Berbeza Dengan Joging, Ini Kebaikan ‘Brisk Walk’
Antara kebaikan aktiviti brisk walk adalah meningkatkan kesihatan jantung, merendahkan tekanan darah dan membantu menurunkan berat badan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita perlu sentiasa beriadah. Salah satu aktiviti yang sering dilakukan adalah berjoging atau berlari.
Selain daripada sihat untuk tubuh badan fizikal, orang ramai sebelum ini berkongsi bahawa aktiviti berkenaan juga dapat meningkatkan kesihatan mental mereka.
Ia bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dan memberi mood baik, tetapi turut menghasilkan tidur lebih berkualiti dan meningkatkan kecerdasan otak.
Namun bagi anda yang mungkin kurang berkemampuan untuk berjoging atau berlari, anda bolehlah memilih untuk berjalan laju atau ‘brisk walking’.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?
Brisk Walk Berbeza Dengan Joging
Menerusi satu hantaran yang tular di TikTok (@malaslari) sehingga mendapat lebih 1.8 juta tontonan, seorang lelaki berkongsi serba sedikit tentang brisk walk dan kebaikannya.
Dia menerangkan bahawa brisk walk bermaksud berjalan dengan laju dan berbeza dengan berjalan biasa. Namun ia tidaklah terlalu laju seperti joging atau berlari.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), brisk walk merupakan latihan kardiovaskular yang sesuai dilakukan oleh sesiapa tidak kira usia mahupun tahap kecergasan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara brisk walk dan joging selain daripada segi kelajuan.
Aktiviti brisk walk dapat memacu jantung agar berdegup lebih cepat berbanding berjalan biasa, manakala joging pula menggunakan lebih banyak tenaga dan stamina.
Oleh itu, brisk walk sekaligus bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko serangan jantung atau strok.

Brisk Walk Rendah Risiko Kecederaan
Berdasarkan kepada laman web Medical News Today, brisk walk merupakan satu aktiviti aerobik intensiti sederhana.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mentakrifkan aktiviti aerobik intensiti sederhana sebagai sebarang perkara yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kadar jantung sehingga ke tahap seseorang individu masih boleh bercakap, tetapi tidak boleh menyanyi.
Brisk walk dapat membantu individu untuk meningkatkan kadar aktiviti atau memulakan gaya hidup aktif. Berbeza dengan aktiviti lain, brisk walk mempunyai risiko kecederaan yang sangat rendah dengan kos yang minimum.
“Brisk walk sangat sesuai untuk orang yang mudah sakit kaki atau lutut bila berlari serta mereka yang mempunyai berat badan berlebihan,” kata pengguna TikTok tersebut.

Kebaikan Melakukan Brisk Walk
Jadi, selepas tahu tentang brisk walk, mungkin anda ingin tahu apakah kebaikannya. Antara kebaikan melakukan brisk walk adalah seperti berikut:
- Membantu dalam menurunkan berat badan
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Membaiki postur badan dan kekuatan otot
- Mengurangkan stres
- Memperbaiki kualiti tidur
- Merendahkan tekanan darah
- Merendahkan kadar gula dalam darah
- Menambah baik kesihatan mental
- Membakar kalori
- Mengurangkan risiko penyakit jantung diabetes dan sesetengah kanser seperti pundi kencing, payudara dan kolon
Pengguna TikTok @malaslari turut menyenaraikan kebaikan brisk walk mengikut jumlah waktu yang dilakukan dalam sehari iaitu:
- 5 minit dapat membantu elakkan penyakit jantung
- 10 minit dapat menghasilkan endokrin iaitu salah satu hormon gembira
- 30 minit dapat membantu mengurangkan tekanan sebanyak 36%
- 40 minit mampu meningkatkan kapasiti otak
- 60 minit berserta diet dan kalori defisit mampu menurunkan berat badan sehingga 50% obesiti
Di samping itu, satu kajian mendapati mungkin terdapat kaitan antara kelajuan berjalan pada tahap sederhana atau pantas dengan risiko rendah kematian akibat penyakit kardiovaskular, berbanding berjalan dengan perlahan.

Tips Untuk Mula Lakukan Brisk Walk
Jika anda mahu mulakan aktiviti brisk walk, tonton video di bawah sebagai rujukan bagi cara-cara melakukannya. Berikut juga merupakan beberapa tips:
- Mula dengan perlahan untuk ‘warm out’ dan perlahankan jalan untuk ‘cool down’.
- Biarkan bahu dalam keadaan relaks sambil mengekalkan bahagian belakang badan yang tegak.
- Langkah ke hadapan menggunakan bahagian tumit kaki.
- Perlahan-lahan mula berjalan di kawasan berbukit.
Ingat ya, kelajuan tertinggi apabila melakukan brisk walk adalah sekitar 7 km/j dan ia disarankan agar dilakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari.
Selepas dah biasa dengan brisk walk dan otot kaki semakin kuat, anda boleh perlahan-lahan meningkatkan ‘pace’ dan mula berjoging pula.
@malaslari Jom start gaya hidup sihat! Dengan melakukan aktiviti briskwalk boleh hilangkan perut buncit tau. untuk obesiti korang memang kena aktif like brisk walk everyday untuk meningkatkan otot kesihatan jantung dan jugak menurunkan berat badan and ofcrs kena jaga pemakanan. Jom join @1Krubong Night Runners (1KNR) sama sama kita kurus cara sihat. @GC CREATIVE MY #briskwalk #kurussihat #jogging #running #tips #beratbadan #diet #diet #weightloss #gemuk #briskwalking #turunberatbadan #weightlosstransformation #fyp #xyzbca #lari #foryoupage #pelarikonten #gym #weightlosscheck
♬ suara asli – abdulrosid292 – abdulrosid292
Baca Artikel Berkaitan: Ini Bahaya Yang Menanti Jika Anda Duduk Terlalu Lama Tanpa Sedar!
Baca Artikel Berkaitan: Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya
Baca Artikel Berkaitan: Ini Punca Golongan Muda Diserang Slipped Disc
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



