Now Reading
Ada Jerawat Pada Kawasan ‘Danger Triangle’ Di Wajah? Jangan Picit!

Ada Jerawat Pada Kawasan ‘Danger Triangle’ Di Wajah? Jangan Picit!

‘Segitiga bahaya’ atau ‘nasolabial triangle’ merujuk kepada kawasan dari jambatan hidung ke sudut mulut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sangat dibenci ramai orang kerana boleh menyebabkan kawasan yang dijangkiti, terutamanya muka, kelihatan kurang berseri.

Walaupun memicit jerawat tidak digalakkan kerana akan meninggalkan parut, masih terdapat individu yang melakukan perkara itu kerana berasa ‘geram’ melihatnya.

Namun begitu, jerawat sebenarnya tidak digalakkan untuk dipicit, lebih-lebih lagi di kawasan ‘segitiga bahaya’ di muka.


‘Segitiga Bahaya’ Berhubung Langsung Dengan Otak

Dalam satu hantaran di Facebook, Public Health Malaysia (PHM) telah menerangkan tentang ‘segitiga bahaya’ yang terdapat pada bahagian wajah.

Ia merupakan kawasan dari jambatan hidung ke sudut mulut dan dikatakan sebagai ‘pintu kepada risiko besar yang tersembunyi’. Oleh itu, jerawat yang terdapat pada bahagian ini tidak seharusnya dipicit sama sekali.

Menurut PHM, saluran darah di bahagian segitiga bahaya itu mempunyai hubungan langsung ke otak. Jika terjadi jangkitan kuman pada bahagian tersebut, timbulnya risiko seperti berikut:

  • Abses otak
  • Meningitis
  • Kerosakan saraf muka
  • Jangkitan mata
  • Pembentukan darah beku
  • Strok
  • Jangkitan otak

Jangkitan Kuman Pada ‘Segitiga Bahaya’ Boleh Bergerak Ke Otak

Memetik Cleveland Clinic, pakar dermatologi Alok Vij menerangkan segitiga bahaya itu berkait secara langsung dengan otak kerana terdapat ‘carvenous sinus’ di bahagian belakang soket mata.

Sebagai info, darah akan mengalir daripada otak ke ‘petrosal sinus’ menerusi sinus tersebut.

Juga dikenali sebagai ‘nasolabial triangle’, jangkitan kuman di kawasan ini mempunyai kebarangkalian untuk bergerak terus kepada otak, seterusnya memberi impak terhadap seluruh tubuh badan.


Darah Beku Dalam Sinus Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan Serius

Risiko yang disenaraikan oleh PHM di atas boleh terjadi dalam kes yang jarang berlaku, apabila jangkitan kuman pada muka menyebabkan darah beku dalam ‘cavernous sinus’ (septic cavernous sinus thrombosis).

Keadaan ini kemudiannya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius, malah boleh meragut nyawa.

Vij berkata, sebelum ini mereka yang mengalami ‘septic cavernous sinus thrombosis’ boleh dikatakan pasti maut. Namun kini ia dapat dirawat dengan antibiotik jika dapat dikesan awal.


Jerawat Yang Dipicit Boleh Sebabkan Parut Kekal

Oleh itu, selepas membaca perkongsian ini, adalah lebih elok sekiranya jerawat pada kawasan segitiga bahaya muka tidak disentuh baik dipicit, dipecahkan atau apa sahaja sama sekali. WebMD menerangkan bahawa memicit jerawat adalah berbahaya.

Pakar dermatologi Zakiya Rice berkata apabila jerawat dipicit, nanah yang keluar boleh masuk ke pori-pori lain di sekitarnya, seterusnya menyebabkan lebih banyak jerawat timbul.

Malah, tindakan memecahkan jerawat boleh menyebabkan kotoran dan bakteria pada permukaan masuk lebih jauh ke dalam kulit.

Selain itu, jari kita juga mungkin mempunyai bakteria lain yang boleh menjangkiti jerawat tersebut, menjadikan ia lebih merah dan bengkak, serta mungkin menyebabkan parut kekal.

Berbanding memicit jerawat, PHM mencadangkan perkara berikut untuk merawat masalah tersebut:

  • Letakkan kain suam untuk biarkan jerawat sembuh dengan lembut.
  • Gunakan pelekat jerawat untuk melindungi kulit daripada luka.
  • Dapatkan rawatan pakar kulit jika masalah jerawat menjadi semakin teruk.
Sumber gambar: Pexels

Gadis Alami ‘Penyakit Misteri’ Kerana Picit Jerawat Di Hidung

Pada tahun 2020, media melaporkan tentang seorang ibu muda di Filipina yang mengalami ‘penyakit misteri’ akibat memicit jerawat pada hidungnya.

Dia mula merasa sakit yang semakin teruk beberapa hari selepas jerawat tersebut dipicit, sehingga menyebabkan mukanya membengkak.

Malah, masalah itu sehingga menyebabkan dia kehilangan kedua-dua penglihatannya.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Picit Jerawat Di Hidung, Gadis Alami Penyakit Misteri Hingga Hilang Penglihatan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Ke Solat Jika Jerawat Pecah & Darah Mengalir? Ini Hukumnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd