OATSIDE Jadi Pilihan Kaki Gym! Perkenal Susu Oat Protein Baharu Di Malaysia
OATSIDE Protein dirumus khas untuk gaya hidup aktif!


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pergi sahaja mana-mana kafe, selain susu biasa yang sering digandingkan bersama kopi, susu badam (almond milk) juga sudah menerima sambutan yang baik di Malaysia. Dan paling banyak jenama kita lihat adalah OATSIDE.
Mungkin ramai kini sudah berazam untuk ke arah hidup yang lebih sihat?
Tak salah kalau nak manifest. 🙂

BACA JUGA: OATSIDE Beri ‘Buah Tangan’ Baharu: Mocha & Caramel Macchiato
OATSIDE Perkenal Susu Oat Protein Baharu Di Malaysia
Bersedia untuk tingkatkan perjalanan kecergasan anda dengan inovasi terbaru daripada OATSIDE: OATSIDE Protein!
Menurut Malaysia Recommended Nutrient Intake (MRNI), orang dewasa yang sihat disarankan mengambil 1g protein untuk setiap kg berat badan.

Tapi realitinya, ramai rakyat Malaysia masih tak cukup protein dalam diet harian, walaupun protein penting untuk membina dan membaiki tisu, mengekalkan jisim otot, serta menyokong sistem imun.
OATSIDE Protein dirumus khas untuk gaya hidup aktif—tanpa kompromi pada rasa!
Setiap pek mengandungi 20g protein berasaskan tumbuhan, hanya 2g lemak, dan tanpa gula tebu tambahan. Sebagai perbandingan, 3 biji telur mengandungi jumlah protein yang sama tetapi dengan 15g lemak.
OATSIDE Protein

Yang bestnya, OATSIDE Protein mengandungi kesemua 9 asid amino penting dan lebih daripada 3,000mg BCAA (Branched Chain Amino Acids). Percambahan juga menjadikan protein lebih mudah dihadam dan lebih berkesan diserap oleh tubuh.
Produk ini boleh didapati dalam dua perisa lazat: Vanilla dan Coklat, dalam pek 250ml.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.