Now Reading
Ini 6 ‘Workshop’ Krismas Sekitar Lembah Klang. Jom!

Ini 6 ‘Workshop’ Krismas Sekitar Lembah Klang. Jom!

Antara aktiviti yang anda boleh sertai sempena Krismas ini adalah bermain sukan pickleball, membeli tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelang perayaan Krismas yang bakal tiba pada minggu hadapan, terdapat pelbagai aktiviti dan acara bertemakan Krismas yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah mereka yang membela haiwan sehingga pencinta tumbuh-tumbuhan.

Terdapat banyak ‘workshop’ dan tempat melepak yang sesuai untuk anda membawa rakan-rakan mahupun ahli keluarga sehingga hujung bulan ini. Antaranya:

#1. Ladies Pickleball Session | 20 Disember | ESM Pickters Arena | 8pm-10pm | RM59

Ladies Pickleball Session ini terbuka kepada semua peringkat. Jadi mereka yang baru mahu mencuba sukan ini tidak perlu segan jika mahu bermainnya buat pertama kali.

Latihan, pendayung dan bola juga akan disediakan. Anda hanya perlu membawa air minuman, tuala kecil serta semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Bagi anda berminat, jangan lupa untuk mendaftar bagi mendapatkan tempat di laman web rasmi Fem dengan klik [DI SINI].

#2. Christmas Plant Market  | 20-25 Disember | IOI City Mall | 10am-10pm | Masuk Percuma

Pencinta tumbuhan mesti seronok berjalan-jalan di Christmas Plant Market ini kerana mereka boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan dan menyertai bengkel menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagi mereka yang masih belum mempunyai pokok Krismas bagi memeriahkan hiasan dalaman rumah, inilah masa yang sesuai untuk pergi ke IOI City Mall.

#3. Refash Rewrapped Launch Party | 20-25 Disember | Sungei Wang Plaza | 11am-9pm | Masuk Percuma

Refash Malaysia baru sahaja membuat pengubahsuaian di cawangan Plaza Sungei Wang dan kini ia dibuka kepada orang ramai tepat pada masanya bersempena dengan perayaan Krismas tidak lama lagi.

Majlis pelancaran ini akan menampilkan ‘Thrift with Refash’ di mana anda boleh mendapatkan pakaian berjenama dengan harga mampu milik, Celebrity Closets yang menampilkan 25 ‘almari’ dari influencer pempengaruh tempatan serta Shop & Scoop with Tug Gelato.

#4. The Final Toast | 21 Disember | Bukit Damansara | 6.30pm

Lila Floriste menganjurkan The Final Toast untuk mengakhiri tahun ini dengan makanan yang lazat sambil ditemani dengan muzik serta beberapa ‘board game’ baharu dan banyak lagi aktiviti.

Namun lokasi acara ini diadakan akan diberitahu selepas mengesahkan jumlah pengesahan tempat duduk. Tetapi apa yang dapat disahkan buat masa ini adalah ia akan diadakan di ruang makan peribadi bertempat di Bukit Damansara.

Jika anda berminat, boleh hantar DM kepada di Instagram dengan klik [DI SINI].

#5. Jingle & Mingle Pop Up | 21-22 Disember | Society Mont Kiara | 10am-7pm | Masuk Percuma

Di Jingle & Mingle Pop Up, anda boleh melengkapkan senarai semak pemberian hadiah sempena Krismas kerana terdapat gerai yang menjual pelbagai barangan seperti gula-gula Sweden, kuih perayaan, pelbagai jenis kacang premium, lilin Krismas, produk aromaterapi dan banyak lagi.

#6. Christmas Candle Holder Workshop | Hingga 26 Disember | Shi Terrazzo Atelier, GMBB | RM138-RM148/ seorang
Sumber: Instagram @shi.atelier

Jika anda belum jumpa pemegang lilin yang digemari, mungkin anda boleh cuba membuatnya sendiri di bengkel ini yang bertempat di Shi Terrazzo Atelier di GMBB.

Untuk maklumat lanjut, boleh hantar pesanan DM di Instagram Shi Terrazzo Atelier.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd