Now Reading
“Timur Bertemu Barat” – The RuMa Hotel & Residences Bawa Majlis Makan Eksklusif

“Timur Bertemu Barat” – The RuMa Hotel & Residences Bawa Majlis Makan Eksklusif

Acara kulinari eksklusif The RuMa Hotel and Residences ini akan berlangsung pada 20 dan 21 September 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Timur bertemu Barat” – Restoran utama di The RuMa Hotel and Residences iaitu ATAS kini memperkenalkan “Table of Flavours: A Culinary Celebration”, sebuah majlis makan malam eksklusif empat tangan dengan kerjasama Roots, Kuching.

Acara kulinari ini akan berlangsung pada 20 dan 21 September 2024, menawarkan pengalaman makan istimewa menggabungkan hidangan klasik bistro Eropah dengan rasa unik dari Sarawak.

Teknik Tradisional Dengan Sentuhan Moden.

Setiap hidangan direka khas untuk menonjolkan identiti kulinari unik kedua-dua chef, menjadikan pengalaman makan ini sesuatu yang istimewa.

Cef Eksekutif Suhalmi Tasir dari The RuMa Hotel and Residences akan berganding bahu dengan Chef John Lim dari Roots untuk mencipta hidangan empat kursus yang menampilkan bahan tempatan dan teknik tradisional dengan sentuhan moden.

“Makan malam empat tangan ini adalah satu perayaan kepelbagaian kulinari Malaysia. Bekerjasama dengan Chef John membolehkan kami menggabungkan gaya unik kami, menggabungkan yang tradisional dan kontemporari dalam cara yang menghormati intipati masakan negara kita.

“Setiap hidangan menceritakan kisah semangat bersama kami terhadap bahan tempatan dan teknik memasak yang inovatif,” jelas Chef Suhalmi Tasir.

Hidangan signature daripada ROOTS.

Chef John Lim dari Roots, Kuching pula berkata, “Bekerjasama dengan Chef Suhalmi di ATAS telah menjadi satu perjalanan yang sangat menginspirasikan. Kami mengambil hidangan klasik bistro Eropah dan menyuntiknya dengan rasa dan bahan unik dari Sarawak.

“Makan malam ini bukan sekadar hidangan, ia adalah satu pengalaman yang menonjolkan keunikan dan kekayaan warisan kulinari Sarawak dalam cara yang moden dan mudah diakses.”

Antara Menu Yang Diperkenalkan:

  • Appetizers:
    • Kaci Fish Tartare (ATAS).
    • Apple Gel, Coffee Cress, Citrus Pearl, Buttermilk Basil.
    • Roasted Cauliflower & Broccoli (ROOTS).
    • Duck Ham with Romesco, Kulim Sauce, Panzanella Crumbs.
  • Hidangan Utama:
    • Smoked Wagyu Beef Brisket (ATAS Signature).
    • Pomme Puree, Charred Kailan, Anise Jus.
    • ATAU
    • Pan Seared Golden Pomfret (ROOTS Signature).
    • Mussel Escabeche, Roselle Kosho, Squid Ink Sauce.
  • Pencuci Mulut (ATAS X ROOTS):
    • Artisan Stracciatella Parfait.
    • Mulberry Brown Butter Ice Cream, Charcoal Crumble, Vanilla Meringue.
Table of Flavours: A Culinary Celebration” ini berharga RM328/seorang.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd