Now Reading
Babak Suami Nak Rujuk Tanpa Persetujuan Isteri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Cetus Persoalan, Ini Jawapannya

Babak Suami Nak Rujuk Tanpa Persetujuan Isteri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Cetus Persoalan, Ini Jawapannya

Rujuk merupakan perkara yang dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk kembali dalam hubungan perkahwinan ketika dalam tempoh iddah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan yang berkahwin pasti tidak mahu mahligai yang dibina berakhir dengan perceraian. Malah mereka akan cuba untuk menyelamatkannya sehabis baik.

Namun apabila sesuatu hubungan itu tidak lagi dapat diselamatkan perceraian merupakan jalan yang terbaik untuk kedua pasangan meskipun ia perkara yang sukar untuk diterima.

Selepas perceraian wanita yang beragama Islam akan melalui tempoh iddah selama beberapa bulan atau tiga kali suci dari haid. Tetapi dalam tempoh ini juga adalah masa suami isteri untuk memberi refleksi terhadap diri sendiri serta hubungan perkahwinan.

Segelintir darinya mungkin akan kembali merujuk dalam tempoh iddah atas persetujuan bersama. Namun bagaimana sekiranya si isteri tidak bersetuju adakah suami masih boleh rujuk semula?

Perkara itu mula menjadi perhatian susulan perkongsian babak dari drama ‘Andai Tiada Dia’ memperlihatkan pelakon utama, Hisyam Hamid yang memegang watak Haikal mengugut mahu merujuk dengan bekas isteri yang sedang mengandung iaitu Suri (Umi Nazeera) tanpa persetujuannya.

Dr Zulkifli jelaskan hukum rujuk jika tanpa pengetahuan isteri

Semakan kami mendapati Mantan Menteri Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini ada menjawab mengenai perkara itu selepas disoal adakah rujuk memerlukan persetujuan isteri.

Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan rujuk dari segi istilah syariah bermaksud mengembalikan status hukum perkahwinan secara penuh setelah berlaku talak Raj’ie yang dibuat oleh bekas suami kepada bekas isterinya ketika dalam tempoh iddah dengan ucapan tertentu.

Suami diberikan hak untuk rujuk bersama isteri dalam tempoh iddah

Jelasnya lagi Islam menjadikan asal bagi talak iaitu talak raj’ie (boleh dirujuk semula) serta tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh. Oleh itu, syarak memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isteri selama dalam tempoh iddah.

Allah SWT berfirman:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

Maksud: “Dan wanita-wanita yang diceraikan itu maka mereka ‘mengurung’ diri mereka selama tiga kali suci.” – Surah Al-Baqarah: 228.

Ketika tempoh iddah itu, suami berhak untuk merujuk kembali si si isteri, perkara tersebut berdasarkan firman Allah SWT dalam sambung ayat di atas:

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ

Maksudnya: Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai.” – Surah Al-Baqarah: 228.

Ibn Qudamah pula menjelaskan isteri yang masih dalam tempoh iddah apabila si suami merujuk tanpa pengetahuannya, rujuk itu adalah sah. Ini kerana, rujuk tidak memerlukan redha isteri serta pengetahuan isteri sepertimana talak (tidak memerlukan kepada redha dan pengetahuan isteri.

Walau bagaimanapun di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah bahawa jumhur Fuqaha’ mengatakan sunat hukum memberitahu kepada isteri dia sudah dirujuk semula.

Sah rujuk walau tanpa pengetahuan isteri namun dinasihat rujuk mahkamah syariah

Oleh itu, seperti yang katakan oleh majoriti ulama, rujuk seorang suami adalah sah sekalipun tanpa mendapat persetujuan isterinya.

Namun dalam kes rujuk ini, setiap pasangan dinasihatkan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah supaya hakim dapat memutuskan sama ada rujuk itu berlaku serta ia tidak menzalimi isteri.

Selain itu dapat dipastikan juga bahawa rujuk isteri berkenaan tidak menyalahi undang-undang yang diperuntukkan dalam Enakmen Keluarga Islam negeri masing-masing.

Apa yang lebih penting adalah ikatan kali kedua itu dapat menjadikan rumah tangga pasangan berkenaan lebih matang, stabil dari perkara atau faktor yang boleh meruntuhkan rumah tangga.

Perkara sama turut diulas oleh seorang peguam Syariah yang dikenali sebagai Izzat Rahim menerusi satu video di TikTok.

Dia mengulas mengenai babak dari drama ‘Andai Tiada Dia’ turut berkongso sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Tiga perkara yang dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi bersungguh-sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan ruju,” -Riwayat: Abu Daud & Inu Majah

Beliau bagaimanapun tidak menjawab persoalan seorang netizen yang bertanya adakah sah rujuk itu sekiranya terdapat unsur paksaan atau ugutan, berkemungkinan kerana tidak menyedari ada komen terbabit.

@izzatrahimm

Replying to @Sifenn Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi bersungguh-sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan ruju’.” (Riwayat: Abu Daud & Inu Majah) #andaitiadadia #rujuk #peguamsyarie #peguamsyariekelantan #peguamsyarieperak #nikah #cerai

♬ Tak Selalu Memiliki – Ipar Adalah Maut Original Soundtrack – Lyodra

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd