Now Reading
Safi Perfect White Exfoliate Naikkan Seri Muka, Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia

Safi Perfect White Exfoliate Naikkan Seri Muka, Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia

Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate terdiri dengan Vitamin C, AHA, BHA, PHA yang membantu mencerah dan membuatkan kulit wajah lebih lembut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Golongan masyarakat di Malaysia pada ketika ini dilihat lebih terdedah dengan kepentingan penjagaan muka dalam rutin harian.

Pun begitu, masih ramai individu tertipu dengan produk timbang kilo yang mengundang bahaya kepada kulit wajah seseorang sebagai contoh kebanyakannya terdiri daripada bahan merkuri.

Produk timbang kilo yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa boleh memberi kesan buruk jika tidak dibendung. Difahamkan, ramai yang membeli produk tersebut kerana harganya yang mesra poket dan begitu murah.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Founder Bongkar Rahsia Pengasas Produk Timbang Kilo

Safi Perfect White Exfoliate Berkesan Untuk Tambah Seri Wajah

Jenama penjagaan kulit halal terkemuka, Safi Malaysia memperkenalkan rangkaian Safi Perfect White Exfoliate bagi memperbaharui kulit wajah anda agar ia lebih cerah menggunakan produk yang selamat serta berkesan.

Paling penting, set ini bebas daripada produk timbang kilo yang berbahaya untuk keselamatan pengguna.

Rangkaian inovatif ini juga menggabungkan bahan-bahan terkini dengan harga yang berpatutan, membolehkan pengguna memperbaharui wajah kulit agar kelihatan lebih berseri.

Foto: Safi Perfect White Exfoliate

Safi Perfect White Exfoliate Sesuai Dengan Cuaca & Gaya Hidup Di Malaysia

Antara tiga manfaat utama rangkaian Safi Perfect White Exfoliate ini adalah:

Kemudahan: Rangkaian ini sesuai dengan sebarang rutin penjagaan kulit untuk kegunaan harian. Harga produk bagi rangkaian ini bermula pada harga berpatutan RM11.65 sahaja.

Keberkesanan: Dengan Safi Perfect White Exfoliate, produk ini dapat memberikan hasil yang boleh dilihat hanya dengan satu aplikasi.

Dengan adanya Kakadu Plum, yang mengandungi 100X lebih Vitamin C dan kompleks AHA, BHA, PHA dimana fungsinya adalah untuk exfoliasi, mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit secara lembut.

Keselamatan: Terbukti secara klinikal dan disahkan halal, rangkaian ini tidak mengandungi bahan berbahaya atau tidak diuji, agar dapat memastikan kulit anda sentiasa dilindungi.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Rangkaian tersebut turut diformulasi khas untuk kulit warga Malaysia, yang mana ia bersesuaian dengan cuaca dan gaya hidup di negara ini.

Team TRP baru-baru ini turut berpeluang untuk mencuba sendiri empat produk daripada rangkaian Safi Perfect White Exfoliate iaitu pencuci muka, toner, serum dan juga pelembap.

Kalau anda nak tahu, setiap produk ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. Normal, berminyak, kombinasi dan juga sensitif.

#1. Langkah Pertama: Safi Perfect White Exfoliate Whipped Cleanser

Pertama sekali adalah yang paling asas iaitu pencuci muka. Buat anda yang memiliki jenis kulit berminyak, cleanser ini dapat membantu anda berasa lebih segar selepas menggunakannya.

Pencuci muka ini juga menghasilkan buih yang agak banyak walaupun dengan kuantiti yang sedikit.

  • Tekstur: Krim
  • Isipadu: 90g
  • Harga: RM11.95
Foto: Safi Perfect White Exfoliate Whipped Cleanser

Kebaikan untuk kulit wajah:

  • Memperbaharui kulit secara lembut dan kesan pencerahan yang pantas.
  • Eksfoliasi yang lembut dan berkesan.
  • Membersih secara mendalam dan membuka liang pori tersumbat.
  • Formulasi anti PM2.5

Cara penggunaan:

  1. Sapu dan ratakan pada muka yang basah.
  2. Bilas dengan air bersih dan keringkan muka.
#2. Langkah Kedua: Gentle Chemical Exfoliation Toner

Ramai di antara kita yang hanya menggunakan pencuci muka lebih-lebih lagi buat mereka yang sibuk. Tetapi perlu diingatkan, kadangkala terdapat kekotoran yang tersumbat dalam liang pori.

Lebih seronok jika anda masukkan toner ini dalam peti ais mini khas untuk produk penjagaan muka jika ada. Setiap kali nak guna, tuangkan sedikit pada pad kapas dan sapukan pada muka. Memang rasa lebih segar!

Foto: Gentle Chemical Exfoliation Toner
  • Tekstur: Esen
  • Isipadu: 90ml
  • Harga: RM12.95

Kebaikan untuk kulit wajah:

  • Mempercepatkan proses pembaharuan dan pencerahan kulit.
  • Merawat liang pori halus.

Cara penggunaan:

  • Gunakan pada waktu pagi dan petang untuk wajah dan leher yang lebih bersih.
#3. Langkah Ketiga: Multi-action 10% Acid Serum

Selepas menggunakan serum ini beberapa kali, kami perasan ia tidak melekit dan cepat menyerap dalam kulit. Tidak perlu tunggu lama pun.

  • Tekstur: Serum
  • Isipadu: 13ml
  • Harga: RM19.90
Foto: Multi-action 10% Acid Serum

Kebaikan untuk kulit wajah:

  • Mempercepatkan proses pembaharuan dan pencerahan kulit.
  • 100% berkesan mencerahkan kulit dengan pantas.
  • 91.7% berkesan merawat liang pori halus dalam tujuh hari.
  • Menutup liang pori dan kulit lebih mulus.
  • Memperbaharui kulit dan melembapkan.

Cara penggunaan:

  1. Sapu dua ke tiga titis serum pada muka atau tapak tangan.
  2. Ratakan perlahan-lahan pada kulit sehingga diserap sepenuhnya.
  3. Lebih baik jika digunakan selepas pencuci muka serta toner dan sebelum pelembap.
#4. Langkah Keempat: Multi-action Soothing & Brightening Cream

Tidak lengkaplah rutin skincare tanpa pelembap. Jika dibandingkan dengan produk jenama lain, Multi-action Soothing & Brightening Cream dari Safi ini terasa lebih lembap yang mana anda hanya perlu calit dalam kuantiti yang sikit sahaja untuk keseluruhan muka.

Kalau anda ada masalah kulit kering, pelembap ni memang sesuai. Ia juga boleh dijadikan base sebelum memakai makeup. Lebih best lagi makeup di muka tidak kelihatan bercapuk selepas menggunakannya.

Foto: Multi-action Soothing & Brightening Cream
  • Tekstur: Krim
  • Isipadu: 43g
  • Harga: RM25.60

Kebaikan untuk kulit wajah:

  • Mempercepatkan proses pembaharuan dan pencerahan kulit.
  • 96.9% melembutkan dan menenangkan kulit.
  • 100% meningkatkan kelembapan kulit dengan pantas.
  • Hidrasi yang berpanjangan iaitu selama 72 jam.

Cara penggunaan:

  1. Sapu rata pada muka dan leher yang telah dibersihkan selepas toner dan serum.
  2. Ratakan perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya.
#5. Langkah Kelima: 3X Advanced Brightening Sunscreen SPF 50+ PA ++++

Yang terakhir, anda boleh sudahi rutin penjagaan muka itu dengan pelindung matahari untuk mengelakkan kulit wajah nampak kusam.

  • Tekstur: Krim
  • Isipadu: 25ml
  • Harga: RM19.90
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kebaikan untuk kulit wajah:

  • Melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF 50+ PA ++++
  • Bertekstur ringan, tiada kesan putih (white cast)
  • Mudah meresap

Cara penggunaan:

  1. Sapu perlahan-lahan dalam gerakan membulat ke atas pada kulit sehingga menyerap sepenuhnya.
  2. Sapu semula setiap dua jam dan padankan dengan produk Safi Perfect White yang lain untuk hasil yang lebih baik.

Untuk info, anda boleh dapatkan semua produk di bawah rangkaian Safi Perfect White Exfoliate di semua farmasi dan peruncit kecantikan termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

Baca Artikel Berkaitan: Safi Perfect White Tampilkan ‘Sunscreen’ Pertama, Siap Ada Asid Glikolik & Niacinamide!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd