Now Reading
[Eksklusif] Tiramisu Monét Jadi Buruan Ramai, Siapa Sebenarnya Pemilik Kafe Viral Di Jalan J, Taman Melawati Ini?

[Eksklusif] Tiramisu Monét Jadi Buruan Ramai, Siapa Sebenarnya Pemilik Kafe Viral Di Jalan J, Taman Melawati Ini?

Sebut Monét, automatik teringat Tiramisu viral.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, pencuci mulut tiramisu kini menjadi tumpuan orang ramai di media sosial selepas mencuba beberapa pilihan di kedai berbeza. Antara tiramisu yang sedang diburu oleh orang ramai adalah dari sebuah kafe bertempat di Melawati iaitu Monét.

Kalau datang lambat, kirim salam.

Ini Kisah Owner Monét Yang Ramai Tak Tahu

Selain pencuci mulut tiramisu, kafe Monét ini sebenarnya lebih daripada sekadar tiramisu viral mereka kerana mereka juga mempunyai hidangan dan minuman yang menarik.

Kami baru-baru ini berpeluang untuk menemu ramah pemilik kafe Monét itu sendiri iaitu Afiq Ashman yang merupakan seorang pemuda berusia 30 tahun yang sebelum ini bekerja dalam bidang pesawat (aircraft).

Mesti anda tertanya-tanya macam mana dari kerja dalam bidang pesawat, tiba-tiba berminat untuk buka kafe?

Sebenarnya, pembukaan kafe Monét ini bermula selepas ketika pandemik pada tahun 2020 di mana seluruh dunia mula mengambil pendekatan untuk menyekat perjalanan keluar masuk ke dalam negara mereka.

Sumber: Afiq Ashman

Afiq yang pada ketika itu tinggal di Johor dan bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga kerana beranggapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan itu hanya berlaku selama dua minggu sahaja.

“Waktu tu majikan saya dah tanya sama ada saya nak tinggal di Singapura atau tidak buat sementara waktu. Mereka siap offer untuk sediakan hotel serta menjaga makan minum di sana.

“Tapi saya fikir dua minggu PKP tu macam waktu yang sesuai untuk saya rehat dan berjumpa keluarga. Jadi saya pun ambil keputusan untuk tinggal di Malaysia,” ujar Afiq.

PKP Jadi ‘Turning Point’, Kemunculan Monét di Jalan J

Namun selepas keadaan menjadi agak sukar dari segi kerjayanya di Singapura, Afiq kemudiannya dengan berat hati terpaksa melepaskan pekerjaan di republik itu. Kemudian pada tahun 2021, kerajaan Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah PKP yang mengehadkan perjalanan ke daerah berlainan.

Siapa sangka, sekatan itu telah membuka rezeki buat Afiq selepas mula membuka Monét di kawasan Taman Melawati iaitu Jalan J.

Sumber: Afiq Ashman

“Waktu PKP tahun 2021, ramai yang tak boleh nak pergi daerah lain untuk beli minuman kopi mereka. Jadi saya ambil keputusan untuk buka kafe di Melawati selepas ternampak ada satu iklan kedai kosong di kawasan Jalan J,” kata pemilik kafe Monét.

Sumber: Afiq Ashman

Kenapa Pilih Nama Monét?

Bila sebut nama Monét, pasti ramai di antara anda yang akan terlintas di fikiran tentang seorang penggiat seni dari Perancis iaitu Calude Monet.

“Sebenarnya saya pilih nama Monét sebab nak tampil lain daripada yang lain. Saya nak nama yang unik dan senang untuk disebut. Sebab itu saya pilih Monét,” jawab Afiq.

Apa Konsep Yang Cuba Diketengahkan Di Monét?

Kalau anda berkunjung sendiri ke Monét di Melawati, ia seolah-olah memberikan suasana warm dan cosy. Ditambah pula dengan alunan muzik yang dimainkan, ia membuatkan anda akan lebih menjiwai Monét.

“Saya nak pelanggan yang datang ke Monét di Melawati ini rasa seperti mereka mereka berada dalam satu komuniti yang akrab seperti keluarga. Ada vibe seperti rumah kalau anda datang ke Monét cawangan Melawati,” ujar Afiq.

Ada satu lagi perkara yang membuatkan Monét ini rasa seperti berada di rumah iaitu adanya kucing jalanan yang suka lepak di dalam kedai mereka.

Lebih menarik lagi, pekerja Monét yang membawa kucing-kucing ini ke klinik haiwan juga boleh claim kepada Afiq untuk sebarang rawatan terhadap si bulus. ♡

Monét In The City

Selain di Melawati, sebenarnya Monét juga membuka outlet terbaharu iaitu di LRT Ampang Park berdekatan dengan The Linc dan G Tower.
(Sumber: Afiq Ashman)

Kekal dengan konsep untuk membuatkan pelanggan rasa selesa dengan mereka, Monét di Ampang Park ini tampil dengan konsep kedai unik di mana ruangan membuat kopi juga terbuka untuk para pelanggan.

