Now Reading
BSN Tampil Dengan Konsep Unik, Buka Kafe Sebelah Bank. Menarik!

BSN Tampil Dengan Konsep Unik, Buka Kafe Sebelah Bank. Menarik!

BSN Malaysia membuka kafe He & She Coffee di cawangan bank mereka bertempat di Kota Damansara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut je nak pergi bank, mesti kebanyakan daripada anda akan terfikir mereka mempunyai urusan kewangan yang perlu diselesaikan sama ada mahu mengeluarkan duit, membuka akaun, deposit wang tunai dan sebagainya.

Senang kata setiap bank memang sudah sinonim dengan perkara itu. Belum pernah lagi dengar orang kata nak pergi bank sebab nak beli karipap dan kopi untuk sarapan.

Walaupun dengar macam pelik, tapi percaya atau tidak, anda sekarang boleh pergi bank untuk beli makanan. Ya betul, tak tipu!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Tiramisu Monét Jadi Buruan Ramai, Siapa Sebenarnya Pemilik Kafe Viral Di Jalan J, Taman Melawati Ini?

Baca Artikel Berkaitan: Gua Juicery, Flaon & 4 Lagi Kafe Dengan Tema Gua Yang Best Sekitar KL & Selangor

Bank Simpanan Nasional Buka Kafe Untuk Tarik Lebih Ramai Pelanggan

Sumber: Facebook BSN Malaysia

Baru-baru ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) tampil dengan idea yang lain daripada lain di mana mereka telah membuka premis kafe yang terletak betul-betul bersebelahan dengan cawangan bank.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook BSN Malaysia, Kafe He & She Coffee itu bertempat di BSN Kiosk Bank cawangan Kota Damansara.

Sumber: Facebook BSN Malaysia

Di bawah bumbung yang sama, premis perbankan itu kini bukan sahaja membolehkan orang ramai melakukan transaksi, tapi mereka juga boleh santai-santai sambil minum kopi di sana.

Buatnya rasa tiba-tiba nak relaks dan tenangkan diri dulu sebelum membayar segala bil di bank, bolehlah singgah di kafe bersebelahan kiosk berkenaan.

Sumber: Facebook BSN Malaysia

Buat anda yang suka ‘cafe hunting’, mesti dah tertanya-tanya tentang waktu operasi kafe ini kan? Mana tahu ikut waktu bank juga.

Jangan risau, kafe He & She ini dibuka seawal jam 8 pagi hingga 10 malam. Tapi jangan datang hari Ahad ya, kerana ia tidak dibuka. Hanya beroperasi hari Isnin hingga Sabtu sahaja.

Good job BSN!

  • Lokasi:  13-1, Jalan PJU 5/3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8 pagi – 10 malam).

Masyarakat Teruja Lihat Konsep Baru Yang Diperkenalkan Oleh BSN

Rata-rata masyarakat berpendapat konsep yang diketengahkan oleh BSN ini sebagai sesuatu yang agak kreatif dalam menjadikan bank mereka tampil lebih unik berbanding perkhidmatan bank yang lain.

Selain itu, ada juga netizen yang memberi cadangan agar BSN mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka kiosk menjual pencuci mulut dan dobi.

“Elok buat kiosk aiskrim, kopi, donut dan kedai dobi sekali. Boleh dapat tambah pendapatan BSN dan pencarumnya sekali,” ujar pengguna Facebook.

Pada masa yang sama, seorang lagi netizen bertanya sama ada BSN mempunyai cadangan untuk mengembangkan lagi konsep sebegini di cawangan yang lain.

Sumber: Facebook BSN Malaysia

POS Malaysia Pula Tampil Dengan Konsep Kedai Serbaneka Untuk Tarik Pelanggan

Selain BSN, sebenarnya beberapa operasi perkhidmatan juga dilihat sudah mula memperkenalkan konsep baharu untuk menarik minat pelanggan-pelanggan mereka.

Dulu bila cakap nak pergi POS Malaysia, confirm anda akan ditanya ‘Nak pos barang apa pula? Kat siapa?’, betul tak?

Sumber: MalayMail

Kini POS Malaysia juga memperkenalkan konsep ‘Shop in Shop’ yang lebih inovatif dan diberi nama POS Shop.

Selain boleh mengepos barang dan membuat pembayaran bil, POS Shop ini pun ada kafe ya. Bolehlah singgah beli kopi sambil menatap baki wang yang tinggal sejurus menyelesaikan segala bil bulanan.

Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Lancar Cawangan Baru Pos Shop, Beri Transformasi Pada Dunia Peruncitan

Baca Artikel Berkaitan: Pejabat Pos Siap Ada Kedai Serbaneka Di Temerloh Curi Tumpuan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Yellow Brick Road, Monét Serta 7 Lagi Lokasi Sekitar KL & Selangor Untuk Penuhi Keinginan Tiramisu Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd