Kenapa Putrajaya Tidak Boleh Jadi Ibu Negara Malaysia? Ini Sebabnya
Perjanjian Wilayah Persekutuan 1974 mempunyai ‘kaveat’ khusus yang menghalang perubahan ibu negara daripada berlaku.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum menjadi ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada negeri Selangor yang berdaulat.
Kuala Lumpur menjadi hab pentadbiran yang ditetapkan untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu melibatkan Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan sejak 1896.
Pendek kata, Kuala Lumpur berkembang pesat dari segi perniagaan, perdagangan, pentadbiran kerajaan, infrastruktur dan banyak lagi. Ia secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah penduduk di sana.
Disebabkan itu, Kuala Lumpur kemudiannya dipilih sebagai pusat pentadbiran bagi Kerajaan Tanah Melayu yang kemudiannya diberi nama Malaysia.
Hasil daripada perkembangan pesat di bandar itu, beberapa perbincangan telah dilakukan untuk mengasingkan kerajaan pusat daripada kedaulatan sesebuah negeri.
Perjanjian 1974 Menyebabkan Wujudnya Negeri Wilayah Persekutuan
Dan hasilnya, Perjanjian Wilayah Persekutuan 1974 berjaya dimeterai sekaligus membawa kepada penubuhan Wilayah Persekutuan yakni wilayah khas sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan kerajaan pusat yang berasingan daripada kerajaan negeri.
Namun, rundingan untuk membuat keputusan dalam butiran perjanjian difahamkan mengambil masa yang agak lama.
Menurut seorang profesor Perancangan Bandar Dan Wilayah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Datuk Dr Alias Abdullah, ia melibatkan hampir 100 perbincangan yang dibentangkan untuk mencapai persetujuan.
Jelas Dr Alias lagi, Perjanjian 1974 itu juga didatangi dengan syarat seperti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah meminta kerajaan persekutuan membiayai ibu negeri baharu bagi negeri itu yang kini dikenali sebagai Shah Alam.
Permintaan itu adalah bagi memastikan lebih banyak pembinaan dan pemasangan bangunan serta infrastruktur pentadbiran untuk kegunaan awam di ‘bandar baharu’.
Perjanjian 1974 itu telah ditandatangani di Istana Negara pada 28 Januari 1974 oleh Yang di-Pertuan Agong kelima, Sultan Abdul Halim (Kedah) bagi pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia, dan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi pihak negeri Selangor.
Ia menandakan penyerahan wilayah Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan dan secara tidak langsung membentuk Wilayah Persekutuan.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diisytiharkan pada 1 Februari 1974 dan ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Dr Alias berkongsi bahawa Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 membenarkan Kuala Lumpur melantik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan rasminya untuk menyelia hal ehwal perbandaran bandar itu.
Apabila Kuala Lumpur mendapat status bandar raya, undang-undang baru telah dibuat iaitu Akta 267 – Akta Wilayah Persekutuan (Perancangan) 1982 yang akan memperincikan fungsi dan kuasa pesuruhjaya termasuk kawalan, pembangunan, perancangan, dan pemeliharaan daerah.
Dr Alias mendakwa Kuala Lumpur menyaksikan perkembangan yang positif kerana bekas Datuk Bandar Tan Sri Elyas Omar (1981-1992), Tan Sri Mazlan Ahmad (1992-1995) dan Tan Sri Kamaruzzaman Shariff (1995-2001) melaporkan terus ke pejabat Perdana Menteri.
Pada masa ini, rantaian pelaporan telah berubah selepas Bahagian Perancangan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang dinaik taraf kepada kementerian sepenuhnya.
Namun, kementerian tersebut kini mempunyai tanggungjawab yang lebih banyak kerana turut melibatkan bidang kuasa ke atas wilayah Labuan dan Putrajaya.
Semasa Allahyarham Elyas Omar memegang jawatan, beliau menyedari banyak bangunan ad hoc kerajaan dan kementerian di seluruh bandar sebelum mencadangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menubuhkan pusat pentadbiran berasingan di luar KL.
Sebahagian daripada jabatan kerajaan berpindah ke Putrajaya semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2000 dan seterusnya.
Sejarah Kuala Lumpur yang menjadi ibu kota turut terkandung dalam sebuah buku bertajuk ‘Pemerintahan 25 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Di Atas Takhta Selangor Darul Ehsan (1960-1985)’ oleh Mohd Yusoff Hashim.
Apa Lagi Perkara Penting Termaktub Dalam Perjanjian 1974?
Perjanjian Wilayah Persekutuan 1974 mempunyai kaveat yang menarik. Di bawah Perkara III, kawasan seperti mana yang diterangkan dalam Perkara II akan kembali kepada Negeri Selangor jika ia tidak lagi menjadi Ibu Kota Persekutuan.
Anyway, KL history. Article III of the 1974 Kuala Lumpur Agreement between federal and Selangor stipulates that:
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) August 31, 2024
"If the areas described in Article Il shall cease to be Federal Capital, the said areas shall revert to the State of Selangor."
Interesting. pic.twitter.com/ebZlI6VM2U
Ini menyebabkan ramai berpendapat mungkin itulah sebabnya mengapa Putrajaya tidak boleh menjadi ibu negara Malaysia yang seterusnya.
Walau bagaimanapun, usaha untuk berbuat demikian tidak terhenti apabila beberapa badan pentadbiran dan perundangan telah dipindahkan ke Putrajaya.
Terdapat juga percubaan untuk memindahkan Parlimen ke Putrajaya sekitar tahun 2010 di mana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah dicadangkan sebagai tapak kompleks Parlimen baharu untuk Malaysia.
Namun, cadangan untuk memindahkan Parlimen tidak diteruskan yang mana Parlimen masih kekal di lokasi asalnya iaitu di Kuala Lumpur.
That’s why parliament remains in KL and was not moved to Putrajaya
— ♤♡◇♧ (@bahabidari) August 31, 2024
Yep, back when Putrajaya was being set up, this already came up and my mother explained that Parliament stays in KL because if all three branches of federal govt moves, then KL goes back to Selangor.
— _horizon_ (@nuraini_arsad) September 1, 2024
That didn't stop the federal government from attempting to move parliament to Putrajaya as late as 2010, essentially removing all the trappings of a capital city from KL.
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) August 31, 2024
PICC was proposed as the site of Malaysia's new parliament complex. pic.twitter.com/VkgXlsvNFC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.