Now Reading
Subang Parade Sambut Hari Natal Dengan Tema Wonderland ‘A Very Snowy Christmas’

Subang Parade Sambut Hari Natal Dengan Tema Wonderland ‘A Very Snowy Christmas’

Subang Parade juga memperkenalkan penyewa baharu Mokky’s Pizza dan Mica.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hektar Asset Management Sdn. Bhd., pengurus kepada Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”), dengan bangganya memperkenalkan sambutan “A Very Snowy Christmas” pertama di Subang Parade.

Tahun ini kempen perayaan membawa suasana percutian lain dari yang lain untuk para pengunjung dengan dekorasi cantik, salji ajaib, dan kedatangan penyewa baharu!

Subang Parade Bertukar Jadi Wonderland Musim Sejuk

Bermula 14 Disember, Subang Parade akan berubah menjadi kawasan ajaib musim sejuk dengan tema “A Very Snowy Christmas”. Dekorasi perayaan akan turut menghiasi enam pusat beli-belah lain dan sebuah hotel di bawah Hektar REIT, tetapi Subang Parade akan jadi tumpuan utama dengan pelbagai tarikan unik.

Antara yang paling menonjol ialah tiga pokok krismas yang dihias indah, termasuk satu pokok setinggi 12 kaki di aras legar West End. Selain itu, suasana semakin meriah dengan kemunculan santa, beruang kutub comel, dan kereta luncur salji.

Salji Ajaib

Paling dinantikan sekali adalah sesi “salji ajaib” yang akan turun dua kali sehari pada pukul 12.30pm hari dan 7pm – berlangsung selama 10-15 minit. Salji ini akan turun pada tarikh-tarikh berikut 14-15, 21-22, 24-26, 28-29 Disember 2024.

Mokky’s Pizza, Mica & Banyak Lagi Kedai Baharu Di Subang Parade

Bukan itu saja, Subang Parade turut memperkenalkan penyewa baharu untuk menambah lagi pilihan membeli-belah, makan, dan hiburan.

Antara kedai yang baru dibuka ialah Mokky’s Pizza dan Mica.

Zainal Iskandar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd berkata, “Tahun ini, kami teruja nak bawakan ‘A Very Snowy Christmas’ ke Subang Parade.

“Kami harap ia dapat mencipta kenangan manis untuk semua pengunjung. Dari salji ajaib hingga penyewa baharu yang menarik, semuanya kami rancang khas untuk komuniti.”

“Dengan penambahan kedai-kedai baharu seperti GAME ON, Mokky’s Pizza, Mica dan lain-lain, kami komited untuk terus memberikan pengalaman membeli-belah, makan, dan hiburan terbaik untuk keluarga dan individu.

“Kami yakin Subang Parade akan kekal sebagai destinasi pilihan musim cuti ini dan masa akan datang.”

[SUBANG PARADE]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd