Now Reading
4 Transaksi Yang Dulu Complicated Tapi Jadi Mudah Dengan Adanya Kaedah Cashless

4 Transaksi Yang Dulu Complicated Tapi Jadi Mudah Dengan Adanya Kaedah Cashless

Antara ‘kenangan’ guna wang tunai yang agak menyulitkan keadaan adalah ketika perlu membayar parkir tetapi hanya ada duit yang sudah berlipat-lipat sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman dulu, memang semua orang teruja setiap kali dapat wang tunai, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan. Kalau kumpul semua duit raya yang diterima dari pakcik dan makcik di kampung, memang berkepuk-kepuk.

Bukan itu sahaja, ada juga golongan yang suka menyimpan wang tunai mereka di dalam tabung fizikal. Maklumlah ketika itu belum ada lagi tabung ‘online’. Jadi, nak tak nak memang kena keluarkannya dari akaun bank.

Bila teringat zaman kita semua menggunakan wang tunai, ada suka dan duka. Suka sebab kita boleh pegang sendiri duit kita. Yang tak best bila wang tersebut juga boleh membuatkan kehidupan seharian kita agak stres.

Baca Artikel Berkaitan: Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini

Baca Artikel Berkaitan: Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 4 Jenis Kad Untuk Buat Pembayaran Secara ‘Cashless’

Baca Artikel Berkaitan: Touch ‘n Go eWallet & PayNet Lancar Kempen ‘Mai Kita Cashless’

Ini 4 Momen Buat Ramai Stres Di Era Penggunaan Wang Tunai Sahaja

Jika kita semua ‘throwback’ zaman di mana setiap pembayaran hanya boleh menggunakan wang tunai sahaja, memang tak mahu kembali ke era itu lagi.

#1. Tak Ada Duit Kecil Untuk Bayar Di Mesin Parkir Automatik
Sumber: Sonicboom Solutions

Boleh dikatakan hampir kesemua premis yang menyediakan tempat parkir kenderaan akan menggunakan mesin automatik bagi membolehkan setiap pelanggan mereka membuat pembayaran.Tapi kemudahan ini akan menjadi sukar bila dompet anda cuma ada duit RM100 sekeping dan tiada duit kecil yang lain.

#2. Perlu Beratur Panjang Di Pejabat Kerajaan Untuk Bayar Bil Utiliti
Sumber: Hartanah Sentral

Mereka yang pernah ada di zaman perlu pergi ke pejabat kerajaan untuk membayar bil-bil rumah, korang memang OG! Tahu tak, orang zaman dulu siap ada yang ambil cuti semata-mata untuk beratur panjang membayar bil utiliti. Kalau datang lambat, memang sampai ke petanglah perlu beratur.

#3. Tak Jumpa Mesin ATM Berhampiran Untuk Mengeluarkan Wang Tunai
Sumber: MalayMail

Sebelum wujud pembayaran online yang semakin canggih pada hari ini, boleh dikatakan semua perkara perlu dibayar menggunakan wang tunai. Senang kata, kalau tak ada duit cash, memang satu apa pun tak boleh beli. Tapi yang susahnya bila nak mencari mesin ATM berhampiran lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan kampung.

#4. Mesin Pembayaran Cerewet Tak Terima Duit ‘Buruk’
Sumber: MalayMail

Apa sahaja mesin layan diri seperti perniagaan yang menjual makanan dan minum mahupun membayar parkir, semuanya memerlukan wang tunai. Tapi sebelum bayar, kena semak dulu sama ada wang itu ‘cantik’ atau tidak. Stres juga kalau duit kita ditolak berkali-kali oleh mesin sebab keadaannya yang agak buruk. Terlipat, terkoyak atau remuk sedikit memang tak diterima.


Ini Kelebihan Jika Menggunakan Bayaran Tanpa Tunai (Cashless)

Bila teringat balik momen-momen yang cukup stres dahulu menggunakan wang tunai, memang bersyukur sangat sekarang ini sudah ada pembayaran tanpa tunai (cashless). Kalau tertinggal dompet di rumah pun tak jadi masalah sangat sebab boleh bayar guna telefon je.

Selain itu, banyak lagi manfaat bila kita mengamalkan pembayaran secara ‘cashless’ ini!

#1. Cepat & Mudah
Sumber: MalayMail

Pembayaran secara digital ini menjadikan transaksi dapat dilakukan dengan lebih pantas dan pelanggan pun tak perlu tunggu lama. Lebih menarik lagi, pembayaran tanpa tunai ini membolehkan pelbagai kaedah transaksi dilakukan seperti menggunakan kad kredit, dompet digital dan pemindahan wang secara atas talian.

Selain itu, rata-rata peniaga pada hari ini juga menyediakan kod DuitNow QR bagi membolehkan pelanggan mahu membuat pembayaran menggunakan cara berkenaan.

#2. Lebih Selamat & Dilindungi
Sumber: SoyaCincau

Apabila wang anda berada dalam bentuk digital seperti di dalam akaun bank atau pelaburan, ia kurang terdedah kepada kerugian, kecurian atau sebarang kerosakan yang tidak dijangka. Malah, keselamatan diri kita pun lebih terjamin kerana tidak perlu menanggung risiko membawa sejumlah wang yang agak banyak. Secara tidak langsung, ia membuatkan sesebuah transaksi itu lebih terlindung dan selamat.

Lebih membimbangkan lagi apabila sudah banyak laporan mengenai kes jenayah yang berleluasa tidak kira pada waktu siang atau malam.

#3. Pengurusan Wang Lebih Teratur
Sumber: Maybank

Transaksi secara digital ini seperti Pertukaran Proses Kewangan atau Financial Process Exchange (FPX) adalah lebih baik kerana ia membolehkan segala pembayaran atas talian direkodkan. Jadi anda sebagai pengguna juga mudah untuk menyemak semula pembayaran yang dilakukan dan memudahkan urusan kewangan dikawal dengan lebih efektif.

Tidak kiralah transaksi dari serendah RM0.01 sehingga bernilai ribuan ringgit, semuanya akan tertera dalam sejarah pembayaran melalui aplikasi yang digunakan. Senang kan?

Selain itu dengan adanya kaedah pembayaran secara DuitNow QR, anda tak perlu risau lagi sekiranya tertinggal dompet di rumah atau tidak mempunyai wang tunai. Cukup dengan adanya telefon bimbit, segala pembelian boleh dilakukan dengan mudah.

Hanya perlu imbas kod DuitNow QR, masukkan jumlah dan tekan bayar. Selesai!

Para wanita pun bolehlah jimatkan ruang dalam beg tangan mereka yang bersaiz comel tanpa perlu memuatkan dompet fizikal yang agak tebal, betul tak? Yang penting, bateri telefon masih mencukupi.


Ini 2 Kos Dalam Pengurusan Wang Tunai Yang Agak Melecehkan

Pengurusan wang tunai ini boleh menjadikan pengalaman dalam mengawal kewangan agak melecehkan. Tanpa disedari, ia sebenarnya melibatkan banyak kos tersembunyi seperti:

#1. Kerugian Akibat Dirompak dan Penipuan

Lebih membimbangkan lagi, pengendalian wang tunai ini juga terdedah kepada risiko kecurian dan penipuan yang berpotensi membawa kepada kerugian kepada pemiliknya terutama sekali apabila kes jenayah rompakan semakin membimbangkan.

Ini kerana wujud risiko di mana kerja-kerja pemindahan wang ini diketahui oleh penjenayah dan menjadikan wang tunai tersebut berada dalam keadaan yang tidak selamat.

#2. Kos Masa

Mengendalikan wang tunai juga memakan masa kerana melibatkan proses pengiraan yang teliti sebelum ia didepositkan ke dalam bank. Sudah pastinya para pekerja yang terlibat juga akan mengiranya beberapa kali bagi memastikan jumlah wang yang dikendalikannya itu adalah tepat. 


Jom Beralih Ke Pembayaran Secara Cashless!

Memetik laporan Berita Harian, 41% masyarakat Malaysia kini sedang beralih ke kaedah pembayaran jenis sentuh untuk bayar atau ‘touch-to-pay’ berbanding menggunakan dompet fizikal. 

Antara kaedah pembayaran secara digital yang menjadi pilihan orang pada zaman ini bagi memudahkan urusan mereka adalah seperti DuitNow QR, Pertukaran Proses Kewangan (FPX), MyDebit dan banyak lagi.

Pencapaian ini didapati berdasarkan tinjauan oleh Ayden Index 2024 pada 14 Januari sehingga 15 Februari 2024 yang lalu melibatkan lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia.

Malah, tujuh daripada 10 rakyat Malaysia kini secara aktif menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai dan ia secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat tanpa tunai.

Sumber: SoyaCincau

Kemudahan pembayaran secara ‘cashless’ kini dilihat semakin meluas. Malah, peniaga di tepi jalan juga menyediakan kod QR bagi membolehkan pelanggan membuat transaksi pembayaran dengan lebih mudah.

Sesetengah dobi layan diri juga memiliki kemudahan yang sama. Kepada anda yang belum memanfaatkan kemudahan pembayaran secara ‘cashless’, ini masanya!

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Paling Ramai Guna Dompet Mudah Alih Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Perlu Kad Atau Telefon, Mat Salleh Teruja Di China Hanya Guna Tapak Tangan Buat Pembayaran

Baca Artikel Berkaitan: Kad Touch ‘n Go Hilang? Ini Cara Dapatkan ‘Refund’ Baki Wang Dalam Kad Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd