Santan Lancar Kempen ‘Club Zero’ Untuk Kurangkan Gula Dalam Makanan. Menarik!
Melalui kerjasama dengan jenama tempatan seperti Secret Recipe dan Tealive, Santan menetapkan standard baharu untuk pilihan makanan dan minuman rendah gula di Malaysia dan di seluruh rangkaian AirAsia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gula dan manusia berpisah tiada. Kalau makanan manis, mesti lagi sedap.
Itu tidak dapat disangkal lagi.
Tapi kena ingat juga, pengambilan makanan atau minuman manis yang kerap sememangnya lebih memudaratkan. Bak kata orang putih, “More harm, than good“.
Santan Tampil Dengan Inisiatif Sihat Buat Orang Ramai – Club Zero
Hari ini (26 Ogos), Santan yang merupakan anak syarikat katering dalam penerbangan dan makanan serta minuman di bawah Capital A, melancarkan ‘Club Zero’.
Ia merupakan sebuah kempen inovatif yang mempromosikan pengurangan pengambilan gula dalam makanan serta bertujuan menggalakkan pilihan lebih sihat.
Untuk info, ‘Club Zero’ merupakan usaha berterusan Santan untuk menawarkan pilihan kepada pengguna yang semakin mementingkan kesihatan. Berdasarkan kejayaan minuman tanpa kalori gula jenama Santan seperti ZERO Watermelon Coconut Latte dan ZERO Pistachio Coconut Latte yang laris terjual dalam penerbangan, kempen ini menawarkan lebih banyak pilihan alternatif lazat dan lebih sihat kepada tetamu AirAsia.
Melalui kerjasama dengan jenama tempatan yang terkenal seperti Secret Recipe dan Tealive, Santan menetapkan standard baharu untuk pilihan makanan dan minuman rendah gula di Malaysia dan di seluruh rangkaian AirAsia.
“Saya memuji usaha Santan untuk memimpin inisiatif penting ini dan kerjasama mereka dengan jenama tempatan untuk menjadikan pilihan lebih sihat lebih mudah diakses oleh semua.
“Pelancaran Club Zero adalah langkah penting dalam usaha kita untuk mengurangkan pengambilan gula dan menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya berharap lebih banyak jenama akan mengikut jejak ini dan menawarkan pilihan yang lebih sihat kepada pelanggan,” jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Standard Baharu oleh Santan
Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh berkata, “Club Zero mencerminkan misi kami untuk merevolusikan pilihan makanan dan minuman. Santan telah menetapkan standard baharu dalam sajian dalam penerbangan, membuktikan bahawa kualiti tinggi boleh dicapai walaupun dalam segmen penerbangan tambang rendah.
“Kami telah meningkatkan kualiti, kepelbagaian, dan kemampuan tawaran dalam penerbangan, meletakkan penanda aras baharu untuk industri. Dengan lebih 20 juta hidangan terjual setiap tahun, kami komited untuk menawarkan pilihan yang lebih sihat.
“Memandangkan isu kesihatan awam yang serius berkaitan diabetes di Malaysia, kami berbangga untuk memacu usaha ini dengan bekerjasama dengan dua jenama tempatan untuk menyediakan produk rendah gula, menjadikan pilihan yang lebih sihat, lazat, dan mudah diakses oleh semua tetamu AirAsia.”
Club Zero Santan Direka Dengan Gula Tanpa Kalori
Kempen ‘Club Zero’ menekankan dedikasi Santan dalam meningkatkan kesihatan awam melalui tawaran produk inovatif. Siri minuman Club ZERO Santan direka untuk dinikmati dengan gula tanpa kalori iaitu seperti:
- ZERO Watermelon Coconut Latte.
- ZERO Pistachio Coconut Latte.
- ZERO Pistachio Coconut Milk.
- ZERO Watermelon Coconut Milk.
- ZERO Watermelon Coconut Water.
- ZERO Pistachio Jasmine Milk Tea.
Bagi pilihan berasaskan kopi pula, Santan menggunakan kapsul kopi buatan Santan sendiri dihasilkan menggunakan Teknologi Pembekuan Kering untuk memberikan kopi berkualiti bertaraf barista di udara.
Semua minuman berharga RM13 di dalam penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan RM14 di dalam penerbangan AirAsia X (D7).
Selain itu, rakan Club Zero iaitu Tealive kini menawarkan ZERO Original Milk Tea dengan Konjac Pearl dan Kek ZERO Chocolate Indulgence dari Secret Recipe, kedua-duanya dengan 50% kurang gula.
Menu ini boleh didapati pada harga RM13 di penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan RM di penerbangan AirAsia X (D7).
Santan mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai Club Zero dan bersama-sama menuju ke arah masa depan lebih sihat!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.