Now Reading
Omno Perkenal Produk Penjagaan Kulit Mesra Alam, Sesuai Untuk Atasi Cuaca Tropika

Omno Perkenal Produk Penjagaan Kulit Mesra Alam, Sesuai Untuk Atasi Cuaca Tropika

Omno memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit mesra alam iaitu koleksi Nourish & Protect bagi melindungi masyarakat Asia Tenggara dari sinaran UV.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penjagaan kulit wajah dilihat semakin menjadi satu norma dalam kalangan masyarakat, tidak kiralah lelaki mahupun wanita.

Ini kerana orang ramai sudah mula menyedari kesan buruk jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kulit wajah yang rapi lebih-lebih lagi jika tidak memakai pelindung matahari apabila keluar dari rumah.

Kalau anda pergi ke mana-mana premis kecantikan, akan ada banyak pilihan yang boleh dibeli bergantung kepada kesesuaian jenis kulit masing-masing.

Omno Tampil Dengan Koleksi Produk Baharu ‘Nourish & Protect’

Jenama penjagaan diri dari Singapura, Omno memperkenalkan koleksi Nourish & Protect iaitu rangkaian penjagaan kulit mesra alam yang direka untuk menangani cabaran iklim tropika di Asia Tenggara.

Dengan haba, kelembapan dan pencemaran yang berlaku secara berterusan, koleksi produk Nourish & Protect ini boleh menjadi salah satu rutin penjagaan kulit dengan tiga langkah yang diperkemas serta direka bagi melindungi dan memulihkan kulit dalam keadaan tropika.

Masyarakat di Malaysia dan Singapura sememangnya terdedah dengan cahaya UV yang agak tinggi dan ia secara tidak langsung boleh memberikan kesan buruk kepada kulit.

Tiga produk Omno dalam koleksi Nourish & Protect.

Sebagai solusi kepada masalah tersebut, Omno menawarkan penyelesaian dengan memperkenalkan tiga produk dalam koleksi Nourish & Protect, iaitu:

#1. Gaea Solar Defence
Sumber: Omno

Produk SPF 50+ Perlindungan UVA/UVB ini didatangi dengan haruman gabungan beberapa bahan iaitu Bergamot, Geranium, Cedarwood dan Lavender.

Yang paling best, teksturnya agak ringan, tidak berminyak, melembapkan serta memberi bau yang tenang.

Selain itu, mereka yang menggunakan produk ini boleh menikmati manfaat perlindungan spektrum dengan teknologi enkapsulasi canggih dan melawan penuaan kulit.

Jangan risau juga kerana produk ini sesuai untuk kulit sensitif, bayi dan hidupan akuatik

  • Isipadu: 60ml / 2.03 fl. oz
  • Cara Penggunaan:
    • Goncang sebelum guna.
    • Sapukan 15 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
    • Ulang setiap 4-5 jam atau selepas berenang atau berpeluh.
#2. PureForm Ultra Hydration Gel
Sumber: Omno

Produk Hidrasi Intensif ini pula berfungsi sebagai penjagaan sebelum atau selepas terdedah dengan cahaya matahari.

Bagi anda yang lebih gemar produk tanpa bau, PureForm Ultra Hydration Gel ini adalah ‘skincare’ yang paling sesuai selain daripada teksturnya yang ringan dan cepat menyerap.

Manfaat utama yang ditawarkan dalam produk ini adalah ia diperkaya dengan Aloe Vera, Asid Hyaluronik, dan Ekstrak Timun serta mampu melembapkan kulit yang terdedah kepada matahari.

Produk ini juga sesuai untuk bayi dan golongan dewasa.

  • Isipadu: 60ml / 2.03 fl. oz
  • Cara Penggunaan:
    • Sapukan secara bebas pada kulit yang terdedah kepada matahari atau kering.
    • Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang menyegarkan.
#3. Solace Radiant Body Oil
Sumber: Omno

Minyak Rawatan Badan Berkhasiat dari Omno ini pastinya memberi bau yang menenangkan kerana ia mempunyai gabungan haruman Rosemary, Lavender, Eucalyptus, Halia dan Bergamot.

Meskipun ia merupakan produk minyak, tetapi teksturnya yang ringan membuatkan cecair berkenaan mudah untuk meresap dengan cepat.

Apa yang best tentang Solace Radiant Body Oil ini adalah ia dapat mengurangkan kesan regangan pda wajah dan memperbaiki tona kulit kerana diperkaya dengan Omega 3, 6, & 9 serta vitamin penting dan bebas bahan pengawet.

  • Isipadu: 60ml / 2.03 fl. oz
  • Cara Penggunaan:
    • Panaskan di tangan dan urut pada kawasan kulit kering atau kesan regangan.

Team TRP Cuba Salah Satu Produk Dari Omno

Sumber: TRP/ Farahin Fadzil

Team TRP turut berpeluang untuk mencuba sendiri produk daripada Omno dan kami memang cukup teruja untuk menggunakannya.

Kami diberikan salah satu rangkaian produk mereka iaitu Hand & Body Cleanser dengan dua aroma yang berbeza seperti berikut:

#1. Solace Hand & Body Cleanser
Sumber: TRP/ Farahin Fadzil

Produk ini didatangi dengan gabungan haruman dari Bergamot, Lavender, Halia dan Rosemary.

Tetapi yang menjadikan pencuci tangan dan badan ini menjadi kegemaran kami adalah dengan adanya aroma Eucalyptus yang memberi aura ketenangan selepas menjalani hari yang penat di tempat kerja.

Rasa seperti mandi di spa ya! Relaxing sungguh.

#2. Moonatic Hand & Body Cleanser
Sumber: TRP/ Farahin Fadzil

Selain itu, kami juga mencuba satu lagi aroma yang menggabungkan beberapa bau berikut:

  • Petitgrain
  • Cypress Oil
  • Lemon Peel
  • Grapefruit Peel
  • Sage
  • Bitter Orange

Bagi pendapat kami, bau produk ini pula lebih ke arah bau seperti buah-buahan sitrus dan sesuai bagi mereka yang mahu tampil lebih segar dan bertenaga.

Mungkin Moonatic Hand & Body Cleanser ini sesuai dipakai waktu siang manakala Solace Hand & Body Cleanser pula boleh dipakai ketika mandi malam untuk memberi aura ketenangan sebelum tidur.

Apa yang menjadikan kedua-dua produk Hand & Body Cleanser ini lebih selamat untuk dipakai adalah kerana ia tidak mengandungi paraben dan silikon selain ia bersifat ‘vegan- friendly’.

Malah botolnya juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

Sumber: TRP/ Farahin Fadzil

Latar Belakang Tentang Omno

Omno ialah jenama penjagaan diri terulung dari Singapura yang didedikasikan untuk menjaga keharmonian dan keseimbangan antara kesejahteraan diri dan penjagaan alam sekitar.

Komitmen Omno ditunjukkan melalui bahan-bahannya serta pembungkusan mesra alam selain memberi fokus kepada pemuliharaan alam sekitar.

Malah, simbol Ø melambangkan dedikasinya terhadap integriti dan kecemerlangan merangkumi gaya hidup yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd