Now Reading
OATSIDE Beri ‘Buah Tangan’ Baharu: Mocha & Caramel Macchiato

OATSIDE Beri ‘Buah Tangan’ Baharu: Mocha & Caramel Macchiato

“OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggemar kopi confirm pernah minum susu OATSIDE! Jenama ini memang tidak asing lagi dalam kalangan kaki kopi, terutamanya mereka yang suka untuk menukar jenis susu kepada susu oat untuk dinikmati bersama minuman kegemaran mereka.

Alasannya? Lebih kick dan sihat mungkin?

via GIPHY

Ah, kalau sebelum ini OATSIDE mengeluarkan tiga (3) produk iaitu Barista Blend, Chocolate, dan Oat Latte sahaja. Tapi kali ini, ada dua lagi perisa baharu yang diperkenalkan tau.

OATSIDE Tawar Dua Perisa Kopi Baharu!

Caramel Macchiato dan Mocha.

OATSIDE, pengeluar susu oat berkrim terkemuka di Asia mengumumkan pengembangan rangkaian OATSIDE Coffee dengan dua penambahan terbaru yang menarik iaitu Caramel Macchiato dan Mocha.

Dihasilkan dengan adunan biji kopi dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE, perisa baharu ini selari dengan slogan “OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!”

Memang sesuai sangat dengan rutin harian dan membolehkan anda menikmati kopi kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.

Varian Baharu OATSIDE Akan Tiba Di Ping Min Coffee Festival!

OH! Varian terbaru ini dikhabarkan akan membuat penampilan pertama di Ping Min Coffee Festival 2.0 di Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 September 2024.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk info, sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, Barista Blend OATSIDE telah menjadi kegemaran ramai, disukai oleh kafe, barista, dan pengguna lain juga. Ia memainkan peranan penting dalam usaha mencipta adunan ini bagi memenuhi jangkaan tinggi para barista dan penggemar kopi.

“Kami telah melancarkan Pocket Pack kami pada awal tahun ini di Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes, yang telah mendorong kami untuk memperkenalkan perisa baharu Caramel Macchiato dan Mocha ini.

“Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, serta Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel kuat untuk mengimbangi rasa pahit kopi.

“Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi juga mematuhi garis panduan Pemakanan Gred B Singapura dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim.

OATSIDE Caramel Macchiato.

Ia bukan sekadar minuman kopi biasa, tetapi gabungan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang pasti akan merangsang selera. Buat yang ingin memulakan pagi atau minum tengah hari dengan rasa hebat, OATSIDE Caramel Macchiato memang pilihan paling sesuai!

OATSIDE Mocha.

Tak dapat pilih antara coklat dan kopi? Dengan OATSIDE Mocha, tak perlu pilih dah sebab anda boleh menikmati kedua-duanya dalam satu cawan! OATSIDE Mocha dicipta dengan adunan untuk meningkatkan pengalaman kopi anda.

Gandingan unik biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalam satu ramuan berkrim memikat. Bebas tenusu dan laktosa, ia sesuai untuk mereka yang mengidamkan rasa mocha tanpa sebarang kompromi. Setiap tegukan memberikan gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan. (Fuh).

[OATSIDE Malaysia]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd