Now Reading
Jaya Grocer Buka Flagship Store Di OASIS, Sunway Pyramid Dengan Tema Lebih Menarik

Jaya Grocer Buka Flagship Store Di OASIS, Sunway Pyramid Dengan Tema Lebih Menarik

Menarik betul konsep Flagship Store Jaya Grocer ini. Tak terasa macam masuk pasar raya pun!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 1 November lalu, Jaya Grocer mencatatkan satu lagi kejayaan dengan pembukaan besar pasar raya flagship terbarunya di Sunway Pyramid. Dan untuk pengetahuan anda, pasar raya ini telah dinaiktaraf daripada cawangan sedia ada di lokasi sama.

Majlis perasmian diadakan di Aras Bawah 2 Sunway Pyramid serta telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Daniel Teng, bersama Pengerusi Jaya Grocer, Adelene Foo.

Apa Yang Menarik Di Flagship Store, Jaya Grocer Sunway Pyramid?

Antara tarikan utama ialah stesen pemotongan makanan laut secara langsung, di mana pelanggan dapat melihat pekerja mahir menyediakan makanan laut segar.

Sumber: TRP

Pilihan hasil tani segar turut menjadi tumpuan dengan pembekal dari Cameron Highlands serta komuniti Orang Asli di Pahang dan Johor.

Selain itu, Baker’s Son menawarkan Croissant Creations eksklusif, hanya terdapat di pasar raya flagship Sunway Pyramid, dengan pilihan seperti Chicken Breast, Salted Beef, dan Egg Mayo and Tuna, bermula dari RM9.90.

Sumber: TRP

“Kami sangat gembira dengan sambutan hangat dan maklum balas positif dari komuniti. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman pasar raya yang moden dan menarik, sambil memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan tak dapat dilupakan.

“Kami menawarkan pelbagai produk yang dipilih khas mengikut keperluan komuniti tempatan, termasuk pelajar antarabangsa dan keluarga berbilang budaya di Sunway.

“Kami juga menggunakan trak ladang Cameron Highlands yang diubah suai untuk mempamerkan hasil tani segar sebagai tanda komitmen kami untuk menyokong pembekal tempatan dan merancakkan ekonomi dengan peluang pekerjaan dan rantaian bekalan yang kukuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Daniel Teng.

Sambil Grocery Shopping, Boleh Makan-makan Juga!

Pengalaman membeli-belah di Jaya Grocer dipertingkatkan dengan kehadiran penyewa kecil yang menawarkan pelbagai makanan siap dimakan.

Sumber: TRP

Antaranya termasuk I’m Bagel yang menyajikan bagel segar, K Kitchen dengan hidangan Korea asli yang mudah dihidang, serta Toyosuya, syurga makanan Jepun dengan pilihan sushi, sashimi, dan pelbagai makanan Jepun berkualiti tinggi.

Sempena pembukaan besar ini, pasar raya tersebut menawarkan pelbagai promosi eksklusif sepanjang bulan November dengan tawaran hebat merangkumi pelbagai produk.

Sumber: TRP

Pengunjung juga boleh menyertai pengalaman interaktif sehingga 3 November, termasuk demonstrasi penyediaan makanan laut pada jam 12PM dan 6PM setiap hari, demonstrasi memasak, pameran produk, sesi mencuba makanan, serta permainan dengan hadiah menarik.

Jaya Grocer merancang untuk memperkenalkan lebih banyak konsep dan format kedai inovatif untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Sumber: TRP

Sama seperti cawangan lain, pasar raya ini juga menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart dan tawaran eksklusif melalui program Keahlian Jaya Grocer, yang disepadukan dengan aplikasi Grab untuk kemudahan tambahan.

Jaya Grocer Membership.

Program Keahlian Jaya Grocer yang dikuasakan oleh Grab, kini tersedia di cawangan baru ini. Program ini menawarkan penjimatan dan ganjaran di mana ahli boleh mengumpul mata dengan setiap pembelian untuk digunakan sebagai diskaun di dalam kedai, meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka.

Dengan integrasi GrabRewards, pelanggan boleh menggunakan mata dari rakan peniaga lain untuk pembelian di Jaya Grocer, menandakan komitmen Jaya Grocer terhadap nilai dan kemudahan untuk pelanggan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd