Now Reading
UNIQLO Lancar Koleksi T-Shirt Pablo Picasso Buat Kali Pertama!

UNIQLO Lancar Koleksi T-Shirt Pablo Picasso Buat Kali Pertama!

Dengan koleksi PEACE FOR ALL dan UT ini, mesej keamanan yang disokong oleh Picasso sepanjang hayatnya terus disampaikan melalui karya seni yang melangkaui batasan zaman dan terus memberi inspirasi kepada dunia hingga ke hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama pakaian global, UNIQLO telah mengumumkan tarikh pelancaran koleksi T-shirt terbaru yang menampilkan karya seni oleh Pablo Picasso iaitu artis yang merevolusikan dunia seni pada abad ke-20.

Koleksi ini akan mula dijual di seluruh dunia pada 14 Mac 2025 dan akan merangkumi satu rekaan untuk projek T-shirt amal PEACE FOR ALL, serta empat rekaan untuk jenama T-shirt grafik UT.

Kolaborasi Kali Pertama Bersama UNIQLO

Ini adalah kali pertama UNIQLO menampilkan karya seni Picasso dalam koleksinya, menambah lagi senarai kolaborasi dengan artis terkenal di peringkat global.

Kerjasama istimewa ini terhasil dengan sokongan Estate of Pablo Picasso yang sehaluan dengan visi UNIQLO untuk menyumbang kepada masyarakat dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

PEACE FOR ALL: Bouquet of Friendship

Untuk makluman, t-shirt PEACE FOR ALL dalam koleksi ini menampilkan karya Bouquet of Friendship (1958), yang dicipta untuk demonstrasi keamanan di Stockholm pada tahun 1958.

Kesemua keuntungan daripada jualan T-shirt ini akan disalurkan kepada organisasi kemanusiaan antarabangsa.

Sementara itu, koleksi UT akan memaparkan empat karya Picasso dari era 1920-an hingga 1940-an, zaman di mana beliau paling kreatif dan bereksperimen dengan pelbagai gaya seni.

Salah satu karya yang ditampilkan ialah Dove of Peace (1949), yang menggambarkan burung merpati putih sebagai simbol keamanan. Lukisan ini juga dipilih sebagai lambang Persidangan Keamanan Antarabangsa Pertama di Paris pada tahun 1949.

Dengan koleksi PEACE FOR ALL dan UT ini, mesej keamanan yang disokong oleh Picasso sepanjang hayatnya terus disampaikan melalui karya seni yang melangkaui batasan zaman dan terus memberi inspirasi kepada dunia hingga ke hari ini.

Siapa Sebenarnya Pablo Picasso Ini?

Pablo Picasso ini merupakan seorang pelukis, pemahat, dan pembuat cetakan yang dilahirkan di Málaga, Sepanyol. Pada tahun 1900 ketika berusia 19 tahun, Picasso pertama kali mengunjungi Paris, di mana beliau menetap dari tahun 1904 hingga 1940-an.

Di Paris jugalah beliau melalui era terkenal “Blue Period” dan “Rose Period”, serta menjadi pengasas gerakan Kubisme yang mengubah cara objek digambarkan dalam seni.

Usaha Picasso yang tidak pernah berhenti untuk mencari bentuk ekspresi baru membawa beliau melangkaui dunia lukisan ke bidang arca, seramik, sastera, dan muzik, memberikan impak yang besar kepada seni moden hingga ke hari ini.

[UNIQLO: Pablo Picasso]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd