ZUS Coffee Bakal Dibuka Di Singapura, Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Changi
Walau bagaimanapun, tarikh cawangan pertama ZUS Coffee akan dibuka di Singapura masih belum dimaklumkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kempen boikot melibatkan syarikat kopi popular dilakukan, jenama kopi tempatan iaitu ZUS Coffee semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Antara produk minuman yang meraih perhatian ramai adalah keluaran ‘Matcha Macam’ dengan taktik pemasaran mereka menggunakan animasi kucing.
Lebih membanggakan lagi apabila papan iklan milik jenama ZUS Coffee yang memperlihatkan kartun kucing sedang menjilat skrin mula tular di peringkat antarabangsa.
Baca Artikel Berkaitan: “Semua Nak Claim Susah Lah” – Individu Dakwa ZUS Coffee Milik Indonesia Bikin Rakyat Malaysia Geram
ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Singapura
Apabila ada jenama tempatan dari Malaysia yang dibuka di luar negara, pastinya kita semua tumpang gembira kan?
Tidak lama lagi, syarikat minuman ZUS Coffee pula akan melebarkan ‘sayap’ mereka dengan membuka cawangan pertama di Singapura tidak lama lagi.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Changi Airport, jenama kopi dari Malaysia itu akan dibuka di Lapangan Terbang Changi Terminal 4.
Walau bagaimanapun, tarikh ia dibuka belum dimaklumkan.
Difahamkan, sudah lebih 400 cawangan ZUS Coffee yang dibuka di serata dunia dan pembukaan di Singapura ini akan menambahkan lagi bilangan tersebut.
Latar Belakang Tentang ZUS Coffee
Memetik sumber dari laman web ZUS Coffee, jenama ini mula diperkenal pada tahun 2019 dengan cawangan pertama mereka adalah sebuah kiosk di Binjai 8 berhampiran KLCC.
Antara minuman ZUS Coffee yang cukup popular sehingga ke hari ini adalah Spanish Latte dan CEO Latte. Bagi penggemar minuman Matcha, salah satu pilihan yang digemari ramai adalah Iced Cheese Creme Caramel Matcha.
Selain kepelbagaian menu minuman, jenama ini juga dikaitkan dengan kualiti straw mereka yang dikatakan agak mudah layu dalam beberapa tempoh.
Selepas mendapat banyak rungutan dari pelanggan, ZUS Coffee pula memuat naik ciapan mereka dengan memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan straw yang baharu.
Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Bakal Guna Straw Baru Selepas Terima Banyak Aduan Dari Pelanggan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.