Wardah Umum Pelantikan Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship For Global Impact
Di Malaysia, Wardah telah melaksanakan pelbagai inisiatif pemerkasaan, termasuk program inisiatif Wanita untuk Wanita (Women for Women).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam era di mana kecantikan dengan pemerkasaan wanita bergerak selari, Wardah terus mengorak langkah sebagai peneraju industri kecantikan halal yang berkembang pesat di Malaysia.
Wardah Komited Untuk Pastikan Setiap Formulasi Disokong Oleh Sains
Zaireen Ibrahim selaku Pengarah Negara Paragon Corp Malaysia, menekankan kepentingan pasaran kecantikan halal di Malaysia dengan menyatakan, “Industri kecantikan halal di Malaysia berkembang pesat, didorong oleh permintaan pengguna terhadap produk yang bersih, beretika, dan berkesan.
“Di Wardah, kami komited menetapkan penanda aras industri dengan memastikan setiap formulasi disokong oleh sains, sambil mengekalkan keutuhan standard halal.”
“Dengan peningkatan permintaan terhadap produk kecantikan halal yang diperakui, sinergi antara jenama, kerajaan, dan institusi mampu mendorong inovasi serta penyeragaman dalam industri ini,” katanya.
Wardah Umum Pelantikan Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact

Pelantikan ini dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sari Chairunnisa, MD, Timbalan CEO ParagonCorp, yang berlangsung di ibu pejabat ParagonCorp di Jakarta.
Sebagai Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Air, Retno Marsudi akan menyumbangkan kepakaran beliau dalam diplomasi global bagi memperkukuh inisiatif strategik Paragon Wardah Stewardship for Global Impact.
Fokus utama merangkumi pendidikan, pemberdayaan wanita, kelestarian alam sekitar, serta inisiatif sosial yang mampu mencetuskan perubahan bermakna dalam komuniti global.
Sejurus selepas menandatangani MoU, Retno Marsudi menzahirkan penghargaan beliau, “Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Paragon Wardah. Kerjasama ini lahir daripada nilai dan aspirasi yang sama—untuk mencipta perubahan positif yang mampan.
“Paragon telah membuktikan komitmennya dalam menyelaraskan kejayaan perniagaan dengan kesejahteraan sosial, dan saya teruja untuk menyumbang kepada inisiatif berimpak tinggi ini.”
Memperkasakan Wanita Di Malaysia Menerusi Inisiatif Mampan
Di Malaysia, Wardah telah melaksanakan pelbagai inisiatif pemerkasaan, termasuk program inisiatif Wanita untuk Wanita (Women for Women).
Program ini telah memberi peluang kepada wanita tempatan untuk menghasilkan tuala wanita jenis kain guna semula, bukan sahaja membantu menangani kemiskinan haid, malah turut membuka peluang pendapatan yang mampan.
Produk ini juga diagihkan kepada wanita di Palestin, membuktikan komitmen Wardah terhadap solidariti global dan tanggungjawab sosial.
Melalui Paragon Wardah Stewardship for Global Impact, Retno Marsudi akan menyokong misi Wardah dengan mengukuhkan program pendidikan, memperkasakan keusahawanan wanita, serta mempertingkatkan usaha kelestarian alam sekitar yang dipacu komuniti.
Pendekatan ini selari dengan falsafah “Brave Beauty”, di mana wanita berperanan sebagai pencetus perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat, dan dunia.
Sebagai pemain utama dalam pasaran kecantikan halal global, Wardah—di bawah kepimpinan Retno Marsudi dan ParagonCorp bertekad mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam penyelesaian kecantikan halal yang inovatif dan beretika.
Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh komitmen Wardah terhadap inovasi dan kelestarian, tetapi juga mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju ekosistem halal global.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.