Now Reading
Bangunan Lama Di Kuala Lumpur Jadi Tempat Pamer Seni, Boleh Tengok Percuma Je!

Bangunan Lama Di Kuala Lumpur Jadi Tempat Pamer Seni, Boleh Tengok Percuma Je!

Pameran ‘TERANG: WARISAN Projection Mapping Showcase’ yang dianjurkan oleh Festival Kreatif KL dipersembahkan dibangunan Old High Court – Courtyard bertempat di belakang Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai seni budaya yang boleh dilihat menerusi karya seseorang atau pun melalui bangunan-bangunan lama tinggalan sejarah.

Selain itu, terdapat banyak juga pameran yang diadakan bagi memberi peluang kepada penggiat seni untuk mempamerkan karya mereka kepada masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: Renaissance Hotel KL Buka Pameran Seni ‘The Art Walk’. Masuk Percuma!

Baca Artikel Berkaitan: Cuura Space X Kar Wai Chan Berkolaborasi Dalam Pameran Seni Di SWOL Cafe, Bangsar

Antara pertunjukan seni yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur adalah Kreatif KL Festival.


Pameran ‘Mapping Showcase’ Sempena Festival Kreatif KL ‘Tawan’ Kuala Lumpur

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna X (@farhanazahan), individu ini yang merupakan salah satu kru untuk Festival Kreatif KL telah berkongsi antara pameran seni yang dipersembahkan.

Salah satunya adalah ‘TERANG: WARISAN Projection Mapping Showcase’ pada bangunan Old High Court – Courtyard bertempat di belakang Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Apa yang menarik tentang pertunjukan ini adalah karya seni mereka akan ditunjukkan pada badan bangunan dengan lampu berwarna-warni yang akan menerangi kawasan sekitar pada waktu malam.

Antara penggiat seni yang mempamerkan hasil karya mereka adalah:

  • The Bond oleh Nex Media (Malaysia)
  • The Sun from Singosari oleh Story of Karana (Indonesia)
  • Pohon oleh Lunartic Studio (Malaysia)

Selain itu pameran ini juga akan berlangsung di menara ikonik Old Court sebagai tempat menayangkan karya seni beberapa individu berikut:

  • The Color of Us oleh Seeing Artelier (Malaysia)
  • Sura-baya oleh Fearmos (Indonesia)
  • Lembayung Malam oleh Zhonk Vision (Malaysia)

Kesemua peserta yang mempamerkan seni mereka ini merupakan peserta dan juga pemenang daripada Pertandingan TERANG 2023.


Bila Pameran Ini Berlangsung?

Kepada anda yang mahu menyaksikan pameran ini, jangan lepaskan peluang kerana ia hanya berlangsung untuk tempoh terhad seperti berikut:

  • Tarikh: 18 hingga 24 November 2024
  • Waktu: 8pm hingga 11pm
  • Lokasi: Old High Court Tower & Courtyard

Yang penting, masuk percuma tanpa sebarang bayaran.

Apa tunggu lagi? Jom!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd