Now Reading
UNIQLO & JW ANDERSON Tampil Dengan Koleksi Baru Bertemakan ‘Modern Preppy’

UNIQLO & JW ANDERSON Tampil Dengan Koleksi Baru Bertemakan ‘Modern Preppy’

Koleksi UNIQLO & JW ANDERSON ini akan tersedia bermula 5 Januari 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


UNIQLO baru-baru ini mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO dan JW ANDERSON Musim Bunga/Panas 2025 yang akan mula dijual pada 3 Januari 2025 nanti.

JW Anderson: Modern Preppy.

Koleksi ini membawakan gaya preppy dengan sentuhan moden, fokus pada material yang praktikal sambil menggabungkan rekaan klasik dengan trend terkini dan warna-warna ceria.

UNIQLO & JW ANDERSON.

Pereka Jonathan Anderson menjelaskan bahawa, “Koleksi musim ini menumpukan kepada item klasik seperti kemeja oxford, jeans denim, baju polo, dan hoodie. Jeans dan hoodie, terutamanya telah diberi nafas baru dengan perhatian lebih pada perincian untuk potongan yang paling ideal.”

Klasik, Vibe Lebih Modern.

Kemeja oxford untuk wanita datang dalam warna putih klasik, biru, dan jalur, manakala baju polo rugby dalam warna pink dan kuning menyerlah.

Blazer Miracle Air ikonik dengan gaya preppy diperbuat daripada material berprestasi tinggi yang ringan, elastik, dan cepat kering. Aksesori seperti beg, stokin, dan tali leher pula ada dalam warna playful yang menarik perhatian.

Design & Comfort.

UNIQLO & JW ANDERSON.

Baju polo lelaki dengan potongan longgar tersedia dalam 4 jenis dan 13 warna, menggabungkan fungsi DRY dan bahan pique supaya selesa dipakai sepanjang musim.

Seluar pendek chino lelaki pula ringan dengan potongan santai dan selesa. Manakala jeans wanita potongan lurus dengan logo JWA dibuat daripada material lembut untuk keselesaan maksimum.

Koleksi UNIQLO & JW ANDERSON.

Warisan British Bertemu LifeWear – Menggabungkan tradisi dan inovasi British. Rekaan inovatif JW ANDERSON diinspirasikan daripada pakaian tradisional British digabungkan dengan komitmen UNIQLO terhadap potongan, material, dan fungsi untuk mempersembahkan dimensi baru dalam LifeWear. Jangan lupa 3 Januari 2025 ini!

[UNIQLO & JW ANDERSON 2025: Modern Preppy]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd