[Video] Ini Situasi Yang Buatkan Sujud Dalam Solat Jadi Tak Sah
Menerusi video tular, kelihatan seorang lelaki dengan pantas mengalihkan kain ridak sewaktu seorang jemaah mahu sujud.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui ibadah solat merupakan tiang agama dan wajib ditunaikan oleh setiap mereka yang bergelar Muslim.
Bukan sahaja menunaikan solat fardu lima waktu dalam sehari, namun kita juga perlu menitik beratkan dan mengerjakan kesemua 13 rukun solat dengan sempurna.
Antara rukun solat tersebut adalah seperti niat, takbiratul ihram, bacaan surah Al-Fatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan banyak lagi.
Sah Ke Jika Kain Di Tempat Sujud Halang Dahi?
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pihak Masjid Kampung Nakhoda, Selangor membuat penjelasan tentang situasi yang menyebabkan sujud dalam solat dikira tidak sah.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang jemaah dengan pantas mengalihkan sehelai kain ridak sebaik melihat seorang lelaki nak sujud. Selepas selesai solat, lelaki berkenaan kemudian bertanya mengapa ridak itu ditarik.
“Saya tarik sebab takut sujud awak tak sah. Takut dihalangi ridak,” jawab jemaah lelaki terbabit.
Lelaki itu kemudian menjelaskan dengan terperinci tentang perkara berkenaan. Menurutnya, dahi adalah salah satu daripada tujuh anggota wajib yang perlu menyentuh tempat sujud.
Namun, jika terdapat satu benda seperti kain di tempat sujud, ia tidak termasuk sebagai perkara yang menghalang dahi.
“Yang dikira menghalang dahi apabila kita sedang memakai barang tu atau berada di badan kita. Contohnya kain ridak. Misalnya kain ridak ni berada atas bahu kita, kemudian kita sujud dan menghalang dahi kita kena tempat sujud, itu baru batal.
“Sama juga dengan wanita Muslimah, yang mana telekung yang dipakai itu menghalang dahi untuk terkena di tempat sujud,” tambahnya lagi.
@masjid.kg.nakhoda Jom infak masjid, link di bio RUJUKAN : alfiqh al manhaj Jom dapatkan kelengkapan ibadah yang selesa di @abuukasyahcollections #ilmuagama #imam #masjid #infak ♬ original sound – Masjid Kg Nakhoda
Syarat Sujud Ketika Solat
Berikut kami senaraikan sembilan syarat sujud ketika solat yang setiap umat beragama Islam perlu tahu berdasarkan Kitab Fiqh Solat:
- Dua kali sujud pada setiap rakaat.
- Menyahajakan sujud.
- Mengenakan tujuh anggota iaitu dahi, dua lutut, dua tapak tangan dan hujung kedua-dua kaki di tempat sujud.
- Dahi dan tapak tangan terbuka tanpa berlapik dan tetap pada tempat sujud.
- Memberatkan kepala pada tempat sujud, termasuk menekan dahi jika dilapik sesuatu di tempat sujud.
- Meninggikan punggung daripada paras kepala.
- Tidak sujud di atas sesuatu yang bergerak seperti telekung. Tetapi dimaafkan jika ia kepunyaan orang lain atau sesuatu yang tidak ditanggung olehnya sebagai contoh sejadah.
- Dahi dan tapak tangan tidak dalam keadaan berlapik kecuali atas sebab perubatan yang sukar ditanggalkan.
- Tomakninah dalam sujud.
Pendapat Mengatakan Solat & Sujud Harus Diganti Semula
Memetik mazhab Syafie, dahi wajib mengenai tempat sujud dalam keadaan tidak berlapik. Jika dahi terlapik sewaktu sujud, solat itu menjadi tidak sah dan harus diganti semula.
Menurut kitab Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i, jika tidak sengaja melakukan perkara itu kerana lupa atau jahil, solat tidak batal tetapi sujud tersebut harus diulang semula.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga berkata solat perlu dilakukan semula sekiranya dahi telah tertutup.
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Solat Tidak Sah Jika Sujud Dengan Dahi Dilapik Sesuatu Seperti Telekung Menurut Mazhab Syafie?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat
Baca Artikel Berkaitan: Selain Duduk Antara 2 Khutbah, Ini Senarai Syarat Sah Khutbah Jumaat. Wajib Qada Solat Zohor Jika Tertinggal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram