Now Reading
Häagen-Dazs Beri ‘Buah Tangan’ Buat Rakyat Malaysia, Perkenal Koleksi Aiskrim Emily In Paris!

Häagen-Dazs Beri ‘Buah Tangan’ Buat Rakyat Malaysia, Perkenal Koleksi Aiskrim Emily In Paris!

Sempena kolaborasi ini, Häagen-Dazs turut mempersembahkan koleksi aiskrim Emily in Paris & Häagen-Dazs edisi terhad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 21 Ogos lalu, jenama aiskrim Häagen-Dazs telah mengumumkan kolaborasi terbaharunya dengan Paramount Consumer Products untuk rancangan popular Emily in Paris yang bersiaran di Netflix dan diterbitkan oleh MTV Entertainment Studios.

Kolaborasi hebat ini boleh didapati di setiap kafe Häagen-Dazs termasuklah kedai-kedai serbaneka dan pasar raya di seluruh Malaysia.

Kolaborasi Yang Menampilkan Gaya & Mewah

Menyatukan dua ikon dalam kemewahan dan gaya, kolaborasi ini menjanjikan sumber inspirasi kepada peminat untuk #BeMoreEmily melalui koleksi eksklusif aiskrim edisi terhad serta pelbagai pengalaman mempesonakan termasuk cabaran media sosial yang menyerlahkan inti pati rancangan tersebut.

Häagen-Dazs dan Emily in Paris memiliki elemen geografi yang serupa: kedua-duanya dicipta di Amerika Syarikat, dihasilkan di Perancis dengan penuh kesenian dan disukai peminat di seluruh dunia.

Kempen baharu ini meraikan rasa cinta mereka terhadap negara Perancis, gaya dan keanggunannya yang tiada tandingan, seraya menjemput peminat untuk menikmati teras watak Emily, Paris, dan sudah semestinya, Häagen-Dazs.

Koleksi Aiskrim Edisi Terhad Emily In Paris oleh Häagen-Dazs

Sempena kolaborasi ini, Häagen-Dazs berbesar hati mempersembahkan koleksi aiskrim Emily in Paris & Häagen-Dazs edisi terhad.

Rangkaian eksklusif ini menampilkan salah satu perisa paling digemari ramai iaitu Strawberi.

Direka bentuk semula dalam pembungkusan bertemakan Emily in Paris, perisanya menonjolkan rasa lazat dan sesuai bagi peminat yang inginkan manisan berkualiti tinggi.

Aiskrim perisa Strawberi yang istimewa dan menjadi simbol klasik dihasilkan serba sempurna dengan buah strawberi musim panas yang manis dicampur dengan krim segar, susu skim, gula tebu, dan kuning telur.

Setiap pint, cawan mini, dan batang aiskrim dalam koleksi ini menampilkan reka bentuk edisi terhad baharu meraikan kolaborasi antara Häagen-Dazs dan Emily in Paris.

Pembungkusannya mempamerkan ilustrasi gah oleh seorang pelukis dari Sweden, Erica Jacobson, yang terkenal dengan karyanya dalam reka bentuk grafik dan ilustrasi berjaya memenangi anugerah.

Elemen-elemen reka bentuk mencerminkan gaya Paris berwarna-warni, menyeronokkan, dan mengasyikkan dilihat memaparkan motif-motif ikonik daripada rancangan tersebut seperti topi beret yang sering diperagakan oleh Emily, tidak lupa juga kasut tumit tingginya yang bergaya serta Menara Eiffel yang tersohor.

[HaagenDasz]



Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd