Lawati Malaysia Kali Ke-3, Mark Tuan Kongsi Rancangan & ‘Goals’ Untuk 2025
Ahli kumpulan Got7, Mark Tuan telah tampil memeriahkan Teater Aurum, The Exchange TRX semalam (24 November) sebagai Duta Global Yukazan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (24 November), ahli kumpulan Got7, Mark Tuan telah membuat kemunculan kali ke-3 di Malaysia untuk satu sesi perjumpaan bersama peminat. Namun kedatangannya kali ini ke Malaysia adalah sebagai Duta Global produk penjagaan diri, Yukazan.
Sebelum acara bermula, kami berkesempatan untuk turut serta dalam satu sesi temu bual bersama Mark.
Mark Tuan Kongsi Snek Kegemaran Di Malaysia & Matlamat 2025
Ini adalah antara soalan dan jawapannya:
Soalan 1: Yukazan terkenal dengan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, boleh kami tahu produk kegemaran anda dalam set kotak eksklusif dan mengapa?
Jawapan: Saya suka ‘Shower Oil Body Wash’ sebab ia melegakan dan saya suka baunya juga. Saya juga suka menggunakan pad toner Yukazan.
Soalan 2: Album terakhir Mark dikeluarkan pada tahun 2022. Adakah para peminat boleh mengharapkan album atau single terbaharu pada tahun hadapan?
Jawapan: Ya mereka boleh mengharapkan kerana sekarang ini saya sedang berusaha lebih keras dalam bidang ini untuk semua peminat. Sebelum itu, saya akan berada di Korea untuk satu projek ‘rahsia’. Selain daripada itu, peminat boleh jangkakan lebih banyak muzik pada masa akan datang.
Soalan 3: Apakah perkara yang anda paling teruja tentang Krismas? Hadiah apa yang anda harap untuk dapat tahun ini?
Jawapan: Saya rasa tahun ini saya tak dapat nak luangkan masa bersama keluarga. Saya tak begitu mengharapkan hadiah, tetapi lebih kepada menyambut hari istimewa ini dengan orang tersayang dan mengamalkan sikap memberi kepada orang lain.
Soalan 4: Apakah matlamat yang sudah kecapi pada tahun ini atau perkara yang diusahakan?
Jawapan: Untuk tahun ini, saya dapat tamatkan jelajah solo saya dan saya hanya berharap dapat melakukan lebih banyak muzik dan masa untuk peminat saya.
Soalan 5: Apakah aktiviti melibatkan penjagaan diri yang anda boleh cadangkan untuk para peminat?
Jawapan: Kalau aktiviti penjagaan diri, mungkin boleh pergi mengurut dan melakukan penjagaan muka.
Soalan 6: Adakah Mark merancang untuk melakukan satu lagi jelajah solo di Malaysia pada tahun hadapan?
Jawapan: Buat masa ini, masih tiada perancangan lagi. Tetapi apabila saya keluarkan lebih banyak muzik, jelajah ini berkemungkinan boleh dianjurkan.
Soalan 7: Apakah jenis konten yang peminat boleh harapkan daripada akaun YouTube terbaharu iaitu Marksphere?
Jawapan: Marksphere dicipta untuk mengasingkan akaun rasmi YouTube saya. Jadi peminat boleh mengharapkan lebih banyak vlog dan kita akan tengok konten apa lagi akan ditambah.
Soalan 8: Memandangkan ini kunjungan kali ke-3 buat Mark di Malaysia, apakah makanan kegemaran atau makanan yang ingin dicuba sepanjang berada di sini?
Jawapan: Saya rasa peminat dah tahu makanan yang saya dah cuba sebab saya selalu berinteraksi dengan mereka. Tapi saya amat menantikan trip kali ini kerana saya ada lebih banyak masa untuk terokai lebih banyak makanan.
Soalan 9: Apakah snek tengah malam dari Malaysia yang paling disukai oleh Mark?
Jawapan: Saya ada rasa snek keju dipanggil sebagai Super Ring. Ia sangat sedap! Sangat berkeju. Saya lebih suka Super Ring daripada snek bebola keju di Amerika Syarikat (AS).
Yukazan Lancar Kolaborasi Eksklusif Bersama Mark Tuan
Para peminat telah memeriahkan Teater Aurum, The Exchange TRX untuk berjumpa dengan Mark Tuan dalam acara ‘Meet Mark Tuan with Yukazan’ yang turut disertai dengan peruncit eksklusif bagi kempen ini iaitu Watsons Malaysia.
Kalau anda nak tahu, acara berkenaan merupakan lawatan pertama Mark ke Kuala Lumpur sejak beliau dilantik sebagai Duta Global Yukazan.
Yukazan meraikan pelantikan Mark dengan melancarkan kolaborasi eksklusif, Mark Tuan X Yukazan Exclusive Box Sets pada Oktober 2024 yangi menampilkan koleksi terpilih produk penjagaan diri Yukazan kegemaran Mark.
Set kotak terhad ini boleh didapati untuk pembelian melalui laman web rasmi Yukazan, kedai rasmi Yukazan di Shopee, Lazada serta TikTok Shop.
Yukazan Anjurkan Kempen ‘Top Spender’
Bagi meraikan pelantikan Mark, Yukazan turut mengadakan Kempen ‘Top Spender’ pada Oktober lalu. Menerusi kempen itu, seramai 180 pemenang telah menerima jemputan, termasuklah 50 ahli Watsons eksklusif.
20 orang pembeli teratas juga berpeluang menyertai sesi Mewarna Batik Eksklusif bersama Mark.
Perjumpaa Peminat Bersama Mark Diriuhkan Dengan 3 Permainan Interaktif
Acara perjumpaan peminat tersebut dimulakan dengan paparan mesej oleh Mark di skrin, di mana beliau berkongsi kepentingan penjagaan diri.
Sepanjang acara dijalankan, Mark telah membuatkan para peminat teruja melalui tiga jenis permainan interaktif dengan 15 peminat bertuah. Ini termasuklah memakai pelekat mata dengan Bright Eye Patch terbaharu Yukazan, permainan penjagaan diri dan cabaran mengisi botol minyak mandian badan Mark Tuan x Yukazan.
Memang meriah betul ya acara tersebut, malah ramai juga peminat berebut peluang untuk menaiki pentas untuk turut serta Mark dalam permainan dianjurkan.
Bagi menambahkan keseronokan, setiap peminat bertuah juga menerima hadiah eksklusif dari Yukazan.
Sebagai penutup acara, setiap orang telah menerima beg hadiah yang dipenuhi dengan produk penjagaan diri jenama itu. Memang jelas kelihatan peminat Mark berpuas hati selepas dapat jumpa idola mereka secara bersemuka.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram