Now Reading
Hotel Hilton Seluruh Malaysia Tawar Menu Bufet Ramadan Menarik. Boleh Letak Dalam List!

Hotel Hilton Seluruh Malaysia Tawar Menu Bufet Ramadan Menarik. Boleh Letak Dalam List!

Antara Hilton Properties di seluruh Malaysia yang menyajikan juadah berbuka puasa sempena Ramadan adalah Hilton Kuala Lumpur dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ramadan adalah waktu di mana semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai bagi menunggu waktu berbuka puasa. Pastinya saat ini adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu.

Bagi menjadikan momen ini diraikan dengan penuh kegembiraan, apa kata anda berbuka puasa di lokasi yang eksklusif dengan adanya hidangan bufet Ramadan.

Antara lokasi yang menawarkan hidangan bufet Ramadan dengan pelbagai sajian menarik untuk berbuka puasa adalah Hilton di seluruh Malaysia dengan tema ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bufet Ramadan Bawah RM180 Sekitar KL. Yang Penting Semua Ada Surau!

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Ini 9 Buffet Buka Puasa Sekitar KL & Selangor

Baca Artikel Berkaitan: Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]

Sumber: Hilton

Ini Antara 8 Hotel Di Bawah Hilton Properties Seluruh Malaysia Yang Tawar Hidangan Bufet Ramadan

Kepada anda yang belum pernah berbuka puasa di mana-mana hotel di bawah Hilton Properties, inilah masanya kerana mereka turut memberikan diskaun 20% bagi anda yang membuat tempahan awal bermula dari 10 hingga 28 Februari 2025.

Antara hotel yang boleh dikunjungi adalah:

#1. Hilton Kuala Lumpur
Antara hidangan di Hilton Kuala Lumpur.

Bertemakan masakan Melayu, ‘An Exquisite Ramadan Showcase’ oleh Hilton Kuala Lumpur ini akan menyajikan pelanggan mereka dengan juadah berbuka puasa yang cukup menyelerakan bermula 1 hingga 30 Mac 2025.

Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah seperti:

  • Kerabu Muda bersama Kekapis Kering
  • Australian Lamb Neck Asam Pedas
  • Australian Beef Short Rib bersama Serunding Kelapa dan Sambal Strawberi

Jangan lupa untuk mencuba manisan mereka seperti kek keju dan aiskrim. Durian Musang King pun ada ya!

Harga bagi bufet Ramadan di Vasco’s Hilton Kuala Lumpur ini adalah:

  • Dewasa: RM238
  • Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: RM119
#2. Hilton Petaling Jaya
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

‘Ramadan’s Hidden Treasure’ yang bermula pada 1 hingga 29 Mac di Restoran Paya Serai bakal menyajikan pengunjung mereka dengan pelbagai hidangan seperti berikut:

  • Asam Pedas Lamb Shank
  • Kambing Hiris dengan Sos BBQ Szenchuan, dihidang bersama Roti Mantau
  • Kerabu Pucuk Paku
  • Pulut Kuning Bersantan dan Serunding Gulung dengan Pucuk Ubi Rebus

Sekenyang mana anda sekalipun, kena cuba pencuci mulut mereka terdiri daripada:

  • Ubi Tonyoh Bunga Telang dengan Air Gula Melak
  • Cendol Panna Cotta dengan Sarang Madu Lebah

Bagi anda yang sudah terliur, boleh cepat-cepat membuat tempahan dengan harga seperti berikut:

  • 1 hingga 3 Mac 2025 dan 27 hingga 29 Mac 2025
    • Dewasa: RM158
    • Kanak-kanak: RM79
  • 6 hingga 26 Mac 2025
    • Dewasa: RM218
    • Kanak-kanak: RM109
#3. DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Antara hidangan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Hidangan bufet ‘Muhibbah Signature’ di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini pastinya akan membuatkan anda terngiang-ngiang hidang mereka ketika sedang berpuasa.

Mana tidaknya, semua menu sedap-sedap belaka. Antaranya:

  • Kari Udang Mamak
  • Smoked Australian Beef Brisket
  • Smoked Fish Salad
  • Chettinad Prawn Masala

Pencuci mulut mereka pun menarik juga terutama sekali Durian Goreng dan Pudding Kurma dengan Gula Melaka Butterscotch bersama Aiskrim Teh Tarik.

Mereka yang mahu berbuka puasa dengan hidangan istimewa di Makan Kitchen, boleh membuat tempahan dengan pihak hotel. Harga adalah seperti berikut:

  • 28 Februari hingga 6 Mac 2025
    • Dewasa: RM151
    • Kanak-kanak: RM76
  • 7 hingga 30 Mac 2025
    • Dewasa: RM209 (Ahad hingga Khamis) dan RM229 (Jumaaat dan Sabtu)
    • Kanak-kanak: RM105 (Ahad hingga Khamis) dan RM115 (Jumaaat dan Sabtu).
#4. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Dengan tema ‘Taste of Nusantara’, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside tidak ketinggalan dalam menyajikan menu yang menggiurkan para pelanggan sekalian seperti:

  • Salmon Percik Kepit Buluh
  • Kerabu Ketam Cengkerang Lembut bersama Sos Serai Bercili, Kelapa Sungai dan Avokado
  • Sup Gearbox Meletup
  • Sambal Hijo Slipper Lobster

Bila sudah kenyang dengan pelbagai hidangan, boleh cuba pula pencuci mulut mereka. Antaranya:

  • Kue Putri Nong
  • Bubur Candil Tepung Ketan
  • Teh Tarik Chocolate Mousse Cake

Bufet berbuka puasa di Makan Kitchen ini adalah berharga seperti berikut:

  • 3 hingga 28 Mac 2025
    • Dewasa: RM188
    • Kanak-kanak: RM94
#5. DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Hidangan berbuka puasa bertemakan ‘Kampung Nostalgia’ pastinya akan membuatkan anda teringat dengan masakan di kampung halaman lebih-lebih lagi bila ada menu seperti:

  • Kambing Kerutuk Mak-Mak
  • Udang Salai Lemak Belimbing Buluh
  • Rock Lobster Otak-Otak
  • Kerabu Ketam Bunga Pucuk Daun Delima Manis

‘Desert’ mereka paling kena cuba sebab semuanya menarik. Antaranya:

  • Durian Crepe
  • Durian Choux
  • Kek Onde-onde

Kepada anda yang mahu menikmati juadah di sini bersama keluarga di bulan Ramadan, berikut adalah maklumatnya:

  • 3 hingga 30 Mac 2025
    • Dewasa: RM198
    • Kanak-kanak: RM99
#6. DoubleTree by Hilton Melaka
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Hidangan tradisional yang disajikan di DoubleTree by Hilton Melaka ini menyediakan hidangan istimewa yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk berbuka puasa.

Antaranya:

  • Nasi Lemuni Solok Lada Salmon
  • Ayam Bali
  • Rendang Tok Ekor
  • Salad Rambutan Udang

Tahu semua makanan sedap-sedap, tapi jangan lupa untuk sediakan ruang bagi pencuci mulut seperti Gula Melaka Jackfruit Cheesecake dan Aiskrim Serawa Durian bersama Gula Melaka dan Pulut Kukus.

Juadah ini tersedia dari 1 hingga 31 Mac 2025 dengan harga berikut:

  • Dewasa: RM158
  • Kanak-kanak (6 tahun ke atas): RM76
#7. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Antara hidangan di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Hotel yang terletak di Perak ini pastinya tidak ketinggalan untuk mengetengahkan sajian dari negeri tersebut kepada para pelanggan mereka.

Antara hidangan yang bakal membuatkan anda tak sabar untuk berbuka puasa adalah:

  • Pais Ikan Tenggiri dengan Sambal Colek Bunga Kantan
  • Kerabu Perut Pomelo
  • Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung berserta Rebung

Apabila menikmati juadah di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, jangan lupa juga untuk mencuba pencuci mulut mereka seperti Putu Perak dan Wadai Kepeng.

Harga bufet Ramadan ini adalah seperti berikut:

  • 1 hingga 30 Mac 2025
    • Dewasa: RM98 (hari minggu) dan RM118 (hujung minggu)
    • Kanak-kanak: RM49 (hari minggu) dan RM59 (hujung minggu)
#8. DoubleTree by Hilton Penang
Antara hidangan di DoubleTree by Hilton Penang.

Membawakan selera utara di DoubleTree by Hilton Penang, antara menu yang akan disediakan adalah:

  • Ayam Bawang Mamu
  • Daging Pesamah Utara bersama Pulut Kuning
  • Nyonya Popiah Basah
  • Kerabu Ikan Bilis
  • Nasi Kerabu Kak Dya

Bila berada di Pulau Pinang, tak sah kalau tak ‘pekena’ cendol, betul tak? Di sini mereka juga menyediakan pencuci mulut seperti Penang Teochew Cendol Pudding dan Tangyuan Kacang Hitam

Bufet ini bermula dari 7 hingga 29 Mac 2025 dengan harga berikut:

  • Dewasa: RM138
  • Warga emas: RM98
  • Kanak-kanak: RM69

Baca Artikel Berkaitan: Hilton PJ Rai Ramadan Dengan Bufet Berbuka Puasa ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu Dan Kini’

Baca Artikel Berkaitan: Artisan’s Playground by COOKHOUSE Tawar Bufet Ramadan Untuk Berbuka Puasa [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd