Takut Salah Pilih ‘Shade’ Mekap? Laman Web Ini Boleh Bantu Anda
Dari jenama Silky Girl, Wardah, Somethinc dan Maaez sehingga jenama T20 semuanya ada dalam senarai tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perempuan kalau bab-bab barang mekap, memang tak boleh dipisahkan. Buatnya kalau ternampak Guardian atau Watsons, memang tak sah kalau tak masuk ke dalam premis tersebut.
Terdapat pelbagai jenis produk mekap yang berada di pasaran tidak kiralah dari jenama antarabangsa mahupun tempatan. Ada yang murah dan ada yang agak mahal, bergantung kepada bajet masing-masing.
Tapi sebelum nak mencuba produk kecantikan yang baharu terutamanya foundation, mesti ramai yang takut kalau tersalah pilih ‘shade’ kan?
Laman Web Untuk Bantu Pilih ‘Shade’ Dari Jenama Berbeza
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@AliatulAqila), wanita ini berkongsi satu perkara yang agak menarik di mana anda tak perlu lagi pening kepala untuk memilih foundation dari jenama berbeza dari kebiasaan yang dipakai.
Kalau beli di kedai, boleh cuba pada tangan, tapi mereka yang nak beli secara online agak susah nak tahu tona warna yang bersesuaian dengan kulit.
Dengan adanya laman web yang diberi nama Findation ini, lebih jimat masa anda untuk memilih foundation yang kena dengan tona kulit masing-masing.
Panduan Untuk Mendapatkan ‘Shade’ Yang Sesuai
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak guna laman web ini? Jangan risau, jom kami beri panduan untuk memudahkan anda.
- Apabila anda sudah memasuki laman web tersebut, klik pada butan ‘Get Started’.
- Kemudian pilih jenama foundation atau concealer yang anda pakai.
- Pilih produk spesifik yang digunakan daripada jenama yang dipilih pada langkah sebelum ini.
- Masukkan pilihan tona kulit yang dipakai daripada produk berkenaan.
- Masukkan beberapa lagi foundation dari jenama lain berserta dengan ‘shade’ untuk membolehkan padanan yang diberikan lebih tepat.
- Klik pada ‘Find my matches anyway’.
- Beberapa jenama foundation akan disenaraikan.
Berdasarkan pemerhatian kami, ada banyak jenama yang disenaraikan sebagai padanan yang telah dibuat.
Dari jenama Silky Girl, Wardah, Somethinc dan Maaez sehingga jenama T20 semuanya ada dalam senarai tersebut.
Mesti ramai wanita yang akan suka dengan laman web ini kerana pilihan yang diberikan terus menyatakan produk secara spesifik dengan pilihan tona yang bersesuaian.
Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan sama ada pilihan yang diberikan itu betul-betul tepat dengan tona kulit anda.
Tapi sekurang-kurangnya, dah tak perlu garu kepala nak pilih ‘shade’ kan?
Function gila website ni. Takde i pening sangat nak pilih shade foundation brand lain kalau nak beli online. Letak je foundation apa kita pakai nanti dia bagi suggestuon.
— Eya (@AliatulAqila) December 4, 2024
Contoh sekarang i pakai foundation Kamelia code Vanilla, boleh tengok dia suggest apa pic.twitter.com/weaVrwDG04
5 Panduan Untk Cuba Produk Mekap Sebelum Beli
Nak ‘test’ pun ada cara yang betul dan tidak semuanya sesuai diuji di bahagian belakang tapak tangan. Berikut adalah panduan kepada para wanita yang mahu mencuba produk pada kulit tangan terlebih dahulu sebelum membelinya.
- Gincu
- Letakkan sedikit lipstik pada bahagian tapak jari yang mempunyai tona warna kemerahan seakan-akan dengan warna bibir.
- Highlighter
- Letakkan sedikit produk berkenaan di bahagian tulang bawah berhampiran ibu jari kerana kawasan tersebut mempunyai tona warna hampir serupa dengan tulang pipi.
- Blusher
- Letakkannya di bahagian pergelangan tangan kerana memiliki tekstur lebih kurang dengan pipi.
- Foundation
- Letakkan pada permukaan tangan yang sedikit kemerahan dan mempunyai garisan-garisan halus seperti di tapak tangan atau kulit di antara ibu jari dan jari telunjuk.
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu para wanita yang cantik menawan di luar sana!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 5 Panduan Untuk ‘Test’ Barang Mekap Pada Tangan Sebelum Beli. Jangan Tersalah Pilih ‘Shade’!
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Gatal Selepas Pakai Makeup? Rupanya Ada Kutu Di Muka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Pakai Sunscreen Atas Mekap? Ini Penjelasan Pakar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.