Now Reading
CNY 2025: LEGOLAND Malaysia Ingin Cipta Rekod Bina Ular LEGO Terpanjang Di Dunia!

CNY 2025: LEGOLAND Malaysia Ingin Cipta Rekod Bina Ular LEGO Terpanjang Di Dunia!

Kalau korang masih tak ada plan untuk Chinese New Year, bolehlah bawa family pergi LEGOLAND. Meriah!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perayaan Tahun Baru Cina bakal disambut beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 29 Januari. Dan tahun ini merupakan Tahun Ular jika mengikut kalendar lunar Cina. Untuk yang tidak tahu, perayaan Tahun Baru Cina jatuh di populasi kedua terbesar di Malaysia!

LEGOLAND Ingin Cipta LEGO Ular Terpanjang Di Dunia!

LEGOLAND® Malaysia Resort bakal menyambut Tahun Ular dengan penuh kemeriahan sempena Tahun Baru Cina! Dari 16 Januari hingga 23 Februari 2025, pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan hebat, penampilan khas, aktiviti perayaan, hingga hadiah bertuah. 🎉🐉

Sumber: Siti Murni/TRP

Yang paling best, pengunjung dijemput untuk sertai cabaran membina ular yang luar biasa! Untuk info, lebih sedekad lalu LEGOLAND Malaysia pernah mencipta rekod dunia apabila lebih 5,000 pengunjung bersama-sama membina Ular LEGO terpanjang sepanjang 318 meter.

Kali ini, mereka ingin memecahkan rekod baru dengan membina Ular Kayu mistik sepanjang 338 meter pula! Kanak-kanak dan dewasa boleh menjadi sebahagian daripada projek epik ini, menggunakan lebih 1 juta bongkah LEGO.

Aktiviti Menarik Di LEGOLAND Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2025:

Sumber: Siti Murni/TRP

#1. Huat A Show!

Bersedia untuk terpesona dengan persembahan secara langsung setiap hari di Beginning Area Festive Stage dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Lunar New Year Opening Show: Gabungan tarian budaya tradisional Cina dan seni mempertahankan diri yang memukau untuk memulakan perayaan, menampilkan Ollie the Dragon!
  • Beats of Celebration: Rasai alunan dram tradisional Cina digabungkan dengan tarian warisan Cina yang anggun – simbolik keharmonian irama dan pergerakan.
  • Farewell Show: Tamatkan hari anda dengan persembahan penuh spektakular!

Pada hujung minggu dan Gala Week (29 Januari hingga 2 Februari) pula, jadual persembahan akan menjadi jauh lebih meriah dengan persembahan budaya istimewa!

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tarian Naga yang bertenaga, Tarian Singa yang membawa tuah, persembahan Stilt Walkers, Face Changing yang memukau, dan banyak lagi.

#2. Ninjas, Go!

Tunjukkan kreativiti anda dalam pembinaan LEGO Ninja Eyes. Kemudian sertai Ninja Workshop untuk berlatih bersama Master Wu dan pelajari gerakan seni mempertahankan diri yang istimewa!

#3. Pengembaraan Perayaan Untuk Seisi Keluarga

Jom sertai pengembaraan menyeronokkan di LEGOLAND Malaysia!

Ikuti Kelas Membina LEGO yang dipimpin oleh Master Model Builder pertama di Malaysia, Zariq Ali dan pelajari cara membina Ular LEGO anda sendiri. Jangan lupa, cari 12 minifigur Zodiak Cina yang tersembunyi di Beginning Area dan Miniland.

Cari semuanya untuk peluang memenangi hadiah utama. Fuh, best betul! 🎉

#4. Meet & Greet

Tak terhenti di situ saja, korang juga boleh bergaya dengan pose ninja terbaik bersama watak kegemaran LEGO NINJAGO, Sora, Arin, dan Master Wu! Korang juga boleh bertemu Ollie the Dragon yang tampil istimewa dengan pakaian Tahun Baru Cina – khas untuk perayaan ini!

#5. Kelas Kaligrafi Cina

Pada Gala Week (29 Januari hingga 2 Februari) nanti, anda boleh mempelajari seni halus kaligrafi Cina dan lihat sejauh mana anda dapat menguasai teknik kuas dan watak yang rumit dengan pantas.

#6. Cabutan Bertuah

Ini yang paling dinanti-nantikan! Sepanjang Gala Week (29 Januari hingga 2 Februari), jika anda berbelanja RM188 dan ke atas dalam satu resit, anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

Sumber: LEGOLAND Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Tahun Baru Cina di LEGOLAND Malaysia Resort, lawati laman utama LEGOLAND Malaysia atau di Facebook dan Instagram untuk butiran serta tiket. 🎉🐉


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd