Now Reading
JAKIM Perjelas Hukum Umat Islam Sambut Halloween

JAKIM Perjelas Hukum Umat Islam Sambut Halloween

Jelas JAKIM, sambutan Halloween mempunyai unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cerita tentang hantu, pasti ada di kalangan kita yang gemar akan sesuatu filem dan suasana yang menyeramkan seperti menonton cerita seram atau memasuki rumah berhantu buatan seperti di fun fair.

Maka tidak hairanlah perayaan seperti Halloween yang berasal daripada barat turut terkenal di serata dunia termasuklah Malaysia.

Lihat saja apabila tiba perayaan Halloween, pasti ada sesetengah pusat membeli-belah dan restoran-restoran yang menghiasi premis mereka mengikut tema festival tersebut.

Malah, segelintir umat Islam juga terpedaya dengan menyangka bahawa Halloween ialah sekadar festival hantu dan turut sama menyambutnya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

JAKIM ingatkan, hukum sambut perayaan Halloween adalah haram

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam bahawa hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram.

Menurut JAKIM, Halloween merupakan suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di serata dunia terutamanya negara-negara Barat.

“Hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah HARAM kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.”

Maksud tasyabbuh dalam Islam

Maksud tasyabbuh adalah ‘menyerupai’ di mana umat Islam tidak dibenarkan serta dilarang untuk menyerupai sesuatu kaum atau agama lain.

Perkara ini jelas seperti sabda Nabi Muhammad SAW dari hadis Ibn Umar R.A yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

Maka jelas di sini, umat Islam dilarang untuk menyambut perayaan Halloween kerana hukum melakukan perkara tersebut adalah haram.

Sejarah dan kepercayaan tentang festival Halloween

Sekadar info menurut World History Encyclopedia, Hallowen merupakan perayaan yang berasal daripada festival Samhain yang disambut oleh kaum Celtic purba.

Nama Samhain membawa maksud ‘penghujung musim panas’ dan keraian tersebut menandakan berakhirnya musim menuai serta datangnya musim sejuk.

Dalam masa sebegini, masyarakat di sana percaya bahawa ‘tirai’ antara alam nyata (dunia) dan alam kematian (roh) akan tersingkap.

Mereka percaya bahawa roh-roh si mati dapat pulang ke dunia dan mengunjungi tempat yang pernah dilawati semasa hidup dahulu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd