Now Reading
[Video] Doktor Kongsi Kebaikan Bedak Sejuk Untuk Kulit Cantik, Harga Pun Murah!

[Video] Doktor Kongsi Kebaikan Bedak Sejuk Untuk Kulit Cantik, Harga Pun Murah!

Bedak sejuk yang diperbuat daripada beras itu mengandungi pelbagai bahan berguna kepada kulit seperti Phytic Acid dan Ferulic Acid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bercakap bab penjagaan kulit wajah, golongan wanita adalah yang paling teruja sekali. Setiap kali ada produk ‘skincare’ baru yang viral di media sosial, mesti ramai yang berebut-rebut nak beli.

Maklumlah siapa je tak nak kulit cantik, betul tak? Kalau boleh nak kekal awet muda seperti remaja dulu walaupun usia sebenarnya sudah mencecah 40an.

Selain menggunakan produk penjagaan wajah seperti toner, essence, retinol dan sebagainya, ada juga di antara kita yang memakai bedak sejuk sahaja sebagai rutin mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

Doktor Estetik Dedah Kelebihan Guna Bedak Sejuk Pada Kulit Wajah

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ungshah), seorang doktor estetik berdaftar Malaysia telah menerima satu persoalan tentang kelebihan memakai bedak sejuk setiap malam sebelum tidur.

Dalam video berkenaan, doktor lelaki yang dikenali sebagai Dr Ungku Shahrin itu tampil menjelaskan bedak sejuk diperbuat daripada beras dan sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Jelasnya, beras yang terdapat dalam bedak sejuk itu mempunyai pelbagai kebaikan bagi menjadikan kulit wajah seseorang lebih menawan.

Antaranya:

#1. Boleh Mengurangkan Minyak Pada Kulit
Gambar sekadar hiasan.

Minyak pada kulit akan berkurang dengan penggunaan bedak sejuk ini kerana bahannya yang terdiri daripada beras itu bertindak sebagai penyerap. Jadi secara tidak langsung, jerawat juga tidak mudah terbentuk kerana tidak banyak minyak yang terkumpul di dalam pori.

#2. Kulit Menjadi Lebih Putih
Gambar sekadar hiasan.

Bedak sejuk juga boleh menjadikan kulit lebih putih serta mengurangkan pigmentasi kerana mengandungi Pythic Acid dan Ferulic Acid. Dengan bahan-bahan ini, tompok hitam pada wajah juga dapat dipudarkan.

#3. Menjadi Penyejuk Kepada Kulit
Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, beras mempunyai ‘Anti-Inflamentary Effect‘ di mana mereka yang sering yang mengalami kemerahan pada wajah kerana ‘sunburn’ dapat diatasi dengan berkesan.

Ini kerana bahan tersebut bertindak sebagai penyejuk kepada kulit wajah anda.

#4. Menjadikan Kulit Lebih Tegang
Gambar sekadar hiasan.

Dengan adanya ‘Extragen Effect’ yang berkesan kepada kulit wajah untuk tempoh sementara, ia secara tidak langsung dapat mengisi pori-pori yang ada dan menjadikan kulit anda nampak lebih tegang.

@ungshah

Bedak sejuk sering digunakan sebelum tidur, ini antara penerangan tentang kelebihan bedak sejuk untuk kulit wajah. #medicalaesthetics #drungkushahrin #beauty #bedaksejuk

♬ original sound – Dr Ungku Shahrin – Dr Ungku Shahrin

Ramai Setuju Bedak Sejuk Adalah ‘Skincare’ Yang Berkesan Untuk Kulit Cantik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa bedak sejuk merupakan antara produk yang berkesan untuk menjaga kulit wajah mereka.

“Dulu selalu kena sunburn dan pakai bedak sejuk memang hilang sunburn tu,” kata pengguna TikTok.

Paling best, harga pun murah dan boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat.

“Sekarang ni banyak pakai bedak sejuk je dah kurang pakai skincare lain, jimat duit,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, bedak sejuk ini diguna pakai oleh semua wanita tanpa mengira umur termasuklah golongan mak-mak.

“Betul ni, mak saya buat bedak sejuk sendiri dan hari-hari pakai. Kulit bersih walaupun tak pakai skincare,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Wanita Malaysia Antara Yang Tercantik Di Asia

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web kewangan Insider Monkey, wanita Malaysia berada di tangga keenam paling cantik di Asia dengan skor sebanyak 0.75.

Hasil kajian ini menunjukkan Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang masing-masing berada di tangga kesembilan, ke-10 serta ke-11.

Gambar sekadar hiasan.

Ia diukur berdasarkan beberapa kriteria antaranya seperti kepelbagaian budaya, pengaruh fesyen dan kejayaan dalam pertandingan ratu cantik.

Menurut laman web berkenaan, kepelbagaian etnik di Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan etnik yang lain telah menghasilkan gabungan yang unik pada ciri-ciri wajah dan kecantikan.

Dapatan itu menunjukkan Korea Selatan mengungguli tempat pertama dengan skor sebanyak 1, diikuti dengan Jepun ditangga kedua dengan 0.95 markah serta Vietnam di tangga ketiga dengan skor sebanyak 0.9.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia No. 6 Tercantik Di Asia, Kalahkan Indonesia & Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Anda Yang Pertama Kali Pakai Retinol

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd