Facetheory Kekal Guna Packaging Plastik & Prinsip Vegan Untuk Lebih Mesra Alam
Facetheory telah wujud sejak 10 tahun lalu dan sentiasa menyediakan produk vegan yang berkesan mengikut piawaian tertinggi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau bab penjagaan kulit wajah, kaum wanita memang tak akan terlepas. Apa sahaja produk skincare, pasti akan dicuba. Tapi kena tengok juga sesuai ataupun tidak dengan keadaan kulit sendiri.
Ada yang dry, oily, ataupun combination.
Nak memilih produk untuk penjagaan kulit wajah bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi bila dah jumpa sesuatu produk yang sesuai, memang ia akan menjadi rutin harian seseorang wanita.
Produk Facetheory Mesra Alam, Dicipta Untuk ‘All Skin Types’
Facetheory telah menghasilkan produk penjagaan kulit mesra alam, vegan, dan fokus kepada keberkesanan selama hampir 10 tahun. Bagi meraikan ulang tahun pertama dekad ini, jenama ini memperkenalkan pelbagai peningkatan dan pelancaran baru.
Dengan falsafah ‘less-is-more,’ pembungkusan produk kini diubah sepenuhnya.
Identiti jenama yang dikemas kini telah diilhamkan oleh gerakan seni dan seni bina Bauhaus yang mengutamakan prinsip “bentuk mengikut fungsi.”
Dalam erti kata mudah; tiada helah, tiada gimik, hanya keberkesanan.
“This is more than a rebrand. It’s a philosophical reset,” jelas Marc Gallagher selaku Ketua Pegawai Pemasaran Facetheory.
Facetheory Ingin Keluarkan Produk Mampu Milik & Bukan Hanya ‘Trend’
“Kami menyokong sains yang terbukti (dan mampu milik), bukan trend sementara. Produk penjagaan kulit yang hanya berdasarkan hype tanpa bukti? Itu bukan pilihan kami,” ujar mereka.
Dengan laman web yang telah dirombak sepenuhnya, koleksi produk berasaskan hasil, dan pendidikan kulit yang mudah diakses, Facetheory kini mempermudahkan penjagaan kulit agar anda dapat mengawal kulit wajah.
Malah, laman web baru ini menampilkan penerangan produk lebih berkesan, cadangan pasangan produk, foto tekstur produk yang lebih jelas, dan model daripada pelanggan sebenar. Menarik, bukan?
Pembukaan Kedai Fizikal Pertama di London.
Untuk pengetahuan anda, lokasi runcit pertama jenama ini telah dilancarkan pada Julai 2024 dengan pembukaan kedai utama di London. Ia juga menandakan perkembangan daripada perniagaan digital kepada runcit fizikal Facetheory.
Packaging Baru Lebih Mesra Alam
Bagi produk lain, botol kaca amber dan balang yang boleh dikitar semula kekal digunakan. Ia juga telah dipilih sejak penubuhan jenama ini sebagai pilihan yang sangat lestari untuk mengekalkan keberkesanan produk.
Peminat jenama ini akan menyedari bahawa jalur warna dan label pada botol telah hilang, digantikan dengan sistem ikon intuitif. Setiap produk kini dibungkus dalam kotak yang dikemas kini, diperbuat daripada stok kad FSC yang dicetak di UK menggunakan dakwat berasaskan sayuran yang mesra alam.
Arahan penggunaan yang jelas dan manfaat utama produk dijelaskan dengan terperinci. Malah, arahan rutin turut disertakan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pendek kata, semuanya sudah tertulis pada setiap botol.
FACETHEORY.
“Tanggungjawab terhadap alam sekitar telah menjadi dorongan kami sejak hari pertama dan kami teguh dengan komitmen ini.
“Daripada pembungkusan diperoleh secara tempatan untuk mengurangkan jejak karbon, kepada penghapusan sepenuhnya plastik sekali guna, hingga mengekalkan prinsip vegan,” jelas mereka.
#1. Small batches, big promises.
10 tahun sejak dilancarkan, pasukan Facetheory terus meneliti, mereka bentuk, merumus, dan menghasilkan 100% produk in-house, memastikan produk vegan yang berkesan mengikut piawaian tertinggi.
#2. Pembungkusan boleh dikitar semula.
Berdasarkan maklum balas pelanggan, balang kaca berat untuk pembersih dan pelembap asal telah digantikan dengan tiub aluminium. Keseluruhan pembungkusan adalah 98% bebas plastik dengan baki 2% boleh dikitar semula.
#3. Diperakui B-Corp.
Diluluskan oleh Leaping Bunny dan PETA. Facetheory merumus dan menghasilkan produk dengan sentiasa mengambil kira kesan ke atas bumi.
#4. Menang Anugerah.
Memenangi Marie Claire Sustainability Award 2023.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.