Now Reading
2 Arkitek Ini Sanggup Berhenti Kerja Di Singapura Untuk Cipta ‘Human Edition’ Di TikTok

2 Arkitek Ini Sanggup Berhenti Kerja Di Singapura Untuk Cipta ‘Human Edition’ Di TikTok

“Human Edition” di TikTok mula menarik perhatian dengan berkongsi cerita individu yang memilih jalan hidup lebih kreatif berbanding jalan hidup yang digemari secara tradisi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang memiliki minat yang berbeza dalam setiap aspek dalam kehidupan. Ada yang lebih memilih untuk bekerja untuk belajar sesuatu perkara, ada yang memilih untuk bekerja bagi menampung segala kos bulanan, dan sebagainya.

Namun, sejauh manakah kita sanggup bekerja demi kelangsungan hidup dan bukan untuk minat tersendiri?

Dua Arkitek Muda Kongsi Kisah Perjalanan Hidup Yang Unik

Setiap manusia memiliki cerita unik dalam perjalanan hidup yang berbeza.

Dengan impian untuk berkongsikan kisah-kisah hidup yang pelbagai, dua arkitek ini memutuskan untuk meninggalkan kerjaya korporat mereka di Singapura dan menjadi seorang “Human Storytellers”.

Shi Han dan Jie Xin, kedua-duanya berusia 28 tahun telah bertemu ketika mengikuti pembelajaran kursus seni bina bersama-sama di Universiti USCI. Selain menjalankan projek seni bina, mereka berdua menemukan minat dalam perkongsian cerita ini.

Sejak berpindah ke Langkawi untuk mendapatkan suasana baharu dan memegang jawatan sebagai pengurus kreatif di sebuah resort, Shi Han bertemu dengan ramai individu yang mempunyai latar belakang yang menarik.

Dan secara tidak langsung, ini telah membangkitkan minatnya untuk mendokumentasikan cerita mereka dan mencipta kategori ‘Edisi Manusia’ (Human Edition).

Human Edition

“Human Edition” di TikTok mula menarik perhatian apabila berkongsi cerita individu yang memilih jalan hidup lebih kreatif berbanding jalan hidup yang digemari secara tradisi.

Sedar dengan signifikan media sosial, “Human Edition” mencipta kandungan yang dapat bersaing dengan platform besar seperti “Humans of New York”.

@human_edition Humans of Langkawi: Han 🏄🏽‍♂️ 📍: @alami espresso shack #langkawi #surf #coffee ♬ 가을바람 – BGM President

Shi Han menekankan betapa pentingnya skrip yang menarik dan visual berkualiti untuk menarik perhatian penonton sehingga ke saat terakhir, lebih-lebih lagi untuk melanggan akaun ini.

Raih 2,000 Followers di TikTok Dalam Masa Seminggu Sahaja

Shi Han mengaku bahawa tiada satu formula lengkap untuk video “Human Edition” di TikTok. Tetapi mereka berpegang kepada prinsip yang menjadi keutamaan mereka iaitu visual berkualiti, skrip yang menarik dan secebis keikhlasan dalam cerita yang dikongsikan.

Dengan konten yang telah menyentuh hati rakyat Malaysia, “Human Edition” telah berkembang secara organik, meningkat dalam jumlah pengikut dari 0 hingga 2,000 dalam masa seminggu.

@human_edition Follow for more house design stories 🌱 #humanedition #humansofkl #housetransformation #houserenovation #tropicalarchitecture #humansoflangkawi ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Komen-komen positif daripada pengikut mereka telah menyemarakkan keinginan untuk terus berkongsi lebih lagi cerita hidup manusia dengan rakyat Malaysia.

Nasihat Shi Han kepada pencipta TikTok adalah untuk sentiasa kekal asli dan tulus ikhlas dalam mencipta kandungan. Selain itu, dia juga mengingatkan semua untuk sentiasa kekalkan perasaan ingin tahu dan mengambil inspirasi di sekeliling.

Sudut Pandang Baru & Segar

Mengulas lanjut, bagi Shi Han dan Jie Xin, meninggalkan kerjaya yang stabil telah memberi mereka sudut pandangan baru dalam kehidupan dan telah menunjukkan kepada orang di sekeliling bahawa menukar aras hidup boleh menjadi keputusan yang sangat bermanfaat.

Shi Han menyatakan bahawa Human Edition telah menjadi pengalaman yang membuka mata bagi mereka berdua. Mereka mendapat perspektif baharu tentang negara Malaysia.

Untuk info, akaun Human Edition di TikTok kini telah berjaya meraih lebih 108,000 likes dan hampir 7,300 followers setakat artikel ini ditulis.

Syabas, anak Malaysia!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd