Now Reading
Nespresso Rai ‘Unforgettable Holidays’ Dengan Cef Perancis Terkemuka, Jean Imbert

Nespresso Rai ‘Unforgettable Holidays’ Dengan Cef Perancis Terkemuka, Jean Imbert

Chef Imbert kini membawa kepakaran gastronomi beliau kepada ciptaan kopi terbaharu Nespresso.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nespresso memeriahkan musim perayaan dengan menggalakkan pencinta kopi untuk menikmati “Unforgettable Holidays” mereka dengan pilihan kopi baru dicipta bersama Chef Michelin Star Perancis, Jean Imbert – memberikan peluang sempurna untuk menikmati detik-detik bermakna.

Dari sambutan Krismas ke Tahun Baharu bersama ahli keluarga yang berkumpul, penghujung tahun adalah masa paling tepat untuk berkongsi dan memberi hadiah, menjadikan koleksi terbaharu Nespresso tambahan tepat kepada apa sahaja pertemuan semasa musim cuti.

Kopi Gastronomi Baharu.

Selepas terlibat dalam pelbagai projek mewah di seluruh dunia dan pelantikannya baru-baru ini sebagai Ketua Chef Belmond’s Venice Simplon-Orient-Express, Chef Imbert kini membawa kepakaran gastronomi beliau kepada ciptaan kopi terbaharu Nespresso.

Diinspirasikan oleh seni perjalanan dan kembara kereta api Belmond yang legenda di seluruh dunia, kempen Nespresso Unforgettable Holidays akan secara visual membawa penggemar kopi mengikuti kembara mempesonakan dalam usaha membangkitkan deria dengan perisa baharu dipengaruhi oleh penerokaan global.

Unforgettable Espresso.

Nespresso Unforgettable Holidays.

Unforgettable Espresso bagi rangkaian Original dan Double Espresso bagi rangkaian Vertuo mengingatkan kembali kepada perjalanan panjang kereta api menerusi Amerika Latin: adunan aromatic termasuk biji Arabika dari Peru dan Costa Rica disemarakkan oleh Robusta, menghasilkan kopi dengan nota bijirin panggang dan kayu.

Berdasarkan idea asli Jean Imbert, Almond Croissant Flavour akan membawa anda ke nadi kota Paris. Kopi berperisa ini mencetuskan rasa almond dan roti mentega, mencetuskan kenangan zaman anak-anak Chef.

Anda juga boleh menikmatinya sebagai Cappuccino!

Nespresso Unforgettable Holidays.

Peanut and Roasted Sesame Flavour adalah penghormatan kepada pelayaran gastronomi Imbert. Perisa kopi ini menggabungkan nota bijan panggang, bertih jagung dan campuran biji.

Advent Calendar.

Nespresso Advent Calendar kembali pada 2024 – menawarkan satu kopi pada setiap pintu, membolehkan anda meneroka perisa baharu dan kembali menghirup kopi Nespresso kegemaran anda.

Direka untuk membawa kejutan dan kegembiraan, Advent Calendars akan menyertakan kopi perayaan edisi terhad dicipta bersama Jean Imbert dan cawan eksklusif dalam edisi terhad untuk hari terakhir.

Nespresso juga akan menawarkan Travel Mug edisi terhad sebagai sebahagian koleksi Festive, direka daripada 90% keluli tahan karat kitar semula dengan warna biru menawan, menggambarkan rupa dan rasa tersendiri kempen ini.

Resepi Kreatif.

Musim perayaan ini, Nespresso telah mencipta resipi baharu direka khusus untuk menghidupkan perisa yang dicipta oleh Chef Jean Imbert. Cuba kopi Peanut and Roasted Sesame Flavour dengan krim putar dihiasi biji bijan dipanggang dan sentuhan madu, atau edisi terhad Almond Croissant Flavour sebagai Gourmet Almond Croissant Latte dengan susu dan keharuman bunga oren.

Penggemar kopi juga boleh menikmati keistimewaan mocktail menggabungkan sirap vanila, jus nanas, limau nipis dan sentuhan mendalam Unforgettable Double Espresso.

Nikmati resipi perayaan Nespresso di www.nespresso.com/recipes.

Nespresso Unforgettable Holidays Collection dilancarkan secara dalam talian dan di butik Nespresso dari 28 Oktober 2024 dan akan ditawarkan dalam masa terhad.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd