Now Reading
Suami Berhak Untuk Halang Isteri Sertai ‘Team Building’ Jika Bercampur Lelaki, Demi Jaga Ikhtilat

Suami Berhak Untuk Halang Isteri Sertai ‘Team Building’ Jika Bercampur Lelaki, Demi Jaga Ikhtilat

Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata sebagai suami, dia perlu menghalang isteri dari terlibat dengan program tersebut dan perlu membuat aduan atau cadangan utnuk mengasingkan aktiviti antara lelaki dan perempuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui agama Islam tidak menghalang pergaulan antara lelaki mahupun perempuan namun ia perlulah mematahui syarak yang ditetapkan.

Ini bagi mengelak daripada berlakunya masalah seperti fitnah, maksiat dan sebagainya khususnya individu berkenaan merupakan isteri atau suami kepada seseorang.

Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui batas serta sentiasa menjaga ikhtilat dalam pergaulan bersama rakan berlainan jantina.

Suami berhak untuk halang isteri dari sertai team building jika ia bercampur dengan peserta lelaki

Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang yang baharu Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman turut menjelaskan seorang suami juga mempunyai hak terhadap isterinya untuk menghalang mereka dari menyertai program ‘team building’ yang bercampur dengan jantina lain untuk menghindari fitnah, tohmahan, ikhtilat serta khalwat.

Mufti itu menjelaskan mengenai isu tersebut selepas terdapat individu yang bertanya dalam laman portal soal jawab agama e-kemusykilan berhubung apakah hukum sekiranya isteri menyertai ‘team building’ bersama peserta lelaki dan perempuan?

Ujar beliau, terdapat aktiviti dalam bentuk ikhtilat yang diharamkan kerana tiada justifikasi yang membenarkannya antaranya adalah aktiviti bersentuhan fizikal, acara di sungai atau kolam, serta persembahan tarian ketika waktu malam.

Apakah itu ikhtilat & khalwat?

Ikhtilat ialah pertemuan atau pergaulan di antara perempuan dan lelaki. Khalwat pula merupakan bentuk ikhtilat di mana pertemuan antara seorang lelaki serta seorang wanita tanpa adanya individu lain di suatu kawasan atau tempat.

“Ia bukanlah keadaan darurat, tiada keperluan dan maslahat yang besar dan program team building ini hakikatnya tiada halangan untuk disusun secara patuh syariah.

“Sebagai suami, dia perlu menghalang isteri daripada terlibat dengan program ini. Si suami juga perlu membuat aduan dan boleh mencadangkan agar team building ini diasingkan aktivitinya antara lelaki dan perempuan.

“Kecuali, aktiviti yang bebas fitnah seperti ceramah (diasingkan tempat duduk) dan sebagainya,” jelasnya lapor Kosmo.

Perlu lihat parameter ditetapkan oleh ulama untuk tentukan khalwat atau ikhtilat

Menurutnya lagi, khalwat serta ikhtilat merupakan perkara yang boleh menyebabkan berlakunya maksiat. Bukan hanya itu, hukum khalwat juga lebih berat dari ikhtilat, ini kerana kemungkinan maksiat atau kemudaratan berlaku lebih besar.

“Justeru, hukum asal bagi kedua-duanya dilarang dan khusus untuk khalwat, hukum asalnya adalah haram.

“Dalam menentukan sesuatu ikhtilat atau khalwat itu diharuskan atau tidak, perlu dilihat parameter yang ditetapkan ulama. Para ulama telah menggariskan keadaan-keadaan yang mengharuskan khalwat dan ikhtilat dengan melihat parameter tersebut yang digariskan berdasarkan hukum syarak.

“Antaranya seperti seseorang lelaki yang menjumpai seorang wanita yang sesat di jalanan, maka diharuskan kepadanya untuk menemani wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian.”

Beliau turut memberikan contoh di mana para ulama juga tidak mengehadkan kepada keadaan yang mengharuskan tetapi menjadi panduan kepasa umat Islam untuk menentukan apakah sesuatu ikhtilat atau khalwat dalam kategori yang diharuskan mahupun tidak.

Justifikasi yang membolehkan ikhtilat seperti:

  • Keadaan darurat syar’iyyah.
  • Terdapat hajat syar’iyyah.
  • Terdapat maslahat syar’iyyah.
  • Merupakan adat (yang tidak melanggar kaedah syarak).

Manakala aturan syarak dalam berinteraksi dan bergaul pula adalah:

  • Menjaga kesopanan dan adab-adab
  • Tidak mengandungi unsur sia-sia, hiburan dan persentuhan
  • Membataskan pergaulan pada kadar diperlukan

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd