Now Reading
[Video] Nak Makan Sambil Healing Tengok View Laut? Ini Lokasi Terbaru Di Pulau Pinang Yang Ramai Tak Tahu

[Video] Nak Makan Sambil Healing Tengok View Laut? Ini Lokasi Terbaru Di Pulau Pinang Yang Ramai Tak Tahu

Jika dilihat dalam video tersebut, konsep restoran Captain Morgan ini lebih kepada ‘food court’ kerana menawarkan pelbagai jenis hidangan dari kiosk berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pulau Pinang merupakan salah satu lokasi pilihan orang ramai untuk bercuti dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Ini kerana negeri tersebut mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi selain terdapat banyak tempat makan yang best. Sesuai untuk korang yang nak ‘food hunting’.

Mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan Nasi Kandar yang dikatakan menu paling wajib makan apabila berada di negeri tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba


Kedai Makan Dalam Feri Di Pulau Pinang Jadi Lokasi Terbaharu Untuk Pengunjung

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fahrulidzham), individu ini menunjukkan satu lokasi menarik di Pulau Pinang iaitu sebuah restoran yang diberi nama ‘Capten Morgan’.

Apa yang menariknya, kedai makan ini dibuka di dalam sebuah kapal feri yang terapung dan disambungkan dengan sebuah jejantas untuk membolehkan para pelanggan menuju ke lokasi berkenaan.

Kalau pergi waktu malam, katanya lagi best sebab dihiasi dengan lampu-lampu cantik.

Sumber: Instagram @imstevengoh

Memetik sumber Penang Foodie, mereka juga mempunyai ruangan tempat duduk di bahagian atas serta persembahan ‘live band’ setiap hari pada jam 8:30pm sehingga 11:30pm.

Mesti korang nak tahu, jenis makanan yang dijual di sini kan?

Jika dilihat dalam video tersebut, konsep restoran Captain Morgan ini lebih kepada ‘food court’ kerana menawarkan pelbagai jenis hidangan dari kiosk berbeza.

Antara makanan yang ada di sini adalah kambing golek, shawarma, piza, nasi, ramen dan sebagainya.

Sumber: TikTok @fahrulidzham

Bolehlah menikmati hidangan sambil melihat pemandangan di tepi laut. Kalau nak lagi syok, boleh duduk di bahagian luar untuk layan angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat Jambatan Pulau Pinang.

Difahamkan, restoran feri terapung pertama di Pulau Pinang ini baru sahaja dibuka pada minggu ini.

https://www.tiktok.com/@fahrulidzham/video/7435960739396881682

Ramai Tertarik Dengan Lokasi Terbaharu Di Pulau Pinang Ini

Perkongsian video itu secara tidak langsung membuatkan ramai tertanya-tanya memamdangkan ia merupakan lokasi yang baru sahaja dibuka untuk orang ramai.

Pemilik video turut menjawab persoalan netizen dan memberitahu bahawa restoran itu mempunyai 10 gerai yang menjual pelbagai hidangan.

Sesetengah masyarakat pada awalnya mempunyai tanggapan bahawa kedai makan itu merupakan restoran mewah seperti ‘fine dining’ jika dilihat sekali imbas.

“Aku ingatkan restoran mewah macam fine dining weh. Tapi ni tengok biasa-biasa je. Jadi aku layak lah nak pergi makan kat situ juga,” ujar netizen.

Pemilik video juga memberitahu kepada netizen bahawa pembukaan restoran ini hanya ‘soft opening’ dan masih belum beroperasi 100%.

Kepada anda yang berminat untuk berkunjung ke sini, berikut adalah info yang boleh membantu:

  • Lokasi: Food Hall @ Queens Waterfront (Q2)
  • Waktu operasi:
    • 4.30pm hingga 10pm (Marina De Captain)
    • 4.30pm hingga 2am (Captain Morgan)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd