Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park Tawar Hidangan Bufet Sempena Tahun Baru Cina Serendah RM168
Bufet Tahun Baru Cina di Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park akan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Januari ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi dan pastinya kebanyakan masyarakat kaum Cina sudah mempunyai perancangan masing-masing untuk meraikannya dengan ahli keluar masing-masing.
Mesti ada yang akan pulang ke kampung halaman berjumpa dengan ibu bapa merancang untuk menyambutnya di luar negara.
Kalau anda sekeluarga jenis suka makan-makan dan anda juga belum ada ‘plan’ sempena Tahun Baru Cina ini, kami ada lokasi yang sesuai untuk dicadangkan.
Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park Perkenal Hidangan Bufet Dengan Pelbagai Jenis Menu Sempena Tahun Baru Cina

Kebiasaannya, di meja makanlah anda akan merapatkan hubungan dan banyak berbual dengan ahli keluarga kan?
Jadi apa kata pada tahun ini anda bawakan satu kelainan pada sambutan perayaan CNY dengan menikmati hidangan bufet di Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park.
Pelbagai jenis hidangan yang disediakan di The Silver Monkey dan confirm anda akan rambang mata tak tahu nak ambil yang mana satu. Antaranya:
- Daging Kung Pao
- Nyonya Asam Bawal Hitam bersama Bendi dan Tomato
- Ayam Kam Heong
- Ketam Cili
- Nasi Goreng

Kalau nak makan sup pun ada juga seperti Oriental Crabmeat dan Lobster Bisque. Nak lagi sedap, cicah pula dengan roti, memang nikmat sungguh!


Bagi penggemar makanan laut, ada banyak menu yang segar seperti lobster, udang, dan ketam bunga.
Selain itu, perayaan Tahun Baru Cina ini juga tidak lengkap dengan menu tradisional iaitu dumpling kukus yang merupakan budaya masyarakat Cina sejak dari zaman dahulu lagi.

Apa yang menariknya di hotel ini, mereka turut menyajikan hidangan Melayu seperti Nasi Kukus Hujan Panas, Ayam Percik Pahang dan Sayur Dalca serta Acar Rampai.
Kalau anda betul-betul tak tahu nak makan yang mana satu dulu, kena cuba dua hidangan ini iaitu Golden Rib Eye Roast dan Phoenix Roast Chicken.
Sos yang disediakan juga terdiri daripada pelbagai pilihan seperti Sarawak Pepper Sauce, Mushroom Sauce dan Housin Remoulade.

Jom Makan Dessert Pula!
Bila tiba waktu untuk menikmati pencuci mulut pula, memang rasa nak makan semua benda sebab akan terpukau melihat pelbagai jenis menu yang disediakan.
Confirm hancur terus diet pada hari itu.

Antara menu pencuci mulut yang anda perlu cuba adalah:
- Osmanthus Jelly
- Chrysanthemum cheesecake
- Honeydew Sago
- Banana Chocolate Brownies
- Sweet Tofu Tartlet

Malah pencuci mulut tradisional pun ada juga seperti:
- Onde-onde
- Kaswi
- Lopis
- Koci
- Kuih Ketayap
- Talak Pisang
- Talam Suji
- Apam Gula Hangus
Chocolate Fountain pun ada ya! Memang best!

Kalau nak legakan tekak, boleh juga makan aiskrim dari jenam tempatan dengan perisa-perisa yang menarik. Antaranya:
- Soursop
- Salted Egg Orea
- Vanilla
- Gula Melaka

Harga Bufet Tahun Baru Cina Di Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park
Kepada anda yang berminat untuk datang mencuba sendiri hidangan bufet ini di Hotel Indigo Kuala Lumpur, berikut adalah maklumat lebih lanjut:
- 28 Januari 2025 (Reunion Buffet)
- Untuk makan malam sahaja
- Bermula jam 6:00 petang
- Harga: RM188 untuk dewasa dan RM94 untuk kanak-kanak
- 29 Januari 2025 (Hi Tea Buffet)
- Bermula jam 12:00 tengah hari
- Untuk makan tengah hari sahaja
- Harga: RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak
Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan di talian 012-3884509 atau menghantar e-mel ke reservation.kulpk@ihg.com.
Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.