“Kami nak buat pelanggan di Monét Ampang Park rasa mereka seperti dalam komuniti yang sama dengan kami. Barista kami pun boleh berborak dengan mereka sambil membuat pesanan kopi. Kalau ada pelanggan kami yang nak cuba buat kopi mereka sendiri pun tiada masalah,” jelasnya.

Dengan latihan secukupnya kepada setiap staf, Monét sentiasa terbuka untuk menjadi lokasi para pelanggan mempelajari perkara baharu.

Mana tahu tiba-tiba nak part-time di Monét? ☕

Macam Mana Monét Kini Jadi Bualan Ramai?

Kafe Monét di cawangan Melawati dahulunya menjadi lokasi penduduk di kawasan berhampiran untuk mendapatkan minuman kopi mereka setiap hari – kini menjadi semakin popular dalam kalangan penduduk sekitar Lembah Klang.

Siap ada yang sanggup datang dari Shah Alam ke Melawati untuk mendapatkan Tiramisu viral yang dijual pada harga RM21 sebekas.

Kad Istimewa Disediakan Untuk Para Pembeli Tiramisu

Mengetahui ada pelanggannya yang sanggup datang dari jauh untuk kafe tersebut, Afiq meluahkan perasaan terharunya dan menganggap ia sebagai satu pencapaian terbesar bagi Monét sepanjang mereka beroperasi sejak 2021.
(Sumber: TRP)

Tidak dinafikan kafe mereka menjadi semakin sibuk dengan pelanggan yang mahu membeli Tiramisu dari Monét. Jadi kami bertanyakan bagaimanakah sistem ‘crowd-control’ yang dicipta khas buat pembeli pencuci mulut viral ini.

“Kami buat satu kad khas untuk pelanggan yang nak beli tiramisu. Siapa yang ada kad itu sahaja boleh dapatkan tiramisu pada hari tersebut mengikut slot masing-masing.

“Mereka yang ada kad berkenaan kemudiannya akan diminta untuk beratur di luar kedai selepas tiramisu kami sedia untuk dijual kepada para pelanggan. Kami hadkan hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang boleh masuk ke kedai untuk beli tiramisu bagi mengelakkan kedai terlalu padat,” jelas Afiq Ashman.

Tiramisu Monét.
(Sumber: Afiq Ashman)

Don’t be alarmed! Bermula jam 3PM, Monét Jalan J Melawati akan dipenuhi dengan pelanggan yang menunggu kemunculan Tiramisu kegilaan ramai ini. Line untuk beratur memang sedikit tak kelakar (sebab panjaaaaaaang 😱 ).

Sumber: TRP

Adakah Perancangan Untuk Monét Selepas Ini?

Pastinya setiap usahawan bercadang mengembangkan lagi perniagaan mereka dan pemilik kafe Monét ini turut mengambil peluang yang ada untuk membesarkan lagi perniagannya.

Info eksklusif khas untuk pembaca TRP, Monét akan membuka satu lagi cawangan mereka di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Katanya di dalam sebuah bangunan enam tingkat berhampiran Jalan Imbi.

Kalau nak tahu di mana, stay tuned! 🤫

Menu Yang Anda Kena Cuba Bila Datang Ke Monét Jalan J!

Bagi anda yang pertama kali datang ke Monét di cawangan Melawati, berikut adalah hidangan yang boleh anda cuba.

I Love You So Mushroom Sandwich (RM20) & Daisu Duck Pasta (RM26)
Sumber: Afiq Ashman
The Taste Test

I Love You So Mushroom Sandwich ini memang nama yang sesuai untuk menu ini sebab jumlah cendawan yang ada sememangnya sangat banyak dan rasa begitu seimbang. Selepas beberapa gigitan, mungkin anda akan rasa puas. Dan idea paling bernas adalah, kongsi dengan sesiapa. Kalau makan seorang, tak akan habis.

Daisu Duck Pasta pula adalah menu paling sesuai untuk anda yang sukakan hidangan berasaskan itik. Menu ini disediakan dengan hidangan smoked duck, sos ‘rahsia’, bawang putih, keju, dan menggunakan penne pasta.

Dan percayalah, Daisy Duck Pasta dah officially jadi our personal favourite! 🍝🦆


Monét – 8 AM hingga 10 PM

  • Jalan J9 Melawati
  • Ampang Park
  • Jalan Imbi (BAKAL DIBUKA)

Atau, follow IG rasmi Monét.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd