Now Reading
Ini Kisah Di Sebalik Perniagaan Serai Group, Cawangan Pertama Di UK Dihadiri Tunku Azizah

Ini Kisah Di Sebalik Perniagaan Serai Group, Cawangan Pertama Di UK Dihadiri Tunku Azizah

Serai Group ini memiliki 16 jenama restoran yang berbeza identiti dengan lebih 20 cawangan termasuklah Chum Chum Pizzeria, Taffy Gelato, lola, Blonde dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mahu meraikan sambutan ulang tahun seseorang atau apa jua acara yang melibatkan ramai orang dalam suatu majlis tertutup, sesetengah daripada kita gemar untuk melakukannya di restoran.

Ini kerana mereka menganggap lokasi tersebut lebih santai dan tidak terlalu besar. Malah, ada juga banyak premis restoran yang menyediakan ruangan privasi untuk tempahan.

Baca Artikel Berkaitan: 9 Lokasi Kedai Makan Best Di The Exchange TRX Yang Anda Perlu Cuba

Baca Artikel Berkaitan: The RuMa Hotel & Residences Tawar Set Makan Malam Sempena Tahun Baharu Di ATAS [Review]

Antara lokasi yang menjadi pilihan ramai adalah restoran-restoran di bawah Serai Group seperti Blonde, Serai, Jibby & Co, lola dan banyak lagi.

Ini Kisah Di Sebalik Perniagaan Serai Group

Sumber: Facebook Serai Restaurants

Menerusi bebenang dimuat naik oleh pengguna X (@umarmaggi) yang juga merupakan salah seorang pemilik Mokky’s Pizza, individu ini berkongsi kisah tentang bisnes Serai Group yang cukup menginspirasikan terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Kalau anda nak tahu, Serai Group merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh sebuah keluarga dan telah bertapak dalam industri hampir 35 tahun.

Ia diusahakan oleh empat ahli keluarga mereka iaitu:

  • Encik Shahryir Ahmad Taff (bapa)
  • Puan Rina Abdullah (Ibu dan pengasas)
  • Puan Qistina Taff (Anak)
  • Encik Mohd Najib Abdul Hamid (Anak menantu)
Sumber: X @umarmaggi

Pada awalnya ia hanya bermula dari sebuah restoran iaitu Serai Thai yang beroperasi di Shah Alam sekitar tahun 90an ketika diusahakan oleh Puan Rina Abdullah.

Namun selepas anak perempuannya dan menantu mereka pulang dari Australia, perniagaan tersebut dirombak semula dan mula berkembang sehingga ke hari ini.

Sumber: Facebook Serai Restaurants
Sumber: Facebook Serai Restaurants

Sebagai info, Serai Group memiliki 16 jenama berbeza dengan setiap satunya memegang identiti tersendiri, iaitu:

  1. Serai
  2. Serai Thai
  3. Serai Cafe
  4. lola
  5. Jibby & Co
  6. Jibby Chow
  7. MAKAMAKAN
  8. meriah
  9. Jibby East Grill
  10. Blonde
  11. Taffy Gelato
  12. Jibby by the Park
  13. Chum Chum Pizzeria
  14. Copper Chimney
  15. Meet Bros
  16. Serai Chicken Rice
Sumber: Serai Group
Sumber: Serai Group

Mungkin ada yang terfikir bahawa idea membuka 16 jenama dengan hidangan yang berbeza dalam satu perniagaan ini adalah satu idea yang agak mustahil. Ini kerana ia memerlukan 15 pasukan berbeza untuk menguruskannya dengan baik.

Walau bagaimanapun, Serai Group berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk melakukannya.

Serai Group Buka Cawangan Pertama Di London

Sumber: Facebook Serai Restaurants

Serai Group juga telah mencipta satu lagi kejayaan mereka apabila membuka cawangan pertama di kota London iaitu Meet Bros.

Lebih membanggakan lagi, salah seorang tetamu yang turut hadir dalam majlis perasmian restoran mereka di United Kingdom itu merupakan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sumber: Facebook Serai Restaurants

Antara Perkara Yang Turut Memberi Inspirasi

Jika diimbas kembali ketika zaman pandemik Covid-19, banyak premis syarikat yang terpaksa membuang pekerja mereka kerana tidak mampu untuk terus beroperasi berikutan kerugian yang melanda.

Namun, Serai Group berjaya untuk mengawal situasi tanpa membuang seorang pun daripada pekerja mereka.

Malah, mereka dapat menjaga setiap satu pekerja sehingga berakhirnya musim pandemik.

Selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, perniagaan ini mula berkembang maju.

Semoga lebih banyak perniagaan milik warga Malaysia yang dapat mencipta kejayaan pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd