Pos Malaysia & Galado Tampil Dengan Koleksi Phone Case Edisi Terhad, Rai Warisan Ikonik Untuk Kali Kedua!
Kebanyakan reka bentuk ini mengetengahkan peti pos ikonik dan elemen jenama Pos Malaysia, dengan dua daripadanya diinspirasikan oleh Abang Pos.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, bersama Galado, sebuah syarikat aksesori teknologi dari Pulau Pinang mengumumkan kolaborasi edisi terhad buat kali kedua. Koleksi ini meraikan Pos Malaysia sebagai jenama ikonik melalui reka bentuk kreatif dan seni yang menarik.
Untuk koleksi sarung telefon 2024, ada enam reka bentuk menarik yang menghargai warisan kaya Pos Malaysia. Kali ini, mereka memperkenalkan tiga reka bentuk baru, sambil membawa kembali dan memperbaiki tiga reka bentuk popular dari koleksi sebelum ini.
Koleksi Ikonik Pos Malaysia X Galado.
Menariknya, pelanggan juga boleh personalisasi sarung mereka dengan mengubah foto peribadi menjadi karya seni!
Koleksi ini menawarkan pelbagai aksesori telefon yang mencerminkan semangat perkhidmatan pos, seperti Pemegang Telefon MagSafe Peti Pos Ikonik, Penggantung Telefon Pop Art Pos Malaysia, dan Tali Telefon Silang Badan Pos Malaysia.
Direka dengan Teknologi ImpactPro, sarung telefon ini memberikan perlindungan kejatuhan terbaik sambil menyampaikan kisah komuniti dan hubungan.
Sesuai untuk iPhone 12 hingga 16, Samsung S22 hingga S24, Samsung Galaxy Z Flip 3 hingga 6, dan Samsung Galaxy Z Fold 3 hingga 6, koleksi ini menawarkan pilihan reka bentuk yang boleh diperkemas dan dipersonalisasikan.
Koleksi Pos Malaysia x Galado kini boleh didapati di laman web rasmi Galado (https://galado.com.my), dengan harga sarung telefon antara RM129 hingga RM149 dan aksesori antara RM69 hingga RM89, serta penghantaran percuma melalui Pos Laju.
Pelanggan juga boleh membuat pesanan melalui Instagram Galado (@galadomy). Untuk pesanan cetakan reka bentuk, penghantaran akan dibuat dalam masa satu hari bekerja, sementara untuk reka bentuk ‘Abang Pos’ yang diperibadikan, ia mengambil masa 5 hingga 7 hari bekerja.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.