Now Reading
Touch ‘n Go Tampil Dengan RFID Tag Oyen Bikin Ramai Tak Keruan!

Touch ‘n Go Tampil Dengan RFID Tag Oyen Bikin Ramai Tak Keruan!

Mulai 24 Januari 2025, anda boleh mendapatkan Oyen RFID Tag dengan harga pengenalan RM35 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Touch ‘n Go baru sahaja melancarkan produk terbaharunya yang pasti membuatkan Limited-Edition RFID Tag – Cat Edition, menampilkan kucing nakal kegemaran rakyat Malaysia, Oyen.

Kini, tag RFID bukan sahaja untuk pembayaran tol—reka bentuk comelnya membawa elemen seronok dan “purr-sonality” kepada setiap perjalanan anda.

Reka Bentuk Praktikal & Bergaya

RFID Tag Cat Edition ini merupakan tag RFID edisi terhad bersaiz sederhana yang pertama daripada Touch ‘n Go. Ia direka untuk dipasang dengan sempurna pada cermin hadapan kiri atau bumper kiri kenderaan anda tanpa menjejaskan fungsi.

Sama ada anda seorang pengguna teknologi yang mahir atau hanya peminat tegar barang bertema kucing, tag ini pasti menjadikan perjalanan anda lebih lancar dan menyeronokkan.

Selepas kejayaan besar Transformers One Limited Edition RFID Tag, Touch ‘n Go kini melangkah lebih jauh dengan produk yang memikat hati pencinta haiwan dan jiwa kreatif.

Lagipun, siapa tak nak Oyen jadi peneman, kan?

Apa Yang Menarik Tentang RFID Tag Oyen?

RFID Tag ini bukan sahaja comel, ia juga “whisker-licious” dalam dunia penyelesaian pembayaran tol! Dihubungkan terus ke Touch ‘n Go eWallet anda, RFID Tag Cat Edition ini secara automatik akan menolak bayaran tol semasa anda melalui lorong RFID.

  • Tiada Lagi Kesulitan! Anda tidak perlu menurunkan tingkap, mencari wang tunai, atau risau lambat!
  • Reka Bentuk Bertema Kucing: Tag ini membawa kegembiraan dengan rupa comel Oyen sambil memastikan perjalanan stress-free!

Tips Untuk Menggunakan RFID Tag Cat Edition:

  1. Pemasangan Yang Tepat:
    Gunakan panduan DIY untuk memasang tag pada cermin hadapan kiri atau bumper kiri kenderaan anda. Elakkan memasangnya pada lampu utama untuk mematuhi garis panduan JPJ.
  2. Pastikan Dompet Anda Tersedia:
    Sentiasa pastikan baki TNG eWallet anda mencukupi. Untuk kemudahan tambahan, aktifkan fungsi auto-reload supaya anda tidak perlu risau tentang kehabisan baki.
  3. Jarak yang Selamat:
    Di lorong RFID, kekalkan jarak sekurang-kurangnya 3 meter dari kenderaan di hadapan untuk memastikan pengimbas membaca tag anda tanpa masalah.
  4. Manfaatkan SOS Balance:
    Jika baki eWallet tidak mencukupi, pengguna yang layak boleh menggunakan ciri SOS Balance. Ia memberikan tempoh bertenang selama 24 jam untuk anda menambah nilai dan menyelesaikan bayaran tol yang tertunggak.

RFID Tag Oyen Kini Tersedia pada Harga Promosi RM35!

Mulai 24 Januari 2025, anda boleh mendapatkan Oyen RFID Tag dengan harga pengenalan RM35 sahaja. Tag edisi terhad ini boleh dibeli melalui:

Cepak! Stok adalah terhad dan dijangka laris sepantas Oyen mengejar laser pointer! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki tag comel ini. 😻

via GIPHY

BACA JUGA: Cantik! Ini Antara Kad, Charm & Tag RFID Keluaran Touch ‘n Go Yang Patut Korang Miliki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd