Inside Scoop Perkenal Perisa Istimewa Buat ‘Lokal Legends’ Sempena Merdeka 2024!
Rangkaian perisa Lokal Legends ini boleh dinikmati bermula 12 Ogos 2024 menawarkan cara baharu untuk rakyat Malaysia menikmati sajian kegemaran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Inside Scoop adalah jenama aiskrim tempatan yang terkenal pada ketika ini.
Dan kini, jenama aiskrim tempatan kegemaran Malaysia ini meraikan sambutan kemerdekaan dengan penuh kemanisan dengan memperkenalkan perisa aiskrim edisi terhad!
Dengan kerjasama jenama tempatan kegemaran lain seperti Beryl’s, Secret Recipe, dan Farm Fresh, rangkaian perisa Lokal Legends ini diilhamkan oleh produk popular jenama tempatan tersebut dalam meraikan keunikan dan kreativiti produk Malaysia sebenar.
Lokal Legends
Untuk pengetahuan umum, kolaborasi ini juga adalah pertama kali bagi jenama ini untuk melihat produk mereka diubah menjadi perisa aiskrim.
- Choco Malt Farm Fresh: Perisa Farm Fresh ini menggunakan minuman malt coklat cita rasa lokal yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak. Dihidangkan bersama taburan malt coklat untuk ekstra kerangupan.
- Chocolate Indulgence® Secret Recipe: Diilhamkan daripada kek kegemaran Malaysia, perisa yang penuh kelazatan ini dihasilkan dengan ketulan kek span coklat digaul bersama campuran coklat gelap, dan aiskrim kastard berkrim.
- Tiramisu Almond Chocolate Beryl’s: Menggabungkan rasa tiramisu, penuh berkrim, bersama kemanisan koko dan kacang badam dipanggang dengan madu, aiskrim berinspirasikan coklat Beryl’s ini menawarkan cara baharu untuk menikmati perisa coklat yang digemari ramai ini.
Zus Coffee pun ada!
Selain perisa yang ditawarkan sekarang, Inside Scoop juga sedang menghasilkan aiskrim yang istimewa bersama ZUS Coffee. Menampilkan perisa dengan nilai sentimental buat semua rakyat Malaysia, ia bakal dilancarkan pada 26 Ogos 2024.
Kedua-dua jenama ini juga pernah berkolaborasi pada tahun lalu.
Sebagai bonus, aiskrim single-scoop akan dihidangkan bersama sarung cawan bertemakan kemerdekaan rekaan tersendiri berdasarkan perisa setiap jenama, menampilkan warna jenama tersebut, dan perkataan “Lokal Legends” di sisi.
“Kami teruja untuk menyambut Merdeka bersama jenama tempatan Malaysia yang lain seperti Beryl’s, Farm Fresh, Secret Recipe, dan ZUS Coffee, yang akan sertai kami tidak lama lagi!
“Kolaborasi ini lebih daripada mencipta perisa aiskrim yang lazat, ianya tanda penghormatan kami buat kreativiti perniagaan Malaysia dan perpaduan antara kami apabila kami mengambil inspirasi daripada perisa-perisa yang mencerminkan negara kita.
“Sambutan yang penuh semangat Malaysia ini juga berfungsi untuk mempamerkan bakat dan dedikasi jenama tempatan kita. Kami sangat teruja untuk kongsikan perisa istimewa ini bersama pelanggan kami dan ingin mengajak semua untuk sertai kami meraikan ‘Jiwa Merdeka’ bersama tahun ini,” jelas Edmund Tan, Pengasas Bersama Inside Scoop.
Sejarah Inside Scoop
Dikenali kerana rasa aiskrim lazat dan berkualiti tinggi, rangkaian kedai aiskrim ini diasaskan oleh Edmund Tan dan isterinya Lim Shiew Li pada tahun 2013 selepas melihat jurang yang ada pada pasaran aiskrim premium- kebanyakannya ditawarkan oleh jenama antarabangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Farm Fresh Beli Saham Aiskrim Inside Scoop Bernilai RM84 Juta, Rakyat Malaysia Luah Rasa Bangga!
Sejak penubuhannya, semua aiskrim mereka telah dihasilkan secara tempatan menggunakan bahan-bahan premium serta mereka sering menyahut cabaran dengan memberikan sentuhan baru pada citarasa Malaysia.
Perisa-perisa baharu ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop di seluruh Malaysia sepanjang sambutan Merdeka sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.