu dan tak ingin kehulur-kehilir mencari baju raya, jom kami kongsikan beberapa jenama tempatan terkemuka yang menyediakan koleksi baju raya lengkap untuk seisi keluarga.

Antaranya:

#1. Bulan Bintang Sedekad Menyinar Raya 2025

Bulan Bintang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan untuk busana Melayu moden dengan melancarkan koleksi terbaru mereka bagi tahun 2025. Menonjolkan rekaan minimalis dan kemas, koleksi kali ini hadir dengan pelbagai pilihan warna dan potongan yang bukan sahaja bergaya tetapi juga selesa untuk dipakai.

Tahun 2025 ini, Bulan Bintang memperkenalkan set sedondon dengan pelbagai paten, memberi pilihan lebih luas kepada individu serta keluarga untuk tampil serasi.

Dalam koleksi terbaru ini, kurta kanak-kanak tersedia dalam 19 warna berbeza. Dari peringkat bayi hingga umur 13 tahun, koleksi ini memberi peluang kepada anak-anak untuk bergaya dengan pakaian yang sesuai dan selesa.

#2. Gene Martino – Keluarga Sedondon, Keluarga Bahagia Raya 2025

Jika anda mencari pakaian raya yang cantik tetapi tidak terlalu mahal, Gene Martino adalah jenama yang patut dipertimbangkan.

Tahun ini, mereka memperkenalkan koleksi sedondon seperti Ishad & Ishika, Maliki & Malia, serta Khair & Khairina. Pelbagai promosi menarik seperti percuma beg

Rekaannya tersedia dan sesuai untuk semua peringkat umur, dari ayah hinggalah si kecil. Mesra bajet, menjadikannya pilihan ideal untuk seisi keluarga.

#3. PrimaValet Raya 2025

Jenama ini juga sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan pakaian raya berkualiti pada harga yang berpatutan.

Tahun 2025, PrimaValet juga memperkenalkan rekaan eksklusif seperti set Sakena, Oceana, dan Joana untuk wanita. Potongan baju yang elegan dan menyerupai konsep pengantin ini sempurna diseragamkan bersama set baju lelaki mereka, Zidane, Khalifah, dan Salman, mencipta gaya yang serasi dan anggun.

Untuk kanak-kanak, set baju Melayu Putra-1, 2, 3 dan 4 boleh dijadikan pilihan utama. Saiz nya tersedia dari peringkat umur satu hingga sebelas tahun.

Bukan sahaja menyediakan baju raya, bahkan PrimaValet juga menawarkan pelbagai jenis aksesori yang elegan dan cantik. Mudah kan? Semuanya tersedia di satu tempat sahaja!

#4. Khatam – Satu Keluarga, Lengkap Bersama

Kalau anda sukakan rekaan baju raya yang ada sentuhan klasik, Khatam adalah pilihan terbaik.

Tahun 2025 ini, Khatam hadir dengan pelbagai siri seperti Palong, Pangku serta Patawali. Siri Patawali menjadi fokus utama mereka dimana ia didatangkan dalam 45 jenis warna dan rekaannya tersedia untuk seisi keluarga.

Rekaan baju yang bermain dengan unsur klasik seperti sulaman halus, songket dan batik menjadikan Khatam lebih eksklusif!

#5. Bayu Somerset – SomerSyokRaya2025

Jika anda ingin tampil mewah serta eksklusif, Bayu Somerset adalah pilihan tepat untuk memenuhi keinginan anda!

Mereka mengenalkan koleksi ‘Moroccan’ yang direka daripada campuran pelbagai warna. Ia tersedia dalam paten Kurung Kedah, Kebaya, Selendang serta pakaian lelaki dan kanak-kanak.

Tampil lebih premium dan elegan dengan rekaan baju melayu serta kebaya moden yang hadir dengan potongan fabrik lebih berkualiti, selesa, serta mengekalkan sentuhan mewah kepada pemakainya.


Lima jenama lokal ini sememangnya memudahkan urusan anda untuk mencari baju raya. Tak perlu bersusah-payah pergi banyak tempat, semuanya boleh didapati dalam satu kedai sahaja.

Jadi, tunggu apa lagi? Dah boleh mulakan pencarian baju raya anda sekarang. Tahun ni, dah boleh pastikan seisi keluarga tampil sedondon dan lebih bergaya!

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita

Baca Artikel Berkaitan: Ini 15 ‘Pose’ Yang Anda Boleh Gayakan Untuk #OOTD Di Pagi Raya

Baca Artikel Berkaitan: 9 Idea Menarik Untuk ‘Posing’ Gambar Raya Bersama Keluarga. Yang Penting Gambar Cantik!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd