Now Reading
Boleh Tengok Kereta F1 & MotoGP Di Galeri PETRONAS, Masuk Percuma Je!

Boleh Tengok Kereta F1 & MotoGP Di Galeri PETRONAS, Masuk Percuma Je!

Galeri PETRONAS yang memaparkan koleksi kenderaan Formula One (F1) dan MotoGP ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang meminati sukan Formula One (F1), pastinya anda teruja jika berpeluang untuk menonton perlawanan sukan ini secara langsung kan? Kalau dapat bergambar dengan pelumba kegemaran, mesti lagi seronok!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lewis Hamilton Lawat Sekolah Di Lembah Keramat, Ramai Netizen Teruja!

Namun, kali terakhir perlawanan F1 ni berlangsung di Malaysia adalah pada tahun 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Bagi rakyat Malaysia yang belum berpeluang untuk menghadiri acara tersebut, jangan risau kerana ada kini boleh melihat sendiri kenderaan yang dipandu oleh pelumba F1 dengan lebih dekat.


Galeri PETRONAS Pamer Kenderaan F1 Dan MotoGP Kepada Orang Awam

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@placesmalaysia), peminat F1 dan MotoGP boleh melihat pelbagai kenderaan yang digunakan oleh pelumba sukan permotoran ini.

Yang paling best, anda boleh meneliti sut peribadi milik pelumba Lewis Hamilton yang dipakai ketika perlumbaan pada tahun 2022 serta salah satu kenderaan F1 pacuannya iaitu Mercedes AMG.

Sumber: TikTok @placesmalaysia

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai pelbagai jenis motosikal tajaan PETRONAS dalam sukan MotoGP.

Antaranya:

  • Honda CBR1000RR-R Fireblad SP2020
  • PETRONAS Sprinta Yamaha
  • PETRONAS Sprinta Ah Yong
Sumber: TikTok @placesmalaysia

Kalau anda nak tahu, negara kita mempunyai Hafizh Shahrin iaitu merupakan pelumba MotoGP pertama dari Malaysia yang kini telah menyertai lebih 146 perlumbaan.

Beberapa sut pelumba MotoGP dan piala yang pernah dimenangi oleh mereka juga dipamerkan di galeri ini untuk ditatap oleh pengunjung.

Sumber: TikTok @placesmalaysia

Selain itu, terdapat pelbagai hasil seni, ukiran dan tayangan interaktif disediakan di sana untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik buat masyarakat.

Paling best, tiada bayaran yang dikenakan. Masuk percuma!

Sumber: TikTok @placesmalaysia

Bagi anda yang berminat untuk datang ke Galeri PETRONAS ini, berikut adalah maklumat lebih terperinci:

  • Lokasi: 341-43, Level 3, Suria KLCC PETRONAS Twin Towers, Persiaran Petronas, 50088, Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka hari Selasa hingga Ahad (10AM – 8PM)
https://www.tiktok.com/@placesmalaysia/video/7422908835297332498

PETRONAS Nafi Dakwaan Bakal Anjur F1 Di Malaysia

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS pada Januari lalu, syarikat ini menafikan sebarang perbincangan untuk mengajurkan semula F1 di Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas wujud dakwaan menerusi beberapa portal media yang mengatakan bahawa pihak mereka akan mengadakan semula perlumbaan tersebut di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2026.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyatakan bahawa kos untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 ini akan memakan kos yang sangat besar dan kerajaan masih belum dapat melakukannya.

Sumber: PETRONAS

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd