Now Reading
Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park Tawar Hidangan Bufet Selama 2 Hari Sempena Krismas, Harga Dari RM129

Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park Tawar Hidangan Bufet Selama 2 Hari Sempena Krismas, Harga Dari RM129

Bufet Krismas di Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park akan berlangsung pada 24 dan 25 Disember ini bersempena dengan Indigo Wonderland.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelang penghujung tahun yang sinonim dengan perayaan Krismas dan cuti panjang, kebanyakan lokasi akan mula menghiasi premis mereka dengan hiasan seperti pokok Krismas berwarna hijau dan merah.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park turut tidak ketinggalan untuk menjadikan perayaan tersebut sebagai momen yang akan diingati seisi keluarga.

Dengan penganjuran Indigo Wonderland, mesti anda akan semakin teruja untuk menyambut Krismas pada tahun ini!


Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park Hidangkan Pelbagai Menu Di Bufet Krismas

Bagi mereka yang mahu meluangkan masa bersama keluarga semasa sambutan ini, Hotel Indigo menawarkan hidangan bufet untuk anda.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Yang paling best, ada macam-macam jenis hidangan yang disediakan. Antaranya:

  • Roasted Festive Jumbo Chicken
  • Salmon Garavlax with Oil Fennel Salad
  • Smoked Duck Margaret with Cranberries
  • Sear Tuna with Potato & Bean Salad
  • Caulliflower with Coffee & Cream
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain hidangan bertemakan Krismas, buat mereka yang tekaknya tetap mahu mencari nasi, jangan risau! Kerana mereka turut menyediakan menu Nasi Briyani Lamb Shank yang boleh dimakan bersama Kari Nenas.

Tapi kalau rasa tak nak makan berat-berat sangat, ada juga roti yang boleh dimakan dengan Sup Butternut Squash.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Dessert Time!

Tak kisahlah anda sekenyang mana sekalipun, mesti akan ada ruang kosong untuk pencuci mulut, betul tak?

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Di sini, anda akan terpukau melihat kepelbagaian menu cuci mulut yang ditawarkan. Rambang mata ya tak tahu nak cuba yang mana satu sebab semuanya nampak sedap.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara menu pencuci mulut yang anda perlu cuba adalah:

  • Black Forest Yule Long Cake
  • Ipoh White Coffee Creme Brulee
  • Berries Truffle
  • Toasted Milk Panna Cotta
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Rasanya tak lengkap sesi menikmati pencuci mulut kalau tak makan aiskrim kan?

Mereka turut menyediakan pelbagai perisa aiskrim dari jenama merry seperti perisa vanila, strawberi, coklat, gula melaka dan tau fu fah.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Harga Bufet Krismas Di Indigo Wonderland

Kepada anda yang berminat untuk datang mencuba sendiri hidangan bufet di Hotel Indigo Kuala Lumpur, berikut adalah maklumat lebih lanjut:

  • 24 Disember 2024
    • Untuk makan malam sahaja
    • Bermula jam 6:30 petang
  • 25 Disember 2023
    • Bermula jam 12:00 tengah hari
      • Untuk makan tengah hari sahaja

Harga pula adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak: RM129 untuk seorang
  • Dewasa: RM258 untuk seorang
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan di talian 012-3884509 atau menghantar e-mel ke reservation.kulpk@ihg.com.

Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